Bab 1 : Blind Date

Romance Series 9755

"Hoorayy! Let's party! Cheers!" Nicolas Feuillatte Champagne dibuka penutupnya. Kedengaran suara lelaki dan perempuan menjerit kegembiraan di tengah keheningan malam. Serentak itu, muzik rancak mula terpasang. Bergema segenap ruang apartment.

Mereka menari dan bersentuhan tanpa berlapik. Tidak mengira apa yang salah. Yang penting, mereka gembira. Macaroni bakar, spageti bolognese, aglio o olio dan pizza terhidang di atas meja kaca yang juga menempatkan deretan botol champagne.

Syurga dunia bagi mereka.

"Iris, apa jadi dengan Datin Harlina? Kali terakhir aku nampak dia masa dia tampar kau." Soalan diajukan oleh Dania kepada Iris, curiga dengan nasib si datin. Masih bersama atau ditinggalkan?

"Divorced. Hahahaha!" Terburai tawa Iris. Berani dia datang ke pejabatnya menghadiahkan satu tamparan kuat. Malu dibuatnya. Seminggu dia menjadi buah mulut satu pejabat.

"Pity of her, actually." Bella datang menyampuk. Segelas champagne dicapai. Jemarinya yang runcing bermain-main pada permukaan gelas sebelum diteguknya habis.

"Tak juga. Dia yang tak pandai jaga laki. Well, just look at her. So outdated. Tak macam Iris, cantik bergaya dan menggoda." Dania memuji sambil mengutuk si datin. Datin tu patut cermin diri sendiri sebelum menyerang Iris.

"Maybe you are the worst bitch in this world, Iris. A homewrecker. Tapi, kalau aku jadi Dato' Haydar, aku pun teragak-agak sama ada nak teruskan lagi perkahwinan ke tak. Dia, sangat tak menarik. And she couldn't bear a child. Dia kaya, tapi tak nak manfaatkan harta yang ada." Tambah Bella lagi. Bila difikirkan semula, bukan salah Iris sepenuhnya. Cubalah jadi menarik sikit barulah Dato' Haydar tak lari.

"So, apa plan kau dengan Dato' Haydar? Kahwin?" Dania tersenyum simpul seraya mengangkat kening. Lalu disenggolnya Iris, mengusik nakal.

Kacak. Kaya. Romantis. Iris, ikan besar depan mata, apa tunggu lagi?

"25? Married? Nope! Dania, kau macam tak kenal aku je. This is Qistina Iris. Everyone's mistress. Dato' Haydar tu, yes dia sempurna. Tapi aku suka-suka macam tu je. Yang penting, poket dia tebal! Hehe!" Tak terlintas dalam benak untuk dia berkongsi hidup dengan sang adam. Iris muda lagi kut. Belum puas nak enjoy.

"Tsk tsk tsk! Tiba-tiba aku rasa kesian pulak kat mereka." Malang betul nasib si Dato' dan Datin.

"Tapikan, kadang-kadang tak faham dengan taste kau. Kenapa mesti laki orang kau nak kaut? Semuanya dalam 30-40 tahun. Kalau kau nak duit, kau pun bukanlah sampai papa kedana. Banyak lagi kut lelaki bujang kaya kat luar sana." Dania mempersoalkan ciri-ciri lelaki yang digoda Iris. Tidak dapat dibilang dengan jari berapa ramai suami orang yang telah dipermainkan Iris. Walau motif utama Iris cuma mahu mengikis harta, takkanlah dia tak rasa apa-apa. Cinta ke apa.

"Okey aku bagi 2 sebab. Pertama, aku nak harta mereka. Untuk kepentingan aku. Dan kepentingan syarikat aku. Susah kut nak cari modal. Tapi dengan jadi perempuan simpanan laki-laki kaya ni, aku dapat free je duit tu." Iris meneguk segelas wine untuk membasahkan tekak sebelum menyambung lagi.

"Kedua, dorang tak kalut macam lelaki bujang. Aku memang suka lelaki yang lagi matang dari aku. Yang penting dominan." Jelas Iris lagi. Sejujurnya setakat ini, dia belum pernah betul-betul terjatuh hati kepada sesiapa. Cinta-cinta pun, lama-lama boleh makan diri sendiri.

"Iris. Are you still a virgin?" Bella melontarkan soalan maut yang membuatkan riak wajah Iris berubah serta merta. Serasa mahu tersembur wine yang diteguknya.

Amboi, soalan panas!

"Of courselah! Korang ingat aku ni apa? I'm, an elegant mistress. Bukan senang-senang nak disentuh okey? Paling teruk pun,cuma..." Iris memuncungkan bibirnya dengan gaya menggedik. Dania dan Bella ketawa melihat gelagat Iris.

"By the way, parti seterusnya kat rumah aku. Korang berdua nak apa?" Dania menukar topik. Bukan tidak suka berparti di apartment Iris ini, tapi rumahnya lebih seronok. Lebih luas.

"Pool party?" Cadang Bella. Sempat dia bersiul nakal.

"Kau gila? Hahahahaha! Aku tak cukup seksi sampai nak buat pool party. Nak kena tembak dengan ayah aku apa. Benda lainlah." Pantas Dania menolak.

"Kalau aku, aku teringin nak Veuve Clicquot Champagne! Ala-ala rasa mewah macam tu. Hehe!" Terbayang di minda Iris memegang sebotol Veuve Clicquot yang biasanya hanya untuk golongan elit sahaja.

"Amboi amboi kau Iris.. RM 75,000? For that champagne? That's a no no." Balas Dania dengan menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan berulang kali.

Banyak lagi champagne yang murah. Lanson,Laurent-Perrier, tak pun, Pommery. Ini tidak, yang mahal juga dimintanya. Bebelnya dalam hati.

Perbualan mereka terhenti di situ. Alunan muzik diperkuatkan lagi. Bertambah bingit. Iris, Dania dan Bella terus hanyut dalam keseronokan darah muda. Malam masih panjang bagi mereka.

Bunyi loceng tiba-tiba kedengaran. Namun, Iris memilih untuk membiarkan. Dipekakkan telinganya. Dia semakin rancak menari. Tapi, bunyi loceng berlarutan diselangi dengan ketukan pintu.

Ah! Kacau daun betul!

Dengan terpaksa Iris membuka pintu melihat gerangan yang mengganggu parti mereka. Tersembul wajah jirannya di muka pintu, Aunty Maya.

"Dah pukul 1 pagi. Boleh senyap sikit tak? Bising. Orang nak tidur pun tak boleh. Tak payahlah sampai tak ingat dunia." Iris disemburnya cukup-cukup. Wajahnya nampak tidak berpuas hati.

Tak ada salam, tak ada apa, lepas tu tiba-tiba datang menyerbu dengan kata-kata pedasnya? Hei Aunty Maya, nak kena ni. Geram Iris!

"Suka hatilah. Ini apartment saya. Bukan masalah Aunty." Iris memulangkan paku buah keras. Dia malas mahu berlama-lama di situ kerana sejuk oleh sebab hanya memakai crop top yang mendedahkan bahu dan sebahagian perutnya.

"Hormat la sikit orang nak tidur." Aunty Maya tetap tidak mahu mengalah dan berganjak dari situ. Membuatkan keadaan bertambah rumit.

Aku baru nak happy happy kut.

Iris menyuruh Aunty Maya menunggu sebentar. Dia mengambil dua ketul gabus champagne lalu dibuka semula pintu dan memberikan gabus itu kepada Aunty Maya.

"Aunty ambil gabus ni. Satu sumbat kat telinga kiri. Satu sumbat kat telinga kanan." Ujar Iris seraya membuat demo. Puas hatinya. Hikhik.

"Kurang ajar!" Aunty Maya meradang. Biadap sungguh jirannya itu.

"Bye Bye!" Tangan Iris dilambaikan. Iris tidak berhenti menyengih. Pintu apartment bernombor 18 ditutup dengan rapat. Parti belum lagi berakhir.

***

"NO no no no no! No!" Iris berulang kali menyebut perkataan yang satu itu. Dia benar-benar tidak mahu. Kedua tangannya disilangkan ke dadanya.

"Please.. Please Iris please!" Dania merayu dengan harapan Iris bersetuju. Lagipun, Iris bukan ke mana-mana waktu itu.

"Bella kan ada. Kenapa mesti aku?" Puas Iris menolak. Dia seakan mati kata.

"Bella dah ada tunang. Sama je menempah maut kalau aku minta tolong kat dia. Please, Iris..please!" Dania belum lagi mahu mengundur diri. Iris harus setuju dengan permintaannya.

"I don't date with a stranger!" Tegas Iris.

"Please, Iris... Aku penat dengan mama aku. Asyik nak jodohkan aku dengan sembarangan lelaki je. Kerja kau senang je, Iris. Kau buat la apa-apa yang buat laki tu meluat dengan kau. Automatik, laki tu tak suka kat aku.Then, clash everything before it's started. Okey?" Dania merencana sebuah percaturan yang tidak masuk dek akal.

"So, aku menyamar jadi kau? Wow! Kau banyak sangat tengok drama ngan filem sebab tu terpengaruh sampai macam ni. Lagi satu, takkan lah laki tu tak tahu muka kau macam mana? Karang dia nampak aku terkejut sebab lain rupa. Tak gitu?" Iris membalas.

"Laki tu tak tahu. Dan aku pun tak tahu muka laki tu macam mana. Sebab mama kata nak dua-dua surprise. Hah, macam tu. Please, Iris. Kau setuju, aku tunaikan apa saja yang kau nak. Deal?" Dania mula memancing. Bukan dia tidak tahu Iris itu perempuan materialistik.

"Everything? Seriously?" Iris menjungkit kening sebelah. Biar betul? Tapi keluarga Dania keluarga berada. Semua benda yang dia nak petik jari pun boleh dapat.

"Yes, everything Iris. I will do everything." Dania meyakinkan lagi Iris. Sepertinya Iris akan bersetuju.

"Okey. Bagi aku beg Louis Vuitton."

"Louis Vuitton? Itu je? Okey Iris." Dania seperti pelik. Tak mungkinlah Iris mahukan itu saja. Macam tak logik.

"Aku tak habis lagi. Chanel. Prada. Gucci. All that handbags. I want them." Iris menambah koleksi. Senyuman tersungging di bibirnya.

Meletus tawa Dania. Ini barulah Iris! Taksub dengan brand mahal aje.

"Okey, okey! Okey sangat! So, deal." Dania menunjukkan tiga jarinya.

***

"LV-Chanel-Prada-Gucci, LV-Chanel-Prada-Gucci, LV-Chanel-Prada-Gucci, LV-Chanel-Prada-Gucci.. You can do it Iris!" Seperti mantera Iris menyebut jenama idamannya banyak kali. Pintu kaca Restoran Tarantula ditolak. Meliar mata Iris mencari meja bernombor 9. Plan Dania diingatinya semula.

'Ingat Iris. Buat Tengku Shahrizal bencikan kau. Buat dia meluat dengan perangai kau. Apa saja.'

Meja nombor 9! Itu dia! Iris melangkah menghampiri meja yang sudah ada penunggunya. Dan dia...

Oh my Gucci! Tengku ke Tengkurakkk ni?

Mahu luruh jantung Iris kerana Tengku Shahrizal berbeza sungguh dengan apa yang digambarkan oleh Dania. Dania kata Tengku Shahrizal sangat mementingkan penampilan tapi yang ini?

Jaket kulit berwarna hitam. Seluar lusuh koyak di lutut. Rambut pun serabai. Muka dahlah macam orang tak mandi. Selekehnya. Aduss!

Iris mengambil tempat untuk duduk. Letak duduk diperbetulkan untuk keselesaan. Lelaki itu tidak berhenti memandang wajahnya. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Takkan lah dah terpikat kut? Aku baru duduk belum lagi mengiau.

"Ehemm, hello. I Dania." Iris menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Senyuman dimaniskan.

"Assalamualaikum. Aku Tengku Shahrizal." Jawabnya ringkas. Salam Iris tidak bersambut.Iris menyorok semula tangannya ke bawah meja lalu mengepal penumbuk.

Hanat betul laki ni. Iris bengang sendiri.

Iris sengaja tidak menjawab salam itu. Plan mesti berjalan dengan lancar.

"Here. Red tulips for you." Sejambak bunga diberikan kepada Iris. Terselit sekeping kad bercorak vintage di celah jambangan bunga.

"Simbolik bunga ini, a declaration of love." Dia memperjelas lagi.

Iris merenung sepi sejambak bunga tulip itu. Pandai lelaki ini mahu tawan hatinya. Maaflah. It's too cheesy and cliche. Iris tidak tersentuh langsung. Mahu mencium bunga itu dan berkata wow terima kasih? Iris bukan begitu.

"Sorry, Tengku. I tak suka bunga. Tak menarik." Iris menolak bunga tulip itu ke arah lelaki itu semula dan menayangkan wajah bosan. Yes, Iris macam tulah.

"Oh. Aku pun tak suka kau." Kata lelaki itu sarkastik.

Bila ternampak Iris tadi dia tersenyum-senyum bukan kerana suka. Tapi mentertawakan fesyen Iris yang dia fikir datang dari era 1980. Dengan gaun kembang separas lutut bercorak polka dot, leher diikat skarf jingga, beg tangan sebesar alam dan rambut siputnya, seperti anak dara tersesat zaman. Sudah itu, cermin mata besar dipakainya melorot ke hujung hidung. Mahu saja dia ketawa kuat-kuat tapi cuba ditahan.

"Emm. Baguslah. Kau pun bukan taste aku." Balas Iris pedas. Dalam diam, Iris gembira kerana cepat sungguh plannya berhasil. Tengku tak suka dia, dia pun tak suka tengku, hah baguslah begitu.

"Kau, dahlah tak cantik. Biadap lagi! Tak sangka anak Dato Maleek yang digembar-gemburkan cantik jelita rupanya biasa je. Expectation kills." Kutuk lelaki itu.

Naik turun dada Iris cuba menahan marah.Teruknya first impression lelaki ni terhadap Iris. Aku tak cantik? Dia pun nampak busuk ada keberanian nak cakap aku tak cantik? Hello?? Semua Dato' gilakan aku tau! Dia tahu dia memang sengaja berpenampilan sebegini tapi tak tahulah pula lelaki ini berani cakap depan-depan dengan dia macam ni. Cepatlah benda ni selesai Iris pun tak naklah jadi hodoh. Lagipun, dari tadi Iris rasa tidak sedap perut.

"Kau pun sama. Macam penyangak. Tengku? Huh?? Tengkorak adalah. Memandangkan kita berdua tak sehaluan, lebih baik kita tak perlu mulakan apa-apa hubungan. Because this relationship is ended before it's started!" Iris tidak mahu dipanjangkan lagi pertelingkahan mereka. Rasa kelakar pula. Ini bukan blind date. Masing-masing bertikam lidah.

"Good." Dia hanya membalas sepatah.

"Bye!" Kasar Iris mengucapkan selamat tinggal.Bukan calang-calang lelaki ini tak sampai berapa minit dia dikutuknya cukup-cukup.

Iris mencapai beg tangannya lalu mengangkat punggung dari tempat duduk. Perut Iris terasa senak lagi. Kenapa pulak ni? Tubuhnya berpusing membelakangkan si tengku.

"Dania, your dress.." Sempat dia tersenyum mentertawakan Iris.

Kenapa? Kenapa dengan dress aku? Lantas Iris menarik-narik gaunnya mahu melihat apa yang tidak kena.

Oh my! Aku period ke? Damn! Damn! Damn! Bukan di depan si tengkurak ini! Argh!

Cepat-cepat Iris menutup tompokan darah merah di belakangnya dengan beg tangan. Melihatkan ramai pelanggan di restoran itu membuatkan dia mati akal. Kalau dia mahu ke tandas, dia harus merentasi sebilangan pelanggan di situ. Malulah dia bila orang ternampak dia berjalan sambil tertutup-tutup beg tangan di belakang. Apa yang nak buat ni? Argh, malu pun malulah.

"Here, take this." Si Tengku memberikan jaket hitamnya kepada Iris. Iris teragak-agak sama ada mahu terima atau tak. Dalam keadaan darurat sebegini, sempat lagi ego Iris menguasai diri.

"Tak nak? Okey tak apa. Aku buat semua ni bukan sebab aku sukakan kau. Cuma kesian tengok kau." Si Tengku mendekati tubuh Iris.

"Hei! Apa ni?"

Bahagian lengan jaket diikat di bahagian hadapan tubuh Iris maka tertutuplah tompokan darah di belakang gaunnya. Iris seperti kematu di situ. Perutnya terlalu sakit untuk melawan.

Tanpa berkata apa-apa, Iris terus mengorak langkah pergi ke tandas. Mujurlah dia sentiasa membawa pad di dalam tas tangannya. Sejurus urusannya selesai, Iris kembali semula ke meja makan tadi mahu memulangkan jaket hitam tersebut walaupun hatinya membengkak dengan maksud sebenar pertolongan si tengku tadi yang tidak begitu ikhlas.

Namun, orangnya sudah tiada. Yang tinggal hanyalah sejambak bunga tulip merah yang tadinya dia tolak keras. Jemarinya membelek-belek sekeping kad yang terselit di situ. Sepotong ayat dibacanya perlahan.

A declaration of love huh?

***

TELEFON pintar miliknya berdering. Panggilan dijawab sambil menahan kesejukan malam.

"So, beres?" Suara garau kedengaran di hujung talian.

"Don't worry Tengku Shahrizal. Aku yakin, Dania memang tak sukakan aku. Maksud aku tak sukakan kau juga." Balasnya.

"Thanks Adam Zachary. Kau dapat apa yang kau nak." Bibir Zach menguntumkan senyuman.

Terbayang wajah si perempuan kolot tadi.

'Mungkin tulip merah tak sesuai dengan kau'. Desisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience