Bab 3 : Threat

Romance Series 9755

Kebelakangan ini Iris kerap menerima ugutan daripada Datin Harlina. Melalui surat yang dipos, email dan juga akaun media sosialnya. Naik tension dibuatnya. Dia akui memang silapnya yang suka menggeletis dengan suami-suami orang tapi bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.. Dah laki kau pun sama je menggatal, nak buat macam mana.

Iris tidak akan membiarkan masalah ini mengganggu prestasinya dalam kerjaya. Baru bulan lepas dia menerima Young Entrepreneur Award. Butik Clara Demosa baru menempa nama dalam industri fesyen di negara ini. Iris mahu jenamanya menapak di seluruh negara Asia. Berhempas pulas dia mengejar impiannya nan satu itu. Dia tidak mahu jadi orang yang tidak punyai harta. Hidup ini perlukan duit. Itu prinsipnya.

Iris mengenakan blaus putih berlengan pendek yang bereben merah crimson serta dipadankan dengan black ruffled skirt separa lutut. Stiletto merah cili tersarung kemas di kedua belah kaki. Beg tangan Chanel dibimbitnya.

Okey, perfect! Iris berpuas hati dengan penampilannya. Nampak menawan!

Rambutnya yang perang semulajadi itu dilepaskan menutupi bahu. Hanya detakan stilettonya kedengaran di tempat letak kereta untuk penghuni apartment itu. Beberapa kali Iris menyapu rambutnya dengan belakang tangan. Lagak diva gitu.

Malam ini dia harus bertemu dengan Dato' Haydar bagi menamatkan hubungan mereka. Iris tahu dia peretak rumahtangga orang tapi apa dia peduli? Yang penting duit berkepuk masuk ke dalam akaunnya.

Dato' Haydar akan dia tinggalkan dan dicari lelaki kaya yang lain. Lebih kacak. Lebih kaya. Lebih daripada Dato' Haydar. Iris tersenyum sendiri mengenangkan siapa mangsa barunya. Tidak sabar rasanya.

Langkah diatur perlahan menuju ke pacuan empat roda miliknya, Honda City. Honda City jelah yang mampu. Kalau bisnesnya semakin maju, tengoklah nanti, segala kereta mewah akan dia beli!

Senyuman Iris dan angannya mati serta-merta tatkala melihat keadaan keretanya.

Oh my baby! Shocks!

Keretanya......... jahannammm!!

Bukan saja badan keretanya aje yang calar-balar malah penuh dengan kesan contengan. Sudah tidak nampak warna asalnya hitam. Siap ada tulisan BITCH pada bahagian cermin hadapan pulak tu.

Gunung berapi di kepalanya meletus apabila melihat keempat-empat tayar kereta dibocorkan. Siapa pedajal kereta aku ni?!

Iris merapati keretanya, meratapi nasib malangnya. Kalau servis ni mahu tak melayang duitnya. Teruk betul siapa yang buat ni! Kalau aku tahu, aku pedajal dia balik!

Baru dia perasan sepertinya ada sesuatu yang terselit pada wiper keretanya. Sekuntum bunga tulip. Merah mekar warnanya.

Eh, tulip merah kann..?!

Red Tulips Seriel Killer?

Gila, gila, gilaaa!! Habislah aku!

Iris tidak sedap hati. Terasa peluh dingin membasahi. Terus dia menyentuh belakang tengkuknya yang terasa seram sejuk. Niat untuk bertemu dengan Dato' Haydar terpaksa dibatalkan. Suasana sekeliling sunyi sepi. Iris mempercepatkan langkah untuk balik semula ke dalam apartmentnya. Mahu dia kunci rapat pintunya. Seram kut!

Beberapa langkah diteruskan tetapi langkahnya bersatu dengan derapan seseorang seiring dengan bunyi geseran di lantai. Liurnya terasa payau. Dia menyentuh lagi belakang tengkuk. Sudah menjadi tabiatnya bila dia gelisah.

Argh Iris! Kau ada seni mempertahankan diri apa nak takut?

Iris cuba mengusir perasaan resahnya yang menghambat. Kalau aku diserang, aku bersedia untuk flying kick!

"Kau nak ke mana?" Suara itu menegurnya.

Walau Iris seakan tahu itu siapa, dia tetap tidak mahu menoleh malah dia membuka langkah seribu.

Telinganya menangkap bunyi sesuatu yang sengaja dijatuhkan ke atas simen. Tiba-tiba saja Iris dipeluk dari belakang. Erat sangat! Cubaannya untuk lari berjaya dipatahkan. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri namun pergerakannya terkunci.

"Lepaslah! Tol...." Belum sempat Iris meminta tolong, mulutnya ditekup dengan tangan kasar lelaki itu.

"We meet again, Dania. Opss I mean, Qistina Iris." Zach berbisik di telinga Iris. Siasat punya siasat rupanya dia telah dipermainkan oleh Iris dan Dania. Memang tak guna.

Iris tetap tidak berhenti meronta. Belakang tubuhnya betul-betul melekap pada dada Zach. Lemah sekali dia berhadapan dengan lelaki seperti ini. Hilang semua teknik taekwondo dia. Ternyata lelaki ini bukan lawannya. Tengok saja urat-urat lengan yang timbul. Tegap. Iris terasa dirinya sangat kecil.

"Lepaskan aku la gila!" Jeritan Iris tenggelam. Lama-lama boleh lemas Iris dalam dakapan lelaki ni. Sesak pernafasan Iris. Kakinya juga sudah tidak menjejak ke lantai.

Lama mereka bergelut, pelukan Zach mula mengendur dan dileraikan. Blaus putih Iris yang sudah terlondeh mendedahkan bahunya diperbetulkan. Tak guna betul lelaki ni! Nampak tali bra merah aku. Argh.

"Aku datang nak ambil balik hak aku. Selagi kau tak pulangkan benda tu, selagi tu aku takkan pergi dari sini." Zach menggenggam hulu kayu besbol. Kemudian dibawa ke atas bahunya kanannya. Rambutnya diraup menampakkan dahinya.

Lutut Iris terketar-ketar. Betul ke dia ni si pembunuh bersiri? Siap pegang kayu besbol lagi.

"K-kau datang nak bunuh aku ke?" Lambat-lambat Iris bertanya. Lihat gayanya pun seperti pembunuh bersiri. Dengan muka yang penuh kesan lebam.

"Haha! What the hell are you talking about? Bagi balik barang aku yang dalam jaket tu! Kau jangan nak buat-buat tak tahu pulak." Zach terpinga-pinga dengan soalan mengarut yang keluar daripada mulut Iris. Yang dibenarkan untuk membunuh dalam organisasi Black Jack cuma ketuanya, Antonio dan orang-orang kuat Antonio. Tugas yang lain hanya mengedar bahan terlarang dan mengendalikan Brothel.

"Oh.. barang tu." Iris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kalau dia bukan pembunuh bersiri, dah tu siapa dia?

"Mana? Mana barang tu?!" Biji mata Zach dijegilkan. Biar Iris tahu dia bukan sembarangan orang yang boleh dipandang sebelah mata.

"A-aku dah buang." Iris menelan salivanya. Payau sekali. Tangannya menggosok-gosok lagi belakang tengkuk.

"Apa?! Kau tahu tak tu apa? Tak guna! Kenapa kau buang?" Iris ditengkingnya. Kayu besbol diangkat tinggi ke udara. Dia mengacah untuk memukul Iris. Iris perlahan-lahan mengundur setapak ke belakang.

"Pil kuda. Methamphetamine. RM120 sebiji. Chasing The Dragon. Naikkan tenaga batin. Bekalan terbesar dari Thailand. Aku tahu semua tu!" Iris membalas dengan yakin. Dia ni pandang rendah kat aku sangat!

Dia ingat aku tak tahu ke? Sebab benda tu pil kudalah aku buang. Sudahlah dia yang bagi jaket hitam itu kat aku! Aku pulak yang disalahkan. Barang sendiri pun tak reti nak jaga ke. Siapa suruh bagi kat orang yang dia tak kenal?

Tergamam Zach mendengar penjelasan Iris. Bukan calang-calang perempuan dia ni.

"Kau dah buat silap besar Iris." Zach menghampiri kereta Iris. Senyuman diherotkan. Honda City dipanjat. Kayu besbol dihayun tinggi ke arah cermin kereta.

Dengan sekali hayunan, cermin hadapan kereta Iris meretak. Zach tersenyum puas.

"Hoi! Stop!" Iris cuba menghalang namun sudah terlambat. Habislah kereta kesayangan dia!

Zach tidak mempedulikan larangan Iris. Dalam mindanya cuma satu. Mati dia kena dengan Antonio. Amarahnya seakan dilepaskan ke atas kereta Iris. Kayu besbol dihayun lagi terkena pada cermin bahagian kiri. Sempat tapak kakinya melekat pada pintu kereta.

Dasar penyangak!

Iris menyumpah. Tidak tahan melihat keretanya dirosakkan lagi, Iris mencabut sebelah stilettonya lalu dibaling tepat pada kepala Zach. Padan muka! Puas hati aku. Kesian tau kereta aku!

Zach memalingkan tubuh menghadap Iris. Kepalanya terasa berpinar dek tumit stiletto Iris yang tajam menyucuk. Bukan sembarangan perempuan ni!

"Berani kau ye?" Dagu Iris dicengkamnya. Tubuhnya terdorong ke belakang.

"Jangan sentuh aku dengan tangan busuk kau!" Iris menepis laju. Sakit betul cengkaman lelaki ni!

Tak guna!!!

"Dengar sini Iris, urusan kau dengan aku belum selesai. Sebab kau dah buang pil kuda tu, kau tunggulah." Zach mengugut. Stiletto Iris diambil dan dibawa bersama.

''Aku akan datang lagi, Iris''. Zach beredar sebelum mempamerkan senyuman sinis.

Iris ditinggalkan di situ dengan stiletto yang tinggal sebelah.

Buat apa ambil kasut aku? Dasar psiko!

***

TOMBOL pintu dipulas. Pelik kenapa tidak berkunci. Selalunya sebelum dia keluar dia akan memastikan rumah ini berkunci. Daniel pula tiada. Kakinya lambat lagi mahu sembuh. Si Antonio berani bertindak melulu. Suka tembak sembarangan. Natijahnya, anak buah dia sendiri yang cedera teruk. Kos perubatan ditanggung Antonio juga. Tak ke bodoh tindakannya itu?

Zach menolak daun pintu. Kasutnya sudah dicabut. Helmet dipegang bersama stiletto merah milik Iris. Tahulah Zach apa yang dia nak buat dengan stiletto merah ini. Biar Iris tahu tinggi rendah langit. Perempuan itu harus terima akibatnya.

"Hai Zach. Wow. Kasut Cinderella mana yang kau kutip? Nak jadi anak raja?" Sindir Ammar. Konco Antonio juga. Berkongsi tempat tinggal dengan Ammar dan Daniel sangat tidak seronok. Zach mahukan rumah sendiri.

Seorang perempuan seksi melingkari pinggang Ammar. Skirtnya terlalu singkat dan sendat. Matanya dikenyit ke arah Zach. Sikit pun Zach tidak tergoda.

"Perempuan tu dah buang pil kuda aku. Dan kau Ammar, tak ada tempat lain ke nak berasmaradana dengan perempuan ni? Hotel, motel kan ada!" Meluat Zach dengan perbuatan Ammar. Tidak selesa langsung ada kehadiran yang lain jantina dalam rumahnya. Ini tempat persembunyian konco-konco Antonio. Tak perlulah ada penyibuk kat sini.

"Kau cemburu? Kalau kau nak, kau pergilah cari perempuan kat Brothel. Macam yang aku dapat ni." Pipi gadis itu dicuit manja. Tersipu-sipu dia dibuatnya.

Brothel? Huh! Brothel, sarang maksiat. Zach tidak akan menyentuh mana-mana gadis di situ. Lagipun, mereka bekerja di Brothel bukan atas kehendak mereka. Dipaksa dan diugut oleh Antonio. Gadis-gadis muda terjebak dalam sindiket pelacuran. Bijak Antonio menjerat mereka semua.

"Cemburu? Hahaha! Not my taste. Wey perempuan ni tempatnya kat Brothel bukan kat sini. Kalau Antonio tahu kau bawa keluar perempuan dari Brothel, masak kau." Zach mengingatkan.

Wanita-wanita di Brothel ekslusif. Pelanggan yang ingin khidmat daripada mereka mesti duduk di situ juga. Tidak boleh sewenangnya dibawa keluar. Tapi Ammar telah mengambil kesempatan. Mentang-mentang dia yang jaga Brothel.

"Pedulilah! Aku tak kisah." Si wanita seksi itu mengusap lembut dada Ammar untuk menenangkan dirinya.

"Suka kaulah Ammar." Zach memanjat anak-anak tangga. Malaslah nak bertekak dengan orang yang tak faham bahasa seperti Ammar. Mungkin Ammar mahu nasibnya persis Daniel yang kena tembak dengan Antonio.

Antonio sangat tegas. Walaupun Zach tak suka dengan cara Antonio, Zach berhutang dengan Antonio. Jumlahnya sangat besar. Tapi, kini bakinya sudah mengecil. Lambat-laun, Zach akan pergi tinggalkan Black Jack setelah semua hutang terbayar. Dia tidak menyalahkan arwah ibunya. Dia sendiri tidak tahu kenapa ibunya sanggup meminjam wang daripada Antonio.

Tatkala Zach lari dari rumah anak-anak yatim akibat dituduh mencuri dan memilih untuk hidup sebagai gelandangan, Antonio muncul mengutip dia dari jalanan. Mungkin dia special case kerana Antonio mengutipnya kerana hutang. Tapi, Antonio mengambil anak-anak jalanan yang lain untuk menjadi anak-anak buahnya.

Zach dan yang lain dilatih untuk menguasai semua jenis seni mempertahankan diri, diajar untuk bergaduh, menembak, memanah dan menunggang kuda. Mereka tidak dihantar ke mana-mana sekolah. Hanya homeschooling.

'Be the best fighter in this world.'

Itu yang Antonio ajarkan kepada mereka. Zach pegang kata-kata itu sampai sekarang.

Benci setara manapun mereka terhadap Antonio yang memaksa mereka ikut telunjuknya, satu hal yang tidak boleh dinafikan, Antonio yang membesarkan mereka. Memberi mereka tempat untuk berteduh dan pendidikan yang cukup sempurna. Mengkhianati Antonio sama sahaja seperti seorang manusia yang tidak beruntung.

Zach meletakkan helmet di atas almari. Sempat dia menatap wajahnya yang lebam pada cermin besar. Jari dibawa ke bahagian pipi menyentuh luka dengan perlahan. Zach tidak mengaduh sakit. Benda ini sudah terlalu biasa. Sampaikan Zach sudah lali bagaimana rasanya sakit itu.

Stiletto merah dibeleknya. Merah garang tanda berani. Wajah Iris yang menyembunyikan ketakutan di sebalik keberaniannya membuat dia tersenyum sinis. Satu idea nakal berlegar dalam benak fikiran.

"Hei Zach." Tidak sedar Ammar sudah terpacak di hadapan pintu. Zach berpaling.

"What?"

"Ada kerja untuk kau." Sepucuk sampul dikepitnya dengan celah jari.

"Kerja apa?" Zach mengangkat kening. Anak-anak buah Antonio ini sudah seperti orang upahan. Melakukan kerja bahaya untuk pelanggan kecuali membunuh. Setakat menculik dan mencederakan mangsa sudah sebati dalam lingkaran Black Jack. Bayaran pun cukup lumayan.

"Nah. Tengoklah sendiri apa dalam sampul ni." Sampul itu diberikan kepada Zach sebelum Ammar berangkat pergi.

Kali ini kerja apa pulak yang Antonio tugaskan?

Isi sampul ditarik keluar. Tulisan yang bertaip atas potongan kertas dibaca.

"Make her bleeds and take a picture as a proof."

Zach mengerutkan dahi. Sekeping gambar seorang perempuan yang tampak elegant memakai azure blue cocktail dress ditatapnya lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience