BAB 2

Drama Completed 717

Pepatah dulu pernah berkata panas disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Begitu juga dengan hubungan kami.

Selepas setahun lebih berjanji setia, dugaan cuba menembusi dinding keutuhan cinta kami berdua. Bekas kekasih kembali dalam hidupku. Aku akui, bekas kekasih aku itu merupakan kekasih yang paling terbaik bagi aku.

Tapi aku telah meletakkan Hairuna di tangga teratas carta hati aku kerana cinta Hairuna yang begitu setia dan utuh terhadapku. Maka aku sangat menghargai itu.

Tetapi entah mengapa hatiku terusik apabila berjumpa dengan bekas keasih aku itu. Ayu Citra namanya. Seayu orangnya.

‘’Dia mempelawa untuk berjumpa dengan aku dan Hairuna kerana dia akan menyambung pelajarannya di luar negara. Aku memberitahu tentang hal ini pada Hairuna. Seperti yang aku sudah jangka. Hairuna seakan akan tidak mahu aku berjumpa dengan Ayu.

Hairuna mempunyai satu sifat yang aku kurang senang iaitu kuat cemburu dan tidak matang. Bagi aku, usia yang bakal memasuki alam dewasa sepatutnya Hairuna boleh berfikiran lebih matang dan positif.

Tetapi apa yang aku harapkan tidak ada pada dirinya. Bagi aku Hairuna cukup sempurna jika dia lebih matang. Aku mengaku aku suka akan tingkah lakunya yang manja keanak anakan itu. Tapi adakalanya dia pelu bersifat dewasa. Tidak seperti Ayu Citra.

Mungkin kerana faktor usia Ayu Citra yang lebih tua dari kami berdua maka dia lebih nampak matang di mata aku.

Aku berusaha untuk memujuk Hairuna dan akhirnya gadis itu mengalah. Kami berjumpa Ayu Citra di Mid Valley Megamall. Kami saling berkongsi kisah lantaran sudah lama tak berjumpa.

Aku terperasan Hairuna hanya diam membisu kadangkala mengiyakan apa yang kukata. Kasihan pula aku lihat dia kerana aku terlalu 'sibuk' berborak dengan Ayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience