BAB 7

Drama Completed 717

"Zarith, uncle harap Zarith sabar dengan apa yang uncle nak sampaikan ni. Uncle kecewa, uncle ingat Zarith dah tahu apa yang menimpa ke atas Hairuna. Hairuna koma dan masih tak sedarkan diri lagi. Dia koma masa hari pertama dia mendapat lesen. Uncle rasa bersalah sangat. Sepatutnya Uncle tak payah bagi Hairuna guna kereta uncle. Tapi Uncle kesian lihat dia berusaha dengan bersusah payah untuk mendapatkan lesen memandu jadi uncle bagi dia guna kereta uncle. Katanya hendak ke Port Dickson dulu baru pergi ke hostel untuk berjumpa dengan Zarith. Malang memang tidak berbau Zarith, Hairuna hilang kawalan semasa masuk ke persimpangan hostel. Akibatnya dia rempuh kereta orang lain. Dia koma dan darahnya semakin kurang. Darahnya sama dengan uncle tapi uncle tak boleh derma sebab uncle ada darah tinggi. Risiko tinggi jika uncle derma darah pada Hairuna " cerita Uncle Afzan yang merupakan ayah dan ahli keluarga yang paling rapat dengan Hairuna dengan panjang lebar dan lemah.

Aku terpana seketika. Seakan akan tidak dapat menerima apa yang diceritakan oleh Uncle Afzan.

'Bukan salah uncle tapi salah Zarith. Zarith punca kemalangan Hairuna ' keluhku sendiri.

"Uncle, boleh saya tahu Hairuna ada di hospital mana?" tanyaku pantas.

Aku mahu melihat sendiri kondisi cinta hatiku itu. Usai Uncle Afzan memberikan maklumat di mana Hairuna ditempatkan.

Aku mengambil langkah pantas untuk pergi menziarah dan mencuba untuk menderma darah pada Hairuna. Ini kerana, sedarku darah kami berada dalam kelompok yang sama.

Sesampainya aku di hospital, aku terus berlari mencari di mana Hairuna ditempatkan. Alhamdulillah, akhirnya jumpa.

Perasaan menjadi sebak tatkala melihat wayar perubatan dan saluran pernafasan penuh berselirat di tubuh Hairuna. Lantas aku berjumpa dengan doktor yang merawat Hairuna dan melakukan blood transaction.

Ternyata usaha aku berhasil. Pemindahan darah ke dalam tubuh Hairuna telah berjaya. Aku hanya mampu bersyukur pada Allah kerana telah memberi peluang ini.

Sehari semalam aku di hospital menemani Hairuna. Tidak sedikitpun merasa jemu melihat gadis comel itu walaupun muka cerianya telah menjadi pucat lesi. Tuhan memakbulkan doaku dan keluarga Hairuna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience