Bab 6~Mimpi~

Drama Series 14445

Dengan langkah longlai dia menuju ke arah pintu masuk selepas melepasi pagar rumah di hadapan. Alahai, banyak sungguh dugaan hari ini. Dah la kena marah dengan cikgu Asmah pagi tadi, kerja sekolah pula berlungguk lungguk. Belum lagi masuk subjek lain. Sapa suruh masuk kelas sains, hurmmm. Tambah pula 'dia' teman dekat kelas, boleh main bisik bisik lagi. Bilalah nak berhenti, rimas la hari hari macam ni...

Pelipis di antara dua mata dipicit seketika. Pening kepala mula menyinggah. Semasa dalam bas pun, kepala ni berdenyut denyut ja rasa. Hari kokurikulum pulak diganti dengan kelas tambahan. Nasib cikgu lepas awal, dapat juga tempat duduk dekat bas. Kalau tak, berdiri lah sampai depan rumah.

Kemudian buku teks bercampur dengan buku modul didakap dengan tangan kanan diubah posisi ke tangan kiri. Kasut sekolah dibuka lalu dimasukkan ke dalam rak kasut bersebelahan dengan pintu masuk. Dengan lafaz bismillah, sebelah tangannya memulas tombol pintu masuk dan membuka langkah masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum," Syafiqah bersuara sambil bola matanya ligat mencari kelibat Atuk dan Tok Ma. Bau minyak urut menusuk ke dalam rongga hidungnya.

"Waalaikumssalam. Lambat hang balik harini," sahut Tok Ma yang baru keluar dari ruangan dapur. Tangannya di lapkan menggunakan tisu yang ada di dapur.

"Macam biasa jer Tok Ma... Harini kalau ikutkan koko, tapi form 5 dikecualikan. Ganti dengan kelas tambahan. Peperiksaan SPM lagi beberapa bulan je kan," balas Syafiqah lalu menggapai tangan Tok Ma untuk bersalaman.

"Atuk mana Tok Ma? Selalu kalau Sya balik dia selalu berehat dekat kerusi malas tu," Soal Syafiqah sambil mulutnya dijuih ke arah bangku yang berada di ruang tamu. Sementara itu, tangan Tok Ma masih dalam genggamannya. Wajah Tok Ma ditatap seketika.

"Atuk hang harini rajin sikit. Dia keluaq pi mana pun tak tau. Tok rasa dia pi singgah kedai mamak dulu kot. Lagipun azan lagi setengah jam ja. Lepaih solat asar atuk hang balik la tu," jawap Tok Ma. Tangan Syafiqah yang memegang tangan Tok Ma dilepaskan.

"Aik, awal keluar. Selalunya masa azan baru atuk pergi masjid. Rajin sungguh atuk hari ni," ujar Syafiqah lalu menggerakkan kaki menuju ke bilik bawah, diiringi dengan Tok Ma.

"Selalu dekat kampung atuk memang macam tu. Sebelum asar lagi dah keluar. Dekat sana kan ada 'geng', sini mana ada. Tu hang nampak atuk keluar lepaih azan,"

Bau minyak urut yang datang dari bilik bawah semakin menusuk hidungnya. Matanya terarah di pintu bilik tersebut.

"Ermm ibu... sekarang tengah mengurut ka? baju Tok Ma basah sikit Sya nampak" polos Syafiqah bertanya.

"Macam besa la Sya. Benda tu dah jadi rutin harian ibu hang dah. Ni Tok baru ja lepaih masak kanji. La ni Cik Nah duk tengah urut ibu hang. Tadi cik Nah ingat nak masak terus masa tengah hari tadi, tok kata tak payah lagi la. Sebab pagi tadi dia dah buat sup. Petang ni biar tok pulak yang masak. Dah la buat kerja luaq dalam rumah, urut mak hang lagi. Penat cik Nah hang, dia pun bukan muda lagi," beritahu Tok Ma sekilas melihat cucu kesayangannya.

Pintu bilik diketuk dahulu sebelum masuk. Lalu dengan perlahan tombol pintu bilik dipulas dari luar. Terjengul wajah Syafiqah disebalik pintu belum dibuka sepenuhnya. Makcik Nah berpaling melihat anak majikannya di daun pintu. Dia memaniskan mukanya.

"Sinilah masuk tengok ibu," ajak Makcik Nah sambil tangan memicit kaki Faizatul di atas katil berlapikkan kain batik. Ajak kan Makcik Nah dibalas dengan senyum di ulas bibirnya.

Dilihat Faizatul menyandarkan badannya di kepala katil. Sebaik sahaja mendengar suara anaknya itu, terus dia mengalihkan pandangan melihat ke arah pintu bilik. Terlukis senyum di bibirnya. Tok Ma pula telah berlalu pergi ke dapur.

Lain pula yang dilihat anaknya. Hati Syafiqah dipagut sayu apabila melihat tompokan lebam di sekitar lengan dan kaki ibunya. Setiap kali dia melihat lebam itu, hatinya diserbu rasa kesedihan, kecewa, marah dan dendam. Cepat cepat dia istighfar supaya hati dan pemikirannya tidak diracuni oleh bisikan syaitan.

Terus dia berjalan menuju ke arah katil apabila ibunya mempelawa untuk duduk di sebelahnya. Lalu dia menyalami tangan ibu lalu mengambil tempat bersebelahannya.

"Harini sekolah macam mana, muka Diya nampak lesu ja lepas balik dari sekolah," kata Faizatul pembuka bicara. Sebelah tangannya ditekapkan pada pipi anaknya.

"Diya ok je ibu. Biasalah, pelajar kan. Kerja sekolah banyak, tambah pula SPM lagi beberapa bulan je lagi," balas Syafiqah sambil tangannya menyentuh tangan ibunya di pipi.

Di sebalik itu, sepasang mata makcik Nah memerhatikan dua beranak yang berada di depannya. Di lubuk hatinya memeranjatkan doa supaya penyakit yang dihadapi majikannya segera sembuh. Selama dia bekerja di dalam rumah ini, banyak benda berlaku di depan muka. Rasa pilu menusuk dihati tuanya melihat kesakitan yang dialami Faizatul. Bukan sehari dua sakit ditanggung.

Sementara dua beranak itu leka berbual, senyuman di ukir di bibir tuanya apabila melihat kemesraan antara ibu dan anak itu di celah pintu bilik yang tidak terkatup rapat. Dia mengorak langkah masuk ke dalam bilik menantunya bersama dulang yang berisi semangkuk bubur dan air masak yang dijampi dengan selawat.

Kemudian talam itu diletakkan atas meja lampu bersebelahan katil. Dua beranak sedang rancak berbual itu terhenti percakapan mereka melihat Tok Ma masuk ke dalam bilik bersama makanan untuk Faizatul.

"Buat susah mak ja. Atul masih larat nak berjalan, takat dapur tu boleh lagi Atul jejak," tutur Faizatul lembut kepada Tok Ma.

"Ni bukan larat atau tak Tul, kaki hang tu makin lama makin teruk mak tengok. Kalau hg dok jalan kerap kerap, nanti bentan kaki hang," balas Tok Ma dengan jari telunjuk diarahkan ke betisnya sedang diurut oleh Makcik Nah. Riak kerisauan terpapar di wajah yang agak berkedut itu.

"Hmmmmm," keluh kecil dilepaskan. Kemudian dia menggerakkan tubuhnya untuk turun dari katil tapi dihalang oleh Syafiqah.

"Aipp...Nak pergi mana ni? Ibu tak habis lagi mengurut tau. Biar Diya pergi ambik bubur dekat ibu," kata Syafiqah lalu menggerakkan tangan untuk mengangkat dulang di atas meja lampu.

Dulang yang berisi makanan itu diletakkan di atas katil. Dengan ligat tangannya mengacau mangkuk yang berisi bubur nasi menggunakan sudu besi.

"Meh Diya suap ibu," pelawa Syafiqah sambil tangan masih mengacau bubur itu.

"Eh takpe la Diya. Tangan ibu ni boleh guna lagi nak makan. Sekarang ni, Diya pergi naik atas. Bersihkan diri dulu, lepas tu jangan lupa solat. Dah berbau anak ibu ni," kata Faizatul bersama pucuk hidungnya dipicit dengan hujung jari.

"Ish ibu ni! Kita siap promot lagi nak suap, bole pulak ibu busukkan Diya," balas Syafiqah dengan nada merajuk. Tergelak kecil Faizatul dengan karenah anaknya. Makcik Nah pula kulum senyum melihat senda gurau dua beranak itu.

"Betul cakap ibu hang tu Sya. Tengok tu, dengan beg dok galas kat bahu, buku boleh pulak dia pi letak dekat hujung katil. Stoking dok tersarung kat kaki. Apa la nak jadi dengan anak daqa ni," bebel Tok Ma sambil mencekak pinggang. Syafiqah mencebik.

'Dah keluar dah airgun dia. Ni kalau Tok Ma bergabung dengan si Hanisah, memang meletup rumah ni' omel Syafiqah dalam hati. Muncung sedepa apabila mendengar leteran dari Tok Ma.

"Tok Ma dan ibu asyik nak halau Sya keluar dari bilik. Cik Nah sorang ja tak perambat Sya keluar," ujar Syafiqah lalu mengerling ke arah Cik Nah.

"Ehh, Cik Nah takde mengena dalam bab ni ye," sampuk Makcik Nah sambil menyudahkan kerja kerana sudah sampai waktu makan isteri majikannya.

Suara ketawa mula bergema dalam ruangan bilik itu. Rasa bahagia mula menyusup sedikit demi sedikit. Tapi hanya sementara waktu sahaja.

"Yelahh, Sya naik bilik dulu. Rasa melekit dah badan ni, Bai," kata Syafiqah lalu menapak keluar dari bilik ibunya. Tergeleng kepala Tok Ma dengan olah cucunya. Segaris senyuman timbul di bibir Faizatul.

________________________________

Tubuh Syafiqah selamat mendarat di atas tilam yang empuk sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Tudung sekolah yang berwarna hitam dilurutkan dahulu, Manakala beg sekolah diletakkan pada bangku meja belajar nya.

'Aihhh, awat rasa letih semacam ah harini. Nasib baik dah solat dekat surau sekolah tadi, kalau tak dah terlepas waktu sekarang ni' getus hatinya apabila telinga menangkap seruan azan mula berkumandang di masjid berdekatan.

Keluhan kecil dilepaskan, dengan malas dia mengambil tuala mandi yang disidai pada tempat letak sejadah. Lalu dia menuju ke arah pintu bilik air yang ada di dalam bilik tidurnya. Stocking dibuka dahulu sebelum pakaian lain tersarung di tubuhnya ditanggalkan.

Selepas beberapa seketika, baju t-shirt kosong lengan pendek berwarna kelabu bersama seluar tracksuit berjenama Adidas berwarna hitam dipakai selepas membasahi badannya sebentar tadi. Rambut yang panjang pada paras punggung disikat terlebih dahulu sebelum dikeringkan. Diikuti dengan perkara lain sepertimana rutin hariannya. Kemudian telekung di sarungkan pada wajahnya untuk menunaikan solat asar.

Selepas itu, dia kembali merebahkan diri semula ke tempat pembaringannya seperti pada awal tadi. Telefon pintar yang berada di sebelahnya digapai dengan sebelah tangan untuk melihat mesej yang masuk melalui aplikasi WhatsApp. Lalu dia menghidupkan telefon pintar dengan menekan punat yang berada di tepi telefon itu. Kata laluan dimasukkan sebaik sahaja skrin telefon terpapar.

Tak lama selepas itu, kantuk mula menyapa sepasang mata bundar miliknya. Mungkin akibat daripada aktiviti sehari di sekolahnya. Mudah sahaja dia terlelap di atas katil dengan cahaya masih terpapar dari skrin telefon pintar di tapak tangannya.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_

"HOI!!! APA YANG KAU BUAT NI HAH!!! AKU SURUH BERUS BAJU NI, YANG KAU PI TUANG NILA ATAS BAJU NI DAH KENAPA BODOH!!! BAJU NI LAGI MAHAL DARI HARGA DIRI KAU TAHU TAKKK!!!!! tempelak satu suara di sebelah telinga budak perempuan mempunyai yang wajah comel berumur dalam lingkungan tujuh tahun.

Sebelah tangan kirinya merentap rambut dengan kasar menyebabkan setiap helaian rambut budak perempuan itu gugur. Manakala sebelah tangan pula bertindak menampar kedua belah pipinya sehinggakan terbit cecair merah di bibir budak itu. Dahinya pula mula membiru akibat kepalanya dihantukan ke dinding bilik air. Air mata pula tak henti henti mengalir di pipinya. Semakin dia meraung, semakin teruk dia dikerjakan.

Tak cukup dengan itu, wajah budak perempuan dihumban ke dalam mangkuk tandas sehingga menyebabkan dia hampir lemas. Tiada secebis belas kasihan, malah hanya kebencian semakin bercambah di lubuk hati. Diludah pula wajah budak perempuan itu bersama pandangan jijik di matanya.

Suara tangisan dari budak itu sudah naik senoktaf membuatkan sentakkan semakin kuat. Kemudian dia mengheret budak itu keluar dari bilik air sambil tangannya tidak melepas pegangan dari rambut itu. Dia sudah tidak berdaya untuk memberontak, apa dapat dilakukan hanyalah menerima nasib yang akan berlaku terhadapnya sekarang ni.

Pisau ditarik dari knife holder lalu dilayurkan di atas api biru yang keluar dari serombong dapur. Warna pisau itu sudah bertukar warna menjadi kemerahan membara. Api dapur ditutup, senyum sinis ditayangkan pada wajah yang tak berdaya itu.

"WELL, ALANG ALANG KAU DAH KOTORKAN BAJU AKU, APA KATA LENGAN KAU NI KENA BAGI PENGAJARAN SIKIT," katanya seperti lagak perempuan gila dalam filem. Pisau bewarna kemerahan itu di acah hadapan muka budak itu. Menggigil hebat tubuh badannya melihat pisau itu di bermain main di hadapannya. Air matanya pantas mengalir lebat bersama gelengan kepala. Bibirnya diketap kuat.

Tak semena mena pisau panas itu ditekapkan pada lengan berdekatan baju itu. "Arrgghhhhhhhhhhhhhhh" jeritan budak itu memenuhi ruangan dapur. Dia memberontak untuk melepaskan diri, tapi semakin kuat pisau itu ditekankan. Lain pula bagi wanita itu, tersungging di bibirnya melihat budak itu dalam kesakitan. Ianya amat memuaskan di pelusuk jiwanya.

_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_

"ALLAHUAKBAR, ya Allah," jeritnya bingkas bangun dari pembaringan diatas tilam. Peluh merinik di dahi, air mata pula berpusu pusu keluar dari kelopak mata. Menggeletar teruk seluruh badannya sebaik sahaja terjaga dari tidur. Bibir diketap kuat, kedua belah tangan memeluk kedua belah kakinya dengan erat. Esakan kecil mula kedengaran.

TOK!!! TOK!!! TOK!!!

"Bagun Sya, sampai la ni hang dok tidoq dalam bilik nak jadi apa ni. Maghrib maghrib dok lena, tak elok hang tau tak. Bangun bangun," laung Tok Ma bersama ketukan pintu di luar bilik.

Panggilan dari Tok Ma menghentikan perbuatannya seketika. Azan maghrib mula berkumandang menandakan sudah sampai waktunya. Dia mengesat kasar air yang tersisa di tubir matanya. Dalam kepayahan dia bersuara kepada Tok Ma.

"Ni Sya dah bangun sekarang ni, nanti Sya keluar la lepas solat maghrib," balasnya diiringi getaran pada suaranya, namun masih dapat dikawal.

"Suka hati hang la Sya. Jangan lupa turun satgi tau, makan malam Cik Nah dah masak," beritahu Tok Ma kemudian berlalu pergi turun ke bawah.

Memerah hidungnya apabila di tenyeh dengan belakang tangan. Kedua belah pipinya ditepuk perlahan dengan kedua tapak tangan. Lalu tubuhnya dibawa turun dari katil.

'Kenapa mimpi yang sama asyik berulang lagi, apa yang engkau mahu tunjukkan di sebalik semua ini ya Allah. Ku mohon padamu, padamkan lah segala memori pahit yang terpahat di ingatan ku ya Allah," lirih suara hatinya apabila perkara itu terlayar di fikirannya.

Dia menapak masuk ke dalam bilik air untuk membasuh muka dan menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah di muka bumi ini.......

...........................

Sorry 4 u guys lambat update, mood down lately ni, tambah pula app ni buat hal time proses penaipan untuk chapter kali ni. Hilang separuh apa yang ditaip sebelum ni :'( but semangat mengarang still tetap ada dalam diri ni, hihi hihi. So happy reading guys........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience