BAB 8

Drama Completed 717

Pagi yang hening itu, Hairuna sedar dari tidurnya yang panjang. Ya Allah, gembiranya aku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku meminta beribu kemaafan dari Hairuna.

Tidak menyangka Hairuna memaafkan aku. Suasana dalam wad Hairuna sungguh bising dengan deraian ketawa ahli keluarga Hairuna yang berborak mesra dengan pujaan hatiku ini.

Maklumlah Hairuna 'tidur' panjang pasti banyak cerita yang ingin disampaikan. Entah kenapa sejak dari tadi aku memerhatikan Hairuna, dia seakan akan semakin lemah, matanya semakin lama semakin kuyu. Aku curi curi keluar dan memanggil doktor.

Sesampainya aku di wad bersama doktor kulihat Hairuna sudah nazak. Deraian ketawa sebentar tadi bertukar menjadi sayu dan suram. Aku duduk di sebelah uncle Afzan membantu uncle Afzan menyampaikan kalimah syahadat di telinga Hairuna.

Tidak tahan dengan keadaan tersebut akhirnya air mata jantan aku mengalir jua. Dengan tiga kali syahadat yang dilafazkan oleh Hairuna akhirnya Hairuna menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Peristiwa bersejarah dalam hidupku ini sudah 30 tahun berlalu. Tapi memori yang tercipta antara aku dan Hairuna seakan akan baru semalam berlaku. Hidupku kini hanya berhadapan dengan Tuhan.

Tidak kuhiraukan langsung hal keduniaan. Matlamat utama sekarang aku ingin beribadat kepada Allah dan mendoakan ketenangan Hairuna di alam sana.

"Kalau jodoh kita kuat sampai di syurga nanti pun kita akan berjumpa dan berkahwin di sana kalau salah seorang antara kita pergi dulu"

Kata kata itu tak akan aku lupakan. Dan itulah yang aku cari. Meyakini jodoh aku dengan kau walau bukan di dunia tapi aku yakin di syurga nanti. Tenanglah kau di sana Hairuna. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Amin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience