BAB 5

Romance Completed 22623

ANES meletakkan pennya ke atas meja. Kepalanya disandarkan di sofa. Ya Allah, penatnya. Pening kepala dia semakin menjadi-jadi apabila membaca laporan entah apa apa yang ditulis oleh pelajarnya. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Alamak, lapar pula! Mengenangkan dia seorang sahaja di dalam rumah tika ini, mood hendak memasak terus hilang.

“Tapau aja lah!” ujarnya sambil bangkit dari duduk.

Dia menarik keluar hoodie bertelinga kucing dari almari, disarungkan ke atas tanktop yang dipakai, stokin dibiarkan di kaki, anak tudung diserlumkan ke kepala dan siap! Lantaklah orang nak kata apa, dia tak larat nak salin baju elok-elok. Asal tutup aurat, sudah.

Zip hoodie ditarik sehingga menutupi tekaknya. Beg duit dicapai lalu dia bergegas ke restoren di kawasan rumahnya itu. Macam biasa, jalan kaki pun boleh!

“Kak Anes, macam baru lepas pantang ni kenapa?” tegur salah seorang pekerja di situ. Regular customer ni, wajarlah nak tegur sapa pun.

Anes menunjukkan tisu di tangan dan juga hidungnya yang merah itu. Budak tadi mengangguk.

“Demam ke? Kesian. Dah akak duduk dulu, nanti Wan bawakan air barli dan sup untuk akak, okey?”

Anes terus tersenyum lebar. Pandai si Wan ni teka.

“Sup tak nak ajinomoto tau, Wan.” Anes pesan. Kemudian, dia terjengah-jengah ke dalam restoren itu. Alahai, fullhouse pula malam ni.

Anes bergerak ke dalam restoren itu. Manalah tahu kut-kut ada tempat kosong. Sedang dia mencari tempat, tiba-tiba ada suara memanggilnya.

“Anes?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience