BAB 6

Drama Completed 717

" Hairuna ! Tunggu dulu. Kita boleh berbincang sayang !" jeritku pada Hairuna yang semakin menjauh.

'Mengapa langkah ini terasa longlai?' desis hatiku sendiri. Akhirnya aku berhenti mengejar Hairuna. Aku mebiarkan sahaja Hairuna pergi.

'Mungkin dia perlukan masa dan bersendiri' desis hati ini lagi.

Hari demi hari berlalu. Minggu demi minggu berlalu. Sebulan sudah aku tidak menghubungi Hairuna. Begitu juga sebaliknya. Hairuna juga tidak menghubungi bertanyakan khabarku.

'Rajuk benar Hairuna 'keluhku sendiri. Aku semakin merindui Hairuna. Deraian ketawanya, gelagat manjanya yang comel itu, pipinya yang tembam. Ah!

Semua yang berkaitan dengan dirinya sangat aku rindui. Terdetik hati ini mahu berjumpa dengannya. Lantas aku mencapai telefon dan menekan punat punat nombor mendail nombor telefon Hairuna.

'Tiada dalam perkhidmatan. Hairuna dah tukar nombor ke?' monologku sendiri. Akibat rindu yang tak tertanggung lagi, aku segera mencapai kunci kereta lalu meluncur laju ke rumahnya yang hanya 45 minit sahaja dari rumahku.

Setibanya aku di rumahnya, aku disambut baik oleh ahli keluarganya. Maklumlah aku sebagai bakal menantu dalam keluarga itu haruslah mencipta hubungan yang baik dengan ahli keluarga Hairuna.

Aku bertanya khabar Hairuna sambil mata tidak lepas memandang ke seluruh rumah mencari kelibat sang kekasih hati. Melihatkan keadaan aku yang melilau lilau mencari Hairuna, ayah Hairuna memulakan bicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience