BAB 1

Romance Completed 22623

Bagai ada irama indah bemain di hatinya, dia bersiul-siul kecil sambil mengorak langkah ke kelas.

Jam ditangan dibelek sekilas, lima minit sebelum kuliahnya bermula.

Sedang elok dia berjalan, dia terlihat seseorang yang sedang terkocoh-kocoh keluar dari kelas yang ingin ditujunya tadi.

‘Alahai, there goes my darling Christmas tree!’ getusnya perlahan di dalam hati. Entah mengapa, dia suka tengok wanita yang konfiden aja mengenakan apa sahaja pakaian yang dia ingin pakai hari itu. Kali ni, kalau tengok dari gaya rakan kerjanya ni, tudung pun tak bergosok.Tapi dia suka sangat, walaupun wanita itu tidak mempunyai taste dalam cara berpakaian, tapi perfume yang digunakan mampu mengocak naluri lelaki bujang terlajak dia ni.

“Morning, Anes.”

Tegurnya ramah. Wanita yang bernama Anes tadi berhenti melangkah.

“Morning Dr.” Tegur Anes kembali. Tangan kirinya cepat-cepat memegang bucu tudung bawalnya. Alahai, masa ini jugalah dia nak sedar yang tudung dia ni dipakai tak sama panjang. Kalau orang lain nampak memang dia tak kisah, tetapi kalau Dr Allan yang nampak, hatinya menjadi nervous tak tentu hala.

Tahulah Dr Allan tu kacak tahap Christiano Ronaldo tu, tapi jika dibandingkan dengan rakan sekerjanya yang lain, Dr Allan ni ibarat biasa-biasa sahaja. Namun entah mengapa, hanya si Allan ni saja yang mampu buat dia rasa self conscious!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience