BAB 3

Romance Completed 22623

‘BAM!’

Allan menghentak stering keretanya.

“Awesome! Really awesome! Masa tengah hujan lebat ni juga kau nak rosak kan?” rungut Allan apabila keretanya tidak boleh dihidupkan. Dia menggagau di tempat duduk belakang.

“Mana payung ni?” rungutnya lagi. Lama-lama, dia mendengus geram.

Lupa, payung ada dalam bonet. Nampaknya, kena redah dulu hujan, basah lencun dulu baru boleh tengok apa yang tak kena dengan Beemer dia ni.

Terkocoh-kocoh, Allan membuka pintu keretanya. Hujan lebat semakin menggila, membasahi tubuhnya. Sejuk dirasakan sehingga sum-sum. Dia berlari ke belakang kereta, dan lekas membuka bonetnya.

Aik? Tak ada juga? Mana pergi payung dia ni?

"Dr Allan, do you need help?"

Anes bertanya apabila terlihat susuk tubuh tinggi lampai itu sedang terkocoh-kocoh mencari sesuatu di dalam bonet BMW hitam itu. Baju putih yang dipakai Allan juga basah kuyup ditimpa hujan.

Allan yang tadinya khusyuk menahan sebelah tangan pada bonet kereta terus terlepas. Natijahnya...

"Mak!! Shhhhit!" tangan yang tadi menahan bonet terlepas dan mengepit tangannya. Tangan yang terkepit tadi dipegang erat. Anes pula terus menarik handbreak lalu keluar mendapatkan Allan. Ya Allah sumpah dia tak sengaja pun! Niat nak tegur, bukan nak terperanjatkan Allan ni.

"Shhhit!" Allan masih belum habis memaki hamun diri sendiri. Iyalah, dengar suara Anes pun sampai terlepas bonet kereta tu siapa yang suruh!

"You okay? Here, let me look at it? I am so so so sorry Dr! I just nak tanya you need help ke, tak sangka you nak lepaskan bonet tu." Anes mula cuak. Tangan Allan diintainya.

Patah ke? Retak ke? Adui! Macam mana ni? Mata Anes naik ke wajah Allan yang seakan kaku tiba-tiba itu. Halkum Allan dilihat tergerak sedikit. Tiba-tiba Allan mengalihkan pandangan ke sisi.

Anes naik hairan, Allan ni dah kenapa? Allan menarik nafas dalam-dalam. Sejuk-sejuk ni, tengah basah hujan pula tu, bila Anes mula buat suara lunak macam tu tiba-tiba terfikir pasal benda yang tak patut difikirkan.

Allan, you are so so so bad.

Namun, tanpa dipinta, matanya memandang tepat pada susuk tubuh Anes yang turut lencun sepertinya. Malah, lagi teruk kerana Anes itu perempuan.

"Anes, masuk balik dalam kereta." tiba-tiba nada Allan tegas semacam. Anes menelan liur. Hah?

"Masuk. I could use a lift from you. Kereta rosak. But first, take this..."

Anes melopong apabila Allan mula membuka kemejanya. Kemeja yang lencun itu diserahkan kepadanya. Ketak-ketak Allan jelas ternampak disebalik singlet yang dipakai.

Jantung Anes berdetak lebih laju.

"I can see your...urm...your...your…see through.."

Allan berasa pipinya merah ketika itu. Namun, tangannya menggambarkan apa yang lidahnya tidak mampu ungkapkan.

Serentak itu, Anes juga menjadi serba merah. Okey, sangat janggal tika ini. Cepat-cepat baju yang dihulur Allan disambarnya. Disarungkannya baju tersebut pada badan. Kemudian, dia terus masuk ke dalam kereta.

Alamak, aku cakap dia pakai baju putih, aku pulak lupa yang aku pun pakai baju warna putih! Anes, kan dah buat tayangan percuma!

Anes mula termalu sendiri. Percuma saja Allan tengok warna baju comel dia di sebalik kemeja itu. Itulah, lain kali pakai singlet macam Allan tu Anes oi! Kan dah termalu sendiri ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience