BAB 3

Drama Completed 717

Aku cuba mengajak Hairuna berbual dengan memasukkan topik topik yang digemarinya. Tapi begitu jua lagaknya. Masih diam membisu. Hanya tersenyum. Adakala hanya mengangguk. Melihatkan situasi yang sebegitu, Ayu memohon untuk pulang dulu.

Mungkin tidak selesa dengan tingkah yang dipamerkan oleh Hairuna. Aku seakan tidak mahu Ayu pulang dulu. Entahlah. Mungkin rasa rindu menghalang untuk Ayu pulang dulu.

Tapi apakan daya. Kekasih hati ada di depan mata takkan mahu menghalang perempuan lain untuk pulang semata mata mengikut rasa rindu itu. Setelah Ayu berjabat tangan dengan Hairuna, lantas gadis itu berpaling pergi dari kami berdua.

Aku hanya mampu memandang sehingga lenyap bayangan gadis itu. Mungkin terlihat akan riak wajah aku yang menghantar pandangan mata pada Ayu sehingga dia lenyap, Hairuna mencapai beg dan terus pergi dari sisiku. Aku seakan terkejut.

Rasa marah tadi bercampur dengan geram apabila Hairuna meninggalkan aku tanpa sepatah kata. Aku cuba mengejarnya. Tapi makin laju pula langkahnya.

Dia menyelusup masuk ke dalam tandas wanita. Aku menilai sendiri mungkin dia sakit perut agaknya. Rupanya sangkaanku meleset. Hairuna keluar dari tandas dengan muka yang sembap, mata yang merah berair.

Aku mengagak pasti dia menangis. Rasa bersalah terus menerpa segenap ruang tubuhku. Menyesal dan rasa bersalah membuat cinta hati aku menangis.

'Pasti Hairuna tahu isi hati aku tadi'. Itu sangkaanku. Ternyata telahanku benar belaka.

Bertubi tubi aku mengajukan soalan mengapa dia menangis sebegitu rupa. Dia menceritakan isi hati yang terbuku sejak dari awal kami berjumpa dengan Ayu sehingga lah Ayu pulang.

Patutlah diam sahaja Hairuna. Rupanya memerhatikan aku dan Ayu. Aku menenangkan Hairuna menyedari akan sifatnya yang sensitif dan mempunyai perasaan yang sangat halus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience