BAB 8

Romance Completed 22623

“ALLAN... Eh, jauhnya datang makan?” Anes berbahasa basi.

Matanya memandang Allan dan kemudiannya meja di belakang Allan. Keluarga dia ke? Mama Allan tu nampak lawa sangat, adik si Allan pun lawa. Aik? Yang perempuan ke yang lelaki tu adik dia? Muka nak sama saja semua orang ni. Getus hati Anes.

"Come, join us?" Allan mempelawa. Dari belakang tengkuknya sudah dapat merasakan tikaman tajam renungan mata mamanya, Tasneem dan juga Ariff. Iyalah, tiba-tiba ajak random girl join in family dinner, mesti mama dia dah dengar bunyi kompang dipalu bagai tu.

Anes pula terus tergamam. Apabila semua mata di meja itu memandangnya, terus dia menjadi super duper conscious dengan cara pemakaiannya kini. Sekali tengok tak macam pensyarah langsung! Dengan hidung merah, hoodies berkepala kucing, stokin tebal menutupi kaki...macam budak lari hospital pun ada.

Pada masa itu juga hidungnya terasa gatal.

"Aa...aa...Ahcum! Tak apa Dr, I nak...ahcum! Cepat ni." Anes terbersin. Allan tersenyum manis. Alahai, comelnya bersin pun!

"You demam ke dear? I buat you demam, kan? Kesiannya."

Selamba Allan melekapkan tangannya pada dahi Anes. Mata Anes terus membuntang. Perbuatan Allan jelas membuatnya terkejut. Bukan Anes sahaja, mama Allan pun terkejut.

"Anes ya? Ni, duduk dulu. Makan dengan kami. Demam-demam ni kena makan. Baru boleh makan ubat." Celah mama Allan. Anes terus menjadi serba salah apabila potential bakal mak mertua undang dia. Allan terus Tarik senyum ke arah Anes.

"You don't wanna dissappoint my mother, do you?" Tanya Allan perlahan. Anes gigit bibirnya. Apabila Allan mula main reverse psychology, mana sanggup Anes nak tolak.

Lambat-lambat dia akur. Allan menarik sebuah kerusi dan bertukar tempat. Dia berikan tempatnya kepada Anes dan dia duduk di hujung meja. Allan memperkenalkannya dengan mamanya, Tasneem serta Ariff.

“Rumah area sini ke, Anes?” Mama Allan bertanya. Anes mengangguk.

“Hujung lot ni aja aunty. Ni pun Anes jalan kaki. Mak tak ada so Anes tak rasa nak masak.” Anes menceritakan. Kesemua di meja itu pasang telinga saja.

Tasneem mula menguis kaki Allan.

“Calon ke bang?” bisik Tasneem. Allan tersenyum lebar sambal melihat mama dan Anes berbual rancak. Mata redupnya memandang Tasneem.

“Okey tak?”

Tasneem tersenyum lebar. Ibu jarinya di angkat.

“But she could do something with her choice of clothes. Nampak muda sangat tu. Macam budak form three.” Sempat lagi Tasneem berpesan.

“She’s my budak form three...” Allan mencelah. Tasneem terus mengerutkan hidungnya.

“Ee, pedo!”

Allan membiarkan sahaja komen terakhir Tasneem tidak berjawab. Lantaklah, dia suka Anes dia macam tu.

A little weird,

A little feisty,

A bundle of joy!

“Anes dengan Allan ni dah lama kenal?” Allan kembali menumpukan perhatiannya kepada perbualan mamanya. Anes mengangguk.

“Kami colleagues, Ma. Dari firstday dia masuk kerja lagi we’ve been friends.” Ujar Allan.

“Jadi...korang tak nak take the friendship to the next level ke?” Mama Allan memasang jerat. Allan terus terdiam. Anes pula terus memandang Allan. Allan menjungkitkan keningnya ke arah Anes, dan Anes tergelak kecil.

Padahal dalam hati Anes, bunga-bunga sudah mekar setaman.

“Apa macam Anes, nak?” Selamba Allan bertanya. Tasneem sudah menyepak kaki Allan. Dasar lelaki, tak boleh ke romantik sedikit?

Anes pula apa lagi, dah kalau nak cakap nak! Terus dia angguk laju. Allan yang tanya kan, kira boleh lah tu.

“Nanti bila Mak Anes balik dari Umrah, telefon Mama. Mama bawa rombongan.” Semua di meja itu tergelak lagi sekali.

Kalau bakal mempelai teruja, mak si pengantin lelaki laaaaagi teruja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience