Bab 2 : Methamphetamine

Romance Series 9755

"Oh my baby boo Louis Vuitton! Come to mama!!" Membulat mata Iris melihat Dania menuruni anak tangga bersama beg-beg tangan berjenama mewah. Pantas Iris mendapatkan Dania dan memeluk beg tangan jenama Louis Vuitton dengan erat. Beberapa kali dia berpusing-pusing bersama tas tangan itu sambil digesel-geselkan ke pipinya. Seronoknya!

"Oh my baby Prada! Don't sulk! Mom loves you too! Same goes to my baby Chanel and Gucci! My lovely babies..." Tiga beg tangan itu diraih ke pelukan dan dikucupnya beberapa kali. Iris memeluk kesemuanya bagai tidak mahu lepaskan. Sayang sekali!

"Nak aje aku hantar kau masuk Tanjung Rambutan. Biar kawan dengan orang-orang gila kat sana." Bertaut kening Bella melihat Iris yang persis orang tidak siuman.

"Hantarlah hantar! Malam ni aku nak tidur dengan beg-beg ni. Hehe! Nak buat bantal peluk!" Iris melabuhkan punggungnya di atas sofa. Beg-beg tangan masih erat dalam dakapan Iris.
"Crazy.. Your obsession gonna kills you someday." Perli Dania. Dari zaman kolej, perangai Iris langsung tidak pernah berubah. Obses dengan barangan mewah dan mengejar jejaka-jejaka tampan yang kaya.

Senaskhah majalah diambil Bella lalu diselak helaian demi helaian demi mencari artikel-artikel menarik untuk dibaca. Sayangnya, majalah keluaran bulan ini kurang menarik perhatian. Tidak banyak gosip-gosip liar yang boleh dia tahu. Kalau tak, boleh lah dia membawang sebentar.

Halaman terus diselak lalu terhenti pada helaian muka surat 27. Ruangan yang berkisar tentang kejayaan anak-anak muda.

"Weh weh! Tengok ni! Tengok!" Teruja Bella menunjukkan gambar seorang jejaka kacak kepada Iris dan Dania.

"Tengku Shahrizal bin Dato' Musa? CEO termuda?" Terbelalak mata Iris menatap rupa wajah Tengku Shahrizal.

"Gila kacak! Tengok jawline dia. Bongok Dania suruh si Iris ni gantikan tempat blind date dia. Gigit jari la kau Dania. Tolak rezeki macam ni." Wajah Tengku Shahrizal ditatap Bella lagi. Ini kalau tunangnya tahu dia tenung-tenung lelaki lain pasti marah.

"Alahhh tak adalah sampai aku rasa nak menyesal." Dania mencebik. Dia bukan seperti perempuan desperado macam Iris pun. Tak terkilan langsung pun.

"Tapikan, yang aku jumpa hari tu bukan muka dia macam ni! Lain sangat!" Luah Iris. Iris membandingkan wajah mereka berdua. Memang berbeza. Tengku Shahrizal persis Prince Charming tapi yang dia jumpa hari itu macam mat lampir je. Takkanlah dia boleh bertukar-tukar rupa macam tu.

"Seriously?" Serentak Bella dan Dania bertanya.

"Betul.. Aku rasa orang lain tu. Mungkin Tengku Shahrizal tak nak blind date so dia hantar orang lain. Macam kau hantar aku lah!" Iris menebak. Boleh jadi juga begitu.

"Tengku Shahrizal pun tak nak kenal dengan Dania! Hahahah! Sama je dua-dua!" Meletus tawa Bella.

"Dah tu Iris, siapa yang kau jumpa kat restoran tu?" Soal Dania kehairanan. Membuak-buak perasaan dia ingin tahu.

"Manalah aku tahu. Dia pun mengaku dia tu Tengku Shahrizal. Babe, aku sendiri terkejut. Sebab ya ampun dia selekeh sangat! Cam orang tak mandi seminggu! Pastu ada parut pulak tu kat muka dia. Eee, creepy. Mulut pun boleh tahan laser sembur aku." Iris berceloteh. Beg-beg tangan dileraikan daripada pelukan sebelum diletakkan betul-betul di sebelahnya.

"Ala cakap orang! Padahal kau pun sama! Pakai baju zaman purba kahkah!" Bella ketawa lagi mengenang kembali betapa lucunya penampilan Iris pada malam itu.

"Aku pakai pun sebab korang juga yang suruh. Kurang ajar mulut dia kata aku tak cantik dan biadap. Padahal apa yang aku buat cuma tak nak terima bunga pemberian dia je. Aku pun apa lagi, laserkan balik lah mulut dia tu." Cerita Iris lagi. Kata-kata lelaki itu masih membekas dalam hatinya. Rasa nak pelangkung je mamat tengkurak tu.

"Bunga apa dia bagi? Ros? Camellia? Daisy? Lily?" Bella meneka. Best apa dapat bunga.

"Tulip merah. Dia siap cakap simbolik tulip merah tu a declaration of love. Eyyy! Baru pertama kali jumpa nak main declare declare pulak." Iris memang tak suka pada bunga sejak peristiwa lampau itu berlaku.

"Tulip merah??" Bella berteriak. Berdengung telinga Iris dibuatnya.

"Overlah kau ni Bella. Tulip merah je pun. Bukan apa." Iris menjulingkan bola matanya ke atas. Tidak perlulah sehingga mahu terjerit sampai terkeluar anak tekak macam tu. Apa bendalah Bella ni.

"Ha ah tulip merah je pun. Nak terkejut apanya." Dania menyokong. Bukannya dia bagi dadah pun.

"Aku selalu tengok berita. Baca surat khabar. Kau berdua je pemalas nak tahu isu semasa. Red Tulips Seriel Killer masih berpeleseran kat Malaysia ni tau. Tak tahu ke? Eyyy naik seram aku. Dahlah dia bunuh perempuan-perempuan muda dengan kayu besbol. Lepas tu, lengan mereka ditarah perkataan 'BITCH'. Dah tu ditinggalkan sekuntum bunga tulip merah kat sebelah mayat."

Dania dan Iris sudah mula meremang mendengarkan kes itu. Seriau darah!

"Seramlah pulak. Kau nak cakap yang jumpa Iris hari tu Red Tulips Killer ke?" Membuntang mata Dania menanyakan tentang itu.

"Kebetulan je tu. Kau ni Bella, overthinking lah. Lagipun, dia memang fikir aku Dania." Iris cuba menyedapkan hati walhal jantungnya berdetak dengan kencang.

"Kau nak tahu tak kenapa perempuan-perempuan tu dibunuh?" Nada suara Bella sengaja diperlahankan.

"Apa?!"

"Sebab mereka semua jadi perempuan simpanan..." Bella berbisik di cuping telinga Iris lalu meniup sekali tengkuk Iris. Sengaja dia mahu menakut-nakutkan kawan baiknya itu.

"Arghh!! Jahatlah kau ni Bella! Seramlah aku macam ni! Benci benci benci!" Dipukulnya bahu Bella banyak kali. Iris masih tidak puas hati, mencubit-cubit pinggangnya pula. Seram la gila!

Mengekek Bella ketawa.

"Kau ni reka-reka cerita ke?" Dania membuka browser google untuk tahu sama ada benar atau tidak dengan apa yang diperkatakan Bella. Kadang-kadang Bella ni bukan boleh percaya sangat.

"Taklah. Memang betul. Tak percaya kau tengok la berita. Rajin-rajinlah sikit baca newspaper."

Jawapan bersahaja Bella buat Iris kembali terdiam. Terasa nafasnya tersekat di kerongkong. Aku ke mangsa yang seterusnya?

***

IRIS menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Rambutnya yang diikat messy bun diuraikan. Fuhh! Penat meredah kesesakan lalu lintas yang hampir memakan masa empat puluh lima minit. Padahal jarak dari apartmentnya ke rumah Dania tidaklah begitu jauh.

Berita hangat yang dikhabarkan oleh Dania dari tadi bermain dalam benak fikiran. Siapa yang tidak kecut perut mendengarkan kes pembunuhan bersiri itu? Apatah lagi, suspek belum lagi ditangkap. Masih berkeliaran entah di pelusuk mana.

Erk! Kalau Red Tulips Killer bunuh aku cemana? Aku kan banyak kali jadi perempuan simpanan. Tapi, banyak lagi perempuan simpanan kat negara ni. Bukan aku sorang. Ahh! Aku suka fikir yang bukan-bukan.

Minda Iris bercelaru. Sejambak bunga tulip merah yang terletak elok dia atas meja soleknya dikerling lama. Tak mungkinlah lelaki itu pembunuh. Paling tak pun pengemis. Tak pun penyangak.

Pandangan Iris beralih ke arah jaket kulit berwarna hitam yang tergantung kemas di hadapan pintu almari. Bila lelaki itu menanggalkan jaketnya, badan dia boleh tahan. Macam masuk keluar gym selalu. Kemain berketak-ketak.

Oh, ya. Bila aku nak pulangkan jaket hitam ni? Bukan boleh jumpa lagi pun.

Iris meluruhkan jaket hitam itu daripada penyangkut baju. Dia cuba memakainya. Tapi terlondeh di bahagian bahu. Nampak sangat bahu lelaki tu melebar. Dia menggayakan jaket itu di hadapan cermin besar. Serupa model sudah.

"Tak muat pun, aku masih nampak hot dan sexyy!" Dia puji diri sendiri. Tersengih-sengih melihat dirinya yang cantik pada pantulan cermin. Dia menyeluk poket kiri dan kanan. Kut ada benda yang tertinggal ke. Poket di bahagian dada dibuka butangnya. Tangan Iris terasa seperti ada bungkusan plastik kecil. Lantas Iris keluarkan.

"Apa benda biji-biji ni? Waitt!" Iris mengamati lagi. Tersentak dia. Gila! Ini pil kuda! Methamphetamine! Pihak perubatan pakai untuk merawat orang imsonia, ADHD dan obesiti terlampau tapi tulah orang salah gunakan. Iris dah cam sangat dengan pil kuda. Dahulu zaman kolej, kelab malam menjadi tempatnya untuk berseronok. Selalulah pelanggan-pelanggan di situ menjual beli pil kuda. Untuk menguatkan tenaga mereka kata.

Tapi, Iris taklah sebodoh itu mahu mengambil pil kuda. Dia tahu kesan buruknya. Delusi, halusinasi dan paranoia. Gigi pun boleh rosak. Tak naklah gigi tak cantik. Harga pun cekik darah. Sebiji RM120. Cara makan pun bukan telan macam panadol. Kena bakar dulu baru sedut asapnya. Apa orang kata teknik tu? Chasing The Dragon?

"Naya aku kalau kena cekup!" Iris membaling bungkusan pil kuda ke atas katil.

Apa aku nak buat? Buang? Takkanlah aku nak hisap pulak.

***

ANTONIO merengus kasar. Amarahnya tidak dapat ditahan lagi. Berkali-kali dia menyumpah. Secawan kopi panas yang masih meruap disimbah ke muka orang suruhannya, Daniel.

Wajah Daniel mula memerah. Air kopi yang tersisa dilap dengan tapak tangan. Panas sekali.

"Come può succedere questa cosa?!
(Macam mana benda ni boleh berlaku?) Bullshit!!" Melengking suara Antonio di dalam Villa Dominic. Seharusnya perkara ini tidak boleh terjadi. Lori yang membawa dua puluh anak gadis yang sepatutnya dihantar ke Brothel terlibat dalam kemalangan. Bodoh!

"I'm really sorry, Boss. This thing will never happen again in the future." Mendatar suara Daniel. Kepalanya yang hanya separas bahu Antonio ditundukkan. Antonio sangat menakutkan bila dia meradang.

"No excuses! You should fucking do your job well!" Antonio berdiri betul-betul di hadapan Daniel. Kepalanya ditunjal beberapa kali dengan muncung pistol Beretta M9.

"Forgive me, Boss." Lemah Daniel bersuara. Liurnya terasa pahit untuk ditelan. Aliran darah sepertinya terhenti. Nyawanya kini seperti berada di hujung tanduk. Sungguh dia gerun dengan Antonio yang menyinga.

Orang-orang suruhan Antonio yang lain hanya mampu memerhatikan senario di hadapan mereka. Mereka tiada kuasa untuk membantu Daniel atau menghentikan perbuatan Antonio.

Antonio. Berdarah campuran Melayu-Itali. Ketua kongsi gelap yang sangat berpengaruh. Legasi Black Jack sudah berakar umbi sejak 1997 dan tidak akan pernah goyah. Kesinambungan generasi terdahulu harus diteruskan. Oleh itu, segala arahannya mesti dipatuhi dan dilaksanakan tanpa sebarang kesilapan. Jika tidak, maut menanti mereka.

"One night stand can bring three thousand ringgits! Tapi semua perempuan tu dah tak ada! Rugilah kita! Aku suruh kau pastikan mereka sampai kat Brothel! Aku bagi kerja senang tu pun kau tak boleh nak buat! Sekarang, aku nak kau gantikan balik semua perempuan tu! Aku tak kira!" Memetir lagi suara Antonio. Dia tidak mahu lagi menanggung kerugian seperti tahun sebelumnya. Tahun ini, keuntungan mesti dilipat gandakan.

"Terima kasih, Boss. Arahan Boss akan saya usahakan." Daniel melepaskan nafas lega. Dia mula menjarakkan kedudukan dari Antonio dan meminta pamit.

"This is your last warning, Daniel."

Mendengarkan amaran itu, Daniel tidak jadi untuk pergi. Dia membatu di situ bila terlihat pistol Beretta M9 bertukar arah. Dia dapat membaca gerak geri Antonio. Dia tidak akan selamat. Pistol diajukan pada kepala lutut Daniel. Berdenting bunyi pemicu ditarik.

Bang!

Sedas tembakan terkena tepat pada lututnya.Daniel terjelepuk di situ menahan kesakitan. Seluar jeansnya dibasahi dengan darah.

"Siapa yang berani tolong Daniel, aku akan tembak. Ini amaran keras dari aku. Lepas ni aku tak nak tengok lagi anak buah aku buat silap! Faham?!" Mereka semua mengangguk tanda mengerti. Pistol diacukan ke atas siling villa.

Bang! Bang! Bang!

Beretta M9 memuntahkan pelurunya menandakan Antonio serius dengan amarannya.

Dua orang lelaki mengheret kasar tubuh Zach yang hanya memakai seluar jeans biru. Tiada t-shirt yang menutupi tubuhnya. Zach tadinya dibelasah teruk sebelum diheret masuk. Lukanya pada badan dan wajah masih lagi membiru.

"Now what??" Sekali lagi amarah Antonio meledak.

"Boss, dia hilangkan pil kuda yang sepatutnya diberikan pada Alex." Seorang daripada mereka bersuara.

Zach tidak berani memandang tepat anak mata Antonio yang berbinar. Dia lebih rela dibelasah seperti sedia kala daripada ditembak oleh Antonio. Dia lebih rela sakit daripada mati.

"Boss, saya tahu pil kuda tu kat mana. Saya janji akan dapatkan pil kuda tu balik." Zach masih menunduk. Takut hendak bertaut mata dengan Antonio. Minggu lalu, pil-pil kuda telah diseludup masuk dari Siam. Bukan senang bagi mereka mahu mendapatkan bekalan yang banyak dari Siam. Berbagai strategi telah diaturkan. Sebab itu, pil-pil kuda sangat berharga.

"Aku besarkan kau bukan untuk jadi lembab! Cuai! Aku nak anak-anak buah aku gah! Don't ever say sorry again to me! Aku muak!" Muncung pistol sudah melekap pada permukaan dahi Zach. Masih terasa panas.

"Boss, saya akan bawa semula pil-pil kuda tu kepada Alex. Sama bilangannya dengan yang asal." Zach mengangkat muka. Antonio masih membengis. Zach tidak merayu atau meminta maaf. Kalau betul kesalahan itu perlu ditebus, bukan dengan kata-kata rasa bersalah, tapi sebuah janji yang harus ditunaikan. Dan, Antonio mahu melihat hasil, bukan cuma mendengarkan kata-kata kosong.

"Aku takkan bunuh kau Zach. Hutang kau dengan aku belum terlunas. Selagi tu kau kena dengar cakap aku, patuh arahan aku, dan jangan pernah berpaling tadah dari aku. Aku tak nak dengar alasan. Aku cuma nak kau bawa pil kuda tu kepada Alex walau apa cara sekalipun." Antonio menyelit kembali pistol Beretta M9 ke belakang poketnya. Zach sekadar mengangguk.

Perempuan kolot itu harus dikejar sebelum Antonio mengganas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience