BAB 6

Romance Completed 22623

“ABANG, Tas nak tomyam udang.”

Allan angguk.

“Riff?”

“Eh, aku kan dah makan tadi. Ni Tasneem, kata supper, tomyam udang tu supper is it? Not so heavy la dear...” Ariff mula bersuara. Mentang-mentang mengandung, macam vacuum. Semua benda dia nak makan.

“Mak Lang, tengok dia ni. Tas nak makan pun dia tak bagi.

Nanti bila Tas nak pantang teringin pula.” Tasneem mula menarik muncung.

Allan sudah tergelak mendengar aduan dari mulut adik sepupunya itu. Matanya pula memandang ke arah Ariff yang sedang membuat muka fed up dengan aduan Tasneem itu tadi.

“Bagilah dia rasa Ariff, esok lusa bila dah deliver baby, she can barely eat any of these.” Mama Allan aka Mak Lang bersuara.

Tasneem tayang muka bangga kepada si suaminya.

“Tomyam saja ke nak nasi?” Allan tambah. Ariff cepat-cepat memandang ke arah Tasneem. Nak tengok berani ke tidak dia naktop up nasi sepinggan.

Tasneem tayang muka simpatinya.

“Nasi putih separuh...”

Allan tergelak besar apabila Ariff mula mencubit lengan Tasneem.

“Cukup? Side dish?” tokok Allan, sengaja mahu mengusik.

“Wey! Kau sengaja ke Allan. Tak tengok dia bedal dinner tadi banyak mana? Kata nak ‘mengupi’ kat sini, last last me-nasi-lauk-tomyam jadinya.” Rungut Ariff geram.

Menu di tangan Allan dirampas dan diletakkan ke meja sebelah yang tidak diduduki sesiapa.

“Nanti anak kau juga keluar leleh air liur sebab mak dia kempunan masa mengandung dulu.” Balas Allan selamba. Mamanya di sebelah juga tergelak kecil mendengar komen dari mulut anak terunanya.

“Eh kau bila nak kahwin? Tunggu wife kau pregnant, baru kau rasa.” Sedas Ariff bagi. Allan terus mengangkat tangannya, surrender bila lawan dengan ex-lawyer ni.

Dia kemudiannya menggamit pelayan untuk mengambil order. Setelah pelayan itu berlalu, dia terlihat kelibat seseorang yang sedang berjalan ke arahnya. Mata wanita itu seolah-olah melilau-lilau mencari sesuatu.

Allan tersenyum lebar. Aih, kebetulan ke ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience