BAB 4

Drama Completed 717

Seminggu berlalu dan aku bahagia kembali bersama Hairuna. Hairuna ada memberitahu bahawa dia akan belajar memandu kereta untuk sebulan ini.

Jadi tidak banyak masa yang bakal diluangkan untuk aku. Dalam waktu itu, sekali lagi dugaan datang dalam hubungan kami.

Aku sangkakan Ayu sudahpun berada di luar negara rupanya tidak. Dia mengajakku berjumpa. Tapi pertemuan itu hanyalah kami berdua sahaja. Tanpa Hairuna !

Seperti yang aku jangkakan rupanya Ayu juga memendam rasa rindu pada diriku ini. Peluang yang aku dapat tidak akan kulepaskan.

Ayu mengajak aku pergi berkelah di pantai Port Dickson hujung minggu ini untuk meluangkan lebih masa bersamaku. Seperti bulan jatuh ke riba aku menerima pelawaannya.

Tapi aku mengambil langkah untuk tidak memberitahu hal ini pada Hairuna. Ini kerana jika aku memberitahu Hairuna pasti dia akan berkecil hati dan tidak melepaskan aku pergi.

Lagi satu, Hairuna sibuk dengan ujian untuk mendapatkan lesen kereta. Jadi aku malas hendak mengganggunya.

Petang hujung minggu itu kuhabiskan masa bersama Ayu. Deraian ketawa yang tidak henti sejak kami berjumpa dari tengahari sehingga petang manarik perhatian orang sekeliling.

Pasti mereka menyangka kami pasangan yang sedang berbahagia. Walaupun bukan pasangan tapi aku merasakan kebahagiaan itu. Alangkah indah jika aku masih bersama Ayu.

Seakan akan terkejut dengan apa yang kurasa. Aku lantas teringat Hairuna. Kalaulah Hairuna tahu apa yang berlaku sekarang pasti parah jiwa gadis kesayanganku itu.

"Zarith, Ayu nak pergi toilet kejap. Zarith tunggu sini ya. Jangan pergi mana mana tau," pesan Ayu padaku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience