BAB 1

Drama Completed 717

'InsyaAllah jodoh kita panjang hingga ke alam syurga'

Bait bait kata yang keluar dari mulut Hairuna masih segar di lembah ingatan ini. Aku hanya mampu redha dengan apa yang telah menimpa ke atas hubungan kami.

Manik manik jernih akhinya tumpah di pipi kasar ini jua. Lantas menghilangkan keegoan seorang insan bergelar lelaki. Memori yang ada bersama Hairuna hanya akan tinggal kenangan yang tersimpan rapi di dalam diari hidupku kini.

Segalanya bermula..

"Aduh! Sakitlah Zarith," jerit Hairuna dalam nada perlahan tetapi manja mengadu kesakitan setelah dicubit lengannya oleh aku.

Bukan apa. Geram sangat dengan lengan tembamnya itu. Aku hanya mengekek ketawa melihat gelagatnya tak ubah seperti anak kecil.

"Alahai kesiannya dia kena cubit dengan orang. Sakit tak sayang?" tanyaku diiringi hamburan ketawa.

Tidak menghiraukan langsung dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan pelajar. Maklumlah bila menjelma musim final exam memang sesak library kolej.

Cuba kalau bukan exam week, kosong sahaja ibarat lagu 'Kosong' yang dinyanyikan oleh penyanyi kecil molek Najwa Latif itu. Hairuna hanya menjeling tajam sambil mengeluh.

Tangannya cuba menggapai gapai lenganku kononnya mahu membalas dendam mahu mencubitku kembali. Aku menangkap tangannya lantas menarik kuat pipi tembam dia yang comel itu.

Hairuna ketawa lantas berpura pura merajuk. Aku apa lagi cuba memujuk sang kekasih hati. Alangkah indah dan bahagianya hidup kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience