BAB 9

Romance Completed 22623

ANES menarik keluar jam tangan serta cincin tunangnya. Nak pegang baby kan, kenalah buang segala perkakas yang dia pakai. Kalau tak, kesian pula baby tu tercedera.

Tangan Anes terus memangku kepala si comel yang dihulur Allan tadi. Alahai, bakal suami dah pandai pegang baby ni...weehuu!

“Abang Ariff, berapa hari dah Ayis ni?” tanya Anes sambal mengusik pipi baby dalam pelukannya itu. Kepala baby yang bernama Ahmad Faris itu dicium. Bau bayi sangat wangi.

“20 hari, Anes.” Ariff menjawab. Serentak itu dia menarik tangan Tasneem yang sedang bersandar di kepala sofa dan mengucup halus di belakang tangan isterinya itu. Tasneem menampar bahu Ariff, manja.

Depan orang pun nak tunjuk romantis dia.

“Wah bestnya. Abang Ariff dengan Tasneem dah ada baby,” komen Anes.

Allan tersenyum melihat Anes yang ralit mendokong baby Ayis. Dia kemudiannya menarik Anes ke sofa dan menyuruhnya duduk. Karang terlucut si Ayis tu ke lantai mahu meraung mama papa dia.

“Best? Dapat baby best? Kuat bangun malam Ayis ni. Diaper change la, feeding la...” Ariff mula menyenaraikan. Tasneem di sebelah sudah menjeling tajam. Ariff tarik senyuman manisnya.

“...tapi...tapi memang best. Sebab rumah abang ni dah tak sunyi.” Ariff cepat-cepat menyelamatkan diri sebelum ketam cik isteri mula merayap.

“Best sangat dapat babies, they are so cute!” Anes menambah. Sungguh, dia sayang sangat-sangat pada bayi.

“Suka baby ya?” Ariff bertanya lagi. Nak juga kenal bakal sepupu ipar si Tasneem ni. Tengok dari pemakaian, agak err...tapi cara Allan pandang Anes ni, memang macam over the clouds and the moon!

“They smell like heaven.” Anes menjawab pertanyaan Ariff.

Ariff terus tersenyum lebar. Dah tahu nak sakat si Allan ni macam mana.

Haha, siap kau Allan.

“Anes pun boleh dapat baby sendiri apa? Lagi comel, lagi cute, sebab mama dia lawa. Tapi minus pointer pada perangai papa dia kut, macam langau kekadang tu. Mak Lang suruh kahwin, macam-macam alasan dia bagi selama ni.” Ariff mula membuka pekung si Allan.

Allan terus mencerlung matanya ke arah Ariff. Amboi, dah pandai ya sekarang nak pekena orang ex lawyer ni?

“Luckily you came to that restaurant the other day, Anes. Kalau tak sampai ke sekarang kut kami tak kenal you.” Sakat Ariff lagi. Allan sudah mula berasap.

“Ariff, kau nak kena dengan aku ke?” Allan mengugut. Ariff terus tergelak besar. Tasneem di sebelah pula sudah mula menggeleng kepalanya.

Kesian bila tengok Anes yang sudah menjadi merah itu. Ariff ni pun, so insensitive. Nak pekena Allan pun janganlah sampai buat si Anes tu termalu sendiri.

“Abang! Tak baik la.” Tasneem bersuara. Serentak itu, baby Ayis mula merengek. Alahai, dia nak mama dia balik.

Anes dengan muka merahnya, terus bangkit dan serahkan Ayis kembali ke pangkuan Tasneem. Muka Ariff dengan Allan langsung dia tak pandang. Tak mampu!

Tak mampu sebab tiba-tiba dia pun terlintas ada baby dengan Allan, dan juga beberapa peristiwa yang akan mewujudkan baby tersebut kalau dia kahwin dengan Allan.

Alahai...bahaya betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience