Bab 4 : Chased by A Bad Boy

Romance Series 9755

Iris mengurut kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Dia serabut! Satu masalah belum lagi selesai, timbul pula masalah yang lain. Tangkai cawan dipegang dengan tiga jari lalu didekatkan pada hujung bibir. Beberapa kali dia meniup bagi menghilangkan kepanasan cappucino. Sudah itu, barulah disisipnya.

Enak sekali minuman kegemarannya. Cawan yang berukir corak daun mapple itu berlaga semula dengan piringnya. Berat sekali keluhan yang dilepaskan oleh Iris.

Datin Harlina seperti tidak penat menggertaknya. Iris sama sekali tidak takut. Perempuan itu cuma tahu cakap besar. Buatnya tidak. Lama-lama dilayan makin stress rasanya. Banyak lagi hal yang lebih penting yang perlu dilakukan. Fokus kepada dirinya saja bukan boleh dapat apa pun.

Perkahwinan mereka sudah pun terlerai. Walau Datin Harlina buat sesuatu ke atas Iris pun, bukan Dato' Haydar boleh kembali menyemai kasih dengan dia lagi. Kalau ya pun, baguslah. Aman sikit hidup Iris.

Dato' Haydar tidak juga menerima hakikat yang Iris sudah menemukan kata putus untuk tidak bersama dengan dia lagi. Berbuih mulut Iris mengatakan yang hubungan mereka sudah sampai ke penghujungnya tapi dia tetap berkeras mahukan Iris. Iris tahulah dia menawan. Main lirik-lirik mata sikit pun dah terpikat. Kejam atau tidak, Iris hanya berpura-pura sukakan dia. Iris sukakan lagi duit dia.

Argh stress! Done clash! Done block! Tapi Dato' Haydar masih lagi menagih cinta walaupun Iris sudah bersemuka dengannya.

Dasar lelaki tak faham bahasa. Sama seperti si tengkurak psiko tu.

Belum pernah Iris berjumpa dengan lelaki segila itu. Sudahlah keretanya dijahanamkan, stiletto mahalnya juga dicuri. Apa tujuannya Iris pun tidak tahu. Iris membuang pil kuda itu bersebab. Demi keselamatan. Buat apa nak hisap-hisap benda terlarang tu?

Argh. Iris terlalu banyak berfikir. Mahu meletup otaknya. Tapi, bukan ke dia sendiri yang cari penyakit? Oh, Iris.

Skrin laptop Apple direnungnya. Sesekali cermin mata diperbetulkan. Hari ini malas dia memakai kanta lekapnya. Iris memerhatikan contoh-contoh rekaan yang mendapat tempat dalam dunia fesyen. Fesyen dari luar negara lebih membuatkan dia tertarik. Sebilangan rekaannya diinspirasikan daripada rekaan-rekaan itu.

Bulan baru sudah menjengah. Konsep bagi keluaran rekaan baru harus diilhamkan. Iris buntu. Modal semua dah ada. Yang penting sekarang ini, konsep yang dapat memukau semua orang. Yang lain daripada yang lain. Lambakan fesyen yang seakan-akan sama pasti membosankan.

Bunyi ketukan pintu membantutkan fokusnya. Ratna, PAnya masuk tanpa memegang sebarang fail.

Mahu apa dia?

"Cik Iris, ada yang nungguin di bawah. Dia bilang mahu ketemu Cik Iris jugak. Sepertinya sudah kelamaan dia di bawah. Namanya Dato' Haydar." Keluar bahasa ibunda Ratna.

"Suruh dia pergi dari sini sekarang juga! Kalau dia tak nak, suruh pengawal heret dia keluar!" Arah Iris dengan tegas. Sekarangkan waktu pejabat. Tak hormat langsung kat orang yang tengah bekerja macam aku ni. Mengganggu betul Dato' Haydar. Nyah kau dari sini.

Iris kembali mencari idea. Rekaan seperti apa yang mampu membuka mata semua orang bila pertama kali melihatnya? Iris nak rekaan butik dia memberi impak dan menjadi ikutan. Ingat senang ke nak cipta sesuatu yang semua orang suka.

Ratna datang lagi. Sudah pergi ke belum Dato' Haydar tu? Harapnya dia pergi jauh-jauh dari hidupnya.

"Dato' Haydar udah pergi. Tapi ini ada bungkusan untuk Cik Iris. Nggak tahu dari siapa. Mungkin dari temennya Cik Iris." Bungkusan yang berbentuk kotak diletakkan di sebelah lambakan fail atas meja Iris.

Iris mengangkat bungkusan itu dan menggoncang-goncangkan isinya. Buat dia tertanya-tanya siapa pengirimnya dan apa yang ada di dalamnya. Kertas minyak yang membaluti kotak itu dikoyak perlahan. Perlahan-lahan Iris membuka kotak hitam tersebut.

Stilettonya!

Luluh hati Iris melihat stilettonya begitu. Di spray dengan warna hitam. Sudah itu, bahagian depannya digunting. Argh! Ni Sergio Rossi kut! Buatan Itali! Sepasang aku beli RM3,600! Melampau!

Iris merengus kasar. Dia mengurut dadanya untuk bersabar. Bibirnya diketap tanda geram. Hari tu keretanya! Dia terpaksa meminjam kereta Dania untuk sementara waktu. Nasib Dania bagi. Kalau tak, ke hulu ke hilir dia naik Uber atau Grab la gamaknya. Hari ini pulak stilettonya! Hanya sebab pil kuda bodoh tu assetnya dirosakkan. Tak guna punya manusia.

Let karma hits you so hard!

Baru saja Iris mahu mencampak kotak itu ke dalam bakul sampah di sebelahnya, sekeping kertas jatuh ke atas karpet. Lantas Iris membongkok mengutipnya.

Apa ni?

Iris mencerna nombor-nombor yang tertulis di atas kertas. Angka 1 dan 0 berselang-seli bagai tersirat sebuah makna.

"01000100". Barisan pertama dibaca.

"01001001". Yang kedua pula.

"01000101". Apa benda ni? Buat apa menitipkan dia angka-angka ni?

Jari telunjuk Iris mengetuk-ngetuk permukaan meja memikirkan apa maksud di sebalik nombor-nombor pelik itu. Cappucino yang masih suam diteguknya dua kali. Iris sepertinya tahu tentang itu.

Eh, inikan Binary Code?

Lantas laptopnya ditarik dekat dan menaip kesemua angka-angka itu. Matanya memerhatikan setiap senarai angka Binary Code.

01000100. Itu melambangkan huruf D.

Iris mengamati lagi bit string yang seterusnya.

01001001. Huruf I.

Dahinya mula berkerut.

01000101. Huruf E.

DIE?

Iris tergelak. Permainan bodoh apakah ini? Berani dia mencabar Iris? Ingat dia ni perisian komputer?

"The one who should die is you." Iris merenyukkan kertas itu lalu dibuang ke dalam tong sampah. Kotak itu dicampaknya.

Ooo ugut aku ye?

***

Kenari. Tersemput-semput enjinnya. Kejap okey kejap tak okey. Macam dah lama tidak digunakan. Sudahlah radio pun rosak. Nampak sangat Dania tidak kisah dengan kereta ini disebabkan banyak lagi kereta-kereta mewah yang ada di rumahnya.

Takkanlah dia nak pinjamkan kereta mewah pulak. Ferrari. Pigeot. Audi. Tak beranilah Iris nak membawanya. Kereta mahal-mahal kepunyaan orang ni takut sikit nak bawak. Bukan suka hati boleh gasak. Dania pun tahu Iris suka memandu dengan laju dan ganas.

Bila tiba di simpang, Iris memberikan isyarat ke kiri. Sesekali cermin pandang belakang dilihatnya kut ada kenderaan lain kat belakang. Tatkala melalui jalan besar, sebuah motorsikal seperti mengekorinya. Mungkin cuma perasaan dia agaknya. Bila Iris membelok, motorsikal itu pun membelok sama. Sudah masuk tiga jalan yang berbeza, motorsikal itu tetap di belakangnya.

Siapa pulak yang ikut aku ni?

Lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti. Pedal brek ditekan. Brek tangan ditarik. Hmm lamanya nak tunggu isyarat menghijau semula. Iris menoleh ke kanan. Motorsikal tadi betul-betul di sebelahnya.

Iris mahu mencuri pandang wajah si penunggang Kawasaki Ninja 250 Ebony Black ini tapi helmetnya menutupi separuh wajahnya. Kut dia stalker siapa tahu? Dari tadi asyik ikut ke mana saja dia pergi.

Iris melarikan pandangan apabila si penunggang menoleh ke arahnya. Argh. Kantoi. Aku nak tahu je siapa ni. Tak ada maksud lain eh. Iris cuba menjeling sedikit. Visor helmetnya dinaikkan ke atas. Terserlah sepasang mata galak menjelingnya. Iris menjeling balik seraya menggerakkan bola matanya ke atas.

Aku pun tak inginlah nak tengok kau. Hak alah.

Kejap. Bukan ke mata itu milik si tengkurak tu? Ingatan Iris sangat kuat bab orang yang buat pedajal kepada dia. Dia ingat sangat wajah lelaki itu. Kenapa lelaki itu mengekorinya? Dia mahukan apa lagi? Soalan demi soalan melingkari benak fikiran tanpa jawapan yang pasti.

Kawasaki Ninja bergerak seiring dengan kereta Kenarinya.

Eh apasal pulak ni?

Andai Iris terbelok sedikit, boleh berlanggar dengan motor berkuasa tinggi ini.

Zach melajukan kelajuan motorsikalnya. Kereta Iris mahu dipotongnya. Kelajuan maksimum Kawasaki Ninja boleh mencapai sehingga 150 km/j. Melihatkan keadaan kereta Iris yang tidak berapa nak elok, memotongnya pasti mudah. Enjin 249cc kut. Mengaum membelah jalan.

Pedal minyak ditekan. Jarum speedometer sudah melanggar 100 km/j. Kepalanya dibetulkan untuk memfokuskan pemanduan. Walaupun kereta kenari mengecewakan, kemahiran memandu yang dia ada tidak akan disia-siakan. Tangannya menggenggam stereng kereta dengan kuat.

Oh nak lawan aku ye? Tengoklah.

Kereta Kenari berjaya menjarakkan kedudukan dengan Kawasaki Ninja. Jauh tertinggal di belakang. Iris harus mencari jalan agar dia hilang jejak.

"Damn it". Zach menyumpah. Gear ditukar untuk mengejar kereta Iris.

Press it!

Iris mengesan jarak motorsikal semakin mendekat. Argh. Aku kena buat sesuatu. Melihatkan lori yang membawa muatan kelapa sawit yang bergerak lambat di hadapan, Iris memukul kasar stereng kereta. Kalau beginilah kereta Kenari membuntuti lori ni, lelaki tadi pasti dapat mengejarnya.

Iris memandang cermin sebelah kanan. Kelihatan Kawasaki Ninja semakin mendekat. Tak boleh jadi ni. Isyarat kiri dihidupkan. Bahaya atau tidak Iris mahu memotong lori di hadapannya. Terpaksa. Karang lelaki itu berbuat sesuatu di luar jangkaan, matilah dia.

Iris membetulkan urat-urat leher. Seperti menyertai perlumbaan F1 di Liga Sepang aje. Kenari laju memotong lori di hadapan. Kedudukan dua kenderaan itu telah bertukar. Iris terus melajukan keretanya.

Dia yakin lelaki itu tidak akan dapat merapati keretanya oleh sebab dua kereta yang tiba-tiba muncul dari sebelah kanan tidak memberi ruang untuk memotong. Iris jauh sekali berada di hadapan. Hatinya senang.

Zach sudah tidak nampak bayang kereta Iris. Kawasaki Ninja yang ditungganginya dipercepatkan kelajuan. Tidak kisah sudah untuk mematuhi peraturan di jalan raya. Papan tanda yang menunjukkan pengguna jalan raya harus memandu tidak melebihi 80 km/j dilanggarnya.

"Nice skill, Iris. Sekarang tiba giliran aku pulak." Zach mencari peluang untuk mencelah di tengah-tengah kenderaan yang bergerak laju di hadapan. Dia kena cepat sebelum Iris semakin menjauh.

Zach menyelit pada ruang yang sempit. Bunyi hon-hon kereta yang menandakan si pemandu marah dengan tindakan drastiknya dibiarkan. Zach tersenyum lebar. Kereta Kenari masih nampak bayangnya.

Aik? Kenapa ni? Argh!

Iris membentak. Enjin keretanya sudah termati secara tiba-tiba. Ini kes tak pernah servis ke?

Zach merapati kereta Iris. Motorsikalnya diberhentikan di sebelah. Helmet ditanggalkan. Cermin kereta Kenari diketuk dengan kasar.

Iris menurunkan cermin kereta. Dia merenung tajam ke arah Zach. Dia tahu dia telah tewas! Kalau kereta ni tak buat onar, pasti dia dah jauh ke hadapan.

"Kau nak apa lagi? Tak cukup ke apa yang kau dah buat kat aku?" Marah Iris.

Zach ketawa kecil. Itu yang menambahkan amarah Iris. Aku serius, boleh pulak dia ketawa?

"Burung kenari dah tewas dengan burung helang." Zach masih dengan tawanya yang tersisa. Serentak itu, dia turun dari Kawasaki Ninja.

"Buta? Tak nampak ke ni kereta? Bertayar, bukan berkepak." Padu sungguh Iris membalas.

"Kau masih berhutang dengan aku, Iris. Jangan buat-buat lupa pulak. Kau dah buang pil kuda aku. Sekarang ni aku nak tuntut hak aku." Zach menggertak. Kerana perempuan inilah dia dibelasah dengan begitu teruk. Hilang seri di wajahnya.

"Listen. Itu salah kau yang culas! Siapa suruh bagi aku jaket kau malam tu? Kau sendiri yang tertinggal pil kuda dalam tu. So, salah aku ke? Kau jahanamkan satu-satu kereta aku. Dan kau rosakkan kasut yang mahal. Aku buang pil kuda kau. Kau rosakkan harta aku. 1-1. Settle! Fair and square!" Jerkah Iris. Kalau dia kira, kos membaiki keretanya double triple lah berbanding pil kuda dia tu. Sempat dia cuba untuk menghidupkan enjin kereta. Mendidih dia duduk kat sini.

"Serve you right! Pil kuda tu tetap milik aku. Kau tak boleh suka hati je buang. Aku yang kena akibatnya. Takat rosakkan kereta kau, tak terbandinglah aku kena tibai dengan Boss aku."

Zach perlu memikirkan cara bagaimana mahu menyempurnakan tugasnya. Tidak mahulah dia kena belasah teruk lagi dengan konco Antonio.

"None of my business. Itu hal kau yang langsung aku tak perlu tau. Get away from me!" Iris membidas. Sampai bila dia mahu tersadai di tepi jalan ini? Lapar ni. Perut pulak dah meragam. Tangannya memulas-mulas kunci kereta lagi. Namun, hasilnya hampa. Beg tangan Bonia diseluk tercari-cari mana Iphonenya. Nak tak nak kena call pomen ni. Kalau tak, sampai malam aku terdampar kat sini.

Zach mengambil peluang setelah melihat Iris yang leka membelek beg tangan. Beg galas diseluk. Picagari dikeluarkan dan disembunyikan ke belakang badan.

"Tak reti nak blah?" Iris menerkam lagi. Sebal kerana dia masih tercegat di situ. Buat apa? Jangan nak rosakkan kereta Kenari ni sudahlah. Iris tercari nombor pomen dalam senarai contact. Iphone didekatkan dengan cuping telinga.

"Now, Zach." Pantas Zach mencucuk picagari pada lengan Iris yang terdedah. Ditekan sehingga kesemua cecair itu masuk ke dalam saluran darahnya. Iris terasa sangat sakit. Terlepas telefonnya daripada genggaman tangan.

"Argh! Apa ni??" Bodohnya patut dia tutup aje tingkap kereta.

Kepala Iris terasa sangat pening. Seluruh badannya sangat lemah untuk digerakkan. Dia terasa mabuk. Pandangan lelaki di hadapannya kurang jelas. Iris mengerdipkan kelopak matanya.

Lebih kurang 20 minit dia dalam keaadan begitu, pandangan Iris mula kelam. Matanya tertutup rapat.

Senyuman terukir pada bibir Zach. Mudah je nak tumbangkan perempuan perangai hantu macam Iris ni. Thanks, Rohypnol. Ubat tidur paling mujarab. Iris tidak akan sedar langsung dalam beberapa jam.

Zach membuka pintu kereta Iris. Tubuh Iris dialihkan ke tempat duduk sebelah. Iris dibaringkan ke belakang. Rambut Iris yang menutupi mukanya diselak.

"Hmm.. such a beauty."

Cermin mata Iris ditanggalkan.

Jari telunjuknya dibawa menyentuh kening Iris. Alis keningnya melentik. Kemudian, menyentuh bulu matanya pula. Lalu, mencuit lembut hidungnya. Dan memukul lembut bibirnya yang mungil. Bibir ni yang suka mengeluarkan kata-kata pedas. Jari dibawa ke bahagian dagunya yang runcing.

Cantik.

Zach menghentikan perlakuannya.

"Zach, what the hell are you doing?" Zach marah dirinya sendiri. Tugasnya untuk mencederakan Iris. Tak lebih dari itu.

Pisau lipat dikeluarkan dari beg galas hitamnya.
Kenapa dia teragak-agak hendak menyakiti perempuan di sebelahnya? Hanya sebab dia seorang perempuan?

Argh Zach. Don't think twice. Just do it.

Hujung pisau menyentuh permukaan kulit betis Iris. Wajah Iris dipandangnya lagi. Zach mesti berhati-hati agar luka itu tidak meninggalkan kesan yang dalam. Cukup sekadar mengalirkan darah. Pisau ditarik perlahan sepanjang 10 sentimeter. Darah Iris mula menitik dengan banyak.

Telefon Samsung Galaxy diambil lalu gambar Iris ditangkapnya. Sebagai bukti yang Iris telah dicederakan. Pantas Zach mencapai sekotak tisu lalu luka Iris dibersihkan. Antiseptik disapu. Beberapa ketul kapas ditekan pada permukaan betis yang terluka dan dilekatkan dengan plaster.

Wajah Iris direnungnya dalam-dalam. Kenapa aku rasa bersalah? Rasa kasihan?

No, Zach. You are the best fighter. A bad boy like you should be heartless!

Perasaan belas tak boleh wujud dalam darah Black Jack. Kejam. Dendam. Benci. Hanya itu yang diterapkan dalam diri Zach.

Tali pinggang keledar di tempat duduk Iris ditarik. Zach cuba menghidupkan enjin beberapa kali. Entah cubaan yang ke berapa barulah enjin kereta Kenari ini hidup. Kawasaki Ninja ditinggalkan di situ. Biar nanti Ammar je yang ambil.

Kereta Kenari meluncur laju di atas jalan. Zach singgah sebentar di KFC drive through. Lama lagi Iris mahu sedar semula. Setelah memesan Snack Plate, Cheesy Wedges dan Loaded Potato Bowl, Zach memandu menuju ke apartment Iris. Kereta diparkir di petak yang kosong. Zach mencapai buku nota lalu menulis sesuatu. Sekeping nota kecil diselitkan di dalam bungkusan KFC.

Zach membuka pintu kereta dan dijatuhkan sebelah kaki ke luar kereta. Iris direnungnya lagi.

"Goodbye, Iris." Bicaranya perlahan.

Tidak lama itu, Zach pergi dengan beribu persoalan. Zach, kau mesti dah gilakan? Pertama kali dalam sejarah kau sendiri yang rawat mangsa kau. Menakjubkan!

Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam. Iris mula sedarkan diri. Kelopak matanya terasa berat. Tekaknya terasa sangat mual. Dia membuka mata perlahan-lahan. Pandangannya masih samar-samar.

Aku kat mana ni?

Iris memandang sekeliling. Oh, dia dalam keretanya. Dan ini tempat parkir apartmentnya. Betisnya terasa bisa. Iris cuba mengangkat sedikit namun rasa sakit tak terhingga. Iris meraba-raba betisnya.

Apa yang dah berlaku ni?

Iris bingung sendiri. Ini mesti kerja laki tak guna tu. Iris lihat betisnya telah dilukakan dengan objek tajam. Perit sekali. Yang peliknya, siap berbalut dengan kapas. Hebat betul. Dia dicederakan lalu diubati?

Matanya menala ke arah bungkusan KFC. Tahu-tahu pulak aku tengah lapar? Aneh. Semuanya aneh. Kenapa dia dibelikan makanan? Kalau kebulur sangat pun, aku boleh beli sendirilah.

Concern? This is so damn hilarious.

Orang macam dia tak mungkin ada perasaan begitu. Tak masuk akal.

Iris memegang perutnya yang berkeriuk. Lama betul dia dipengsankan. Sakit kaki. Sakit perut. Sakit hati. Semua sakit.

Iris tidak dapat lagi menahan lapar. Bungkusan KFC digapainya. Mahu saja dia melahap semuanya di dalam kereta. Tiba-tiba baru dia perasan ada nota kecil di dalam plastik KFC.

Dia memang suka tinggalkan nota untuk aku ke?

Call me.
012-3456789

-Adam Zachary-

Nama dia Adam Zachary? Ini nombor dia? Persoalannya, kenapa aku perlu tahu?? Perlulah sangat!

***

Bosch Bar. Lampu neon yang berkelip-kelip menerangi tepi jalan dipandangnya lama. Lime green and striking yellow. Gabungan warna yang menarik. Dah dua bulan Iris tidak menjejaki bar ini. Sibuk dengan bisnes dan masalah peribadi. Hahah! Ditambah pula dengan orang gila yang mengejarnya.

Langkah Iris tidak teratur. Kesan luka masih terasa bisanya. Habis berparutlah betisnya yang licin ni. Kena sapu ubat untuk hilangkan parut. Ini aset yang menjadi kebanggaannya sebagai perempuan kut. Kaki yang cantik.

Masuk saja ke dalam bar, Lost Without You nyanyian asal Delta Goodrem menyapa gegendang telinga. Seorang wanita muda menyanyikan lagu itu dengan begitu penuh penghayatan di atas pentas kecil.

Tak ramai pelanggan. Selalu Iris datang mesti penuh semua meja. Iris mengambil tempat di hadapan bartender. Kelihatan dia sedang sibuk mengelap gelas-gelas kaca membelakangkan Iris.

"One glass of Merlot, please." Iris mengetuk-ngetuk permukaan meja.

"Ohh hai Iris. You look so beautiful as always. Lamanya tak datang." Johan membalas dengan senyuman manis. Gelas Bordeaux dicapai dari rak sebelum diletakkan di hadapan Iris.

"Iris busy la Abang Johan. Banyak masalah." Iris memuncungkan bibirnya.

"Oh, ada masalah baru nak datang jumpa abang?" Soal Johan dengan nada merajuk. Sebotol wine Merlot dicapainya pula. Penutup botol wine cuba dibukanya lalu dituang ke dalam gelas.

"Tengok kaki Iris ni!" Iris mengangkat sedikit kakinya yang berbalut. Johan memanjangkan lehernya untuk melihat.

"Kenapa boleh jadi macam tu? Iris tak hati-hati ke?" Tampak kerisauan pada wajahnya. Mana tak risau, sepupunya itu sudah dia anggap seperti adik sendiri.

"Sebab tu Iris datang sini nak minta tolong kat abang Johan. Abang kena jugak tolong Iris." Segelas wine tadi diteguknya.

"Kalau buat benda-benda pelik, abang tak nak tolong. Abang bukan kenal Iris sehari dua. Bertahun dah kenal. Abang dah masak sangat dengan perangai Iris." Katanya lagi. Iris ni kadang-kadang suka bertindak tanpa berfikir panjang. Asal hatinya puas, orang lain langsung tidak dihiraukan.

"Iris nak pil kuda."

Botol Merlot dihentak Johan. Gila apa? Terkejut dibuatnya.

"No! Seteruk mana pun masalah Iris, abang takkan bagi Iris hisap benda tu! Iris sendiri tahu kesannya kan? Pak Long sampai sekarang jadi tak betul sebab ketagih dengan pil kuda. So, nope." Leter Johan. Siap mengungkit lagi.

"Bukanlah! Abang dah salah faham. Bukannya Iris nak hisap pil kuda. Iris pendekkan cerita. Macam ni, masa tu Iris gantikan Dania untuk blind date dengan sorang laki ni. Dia pinjamkan Iris jaket dia. Iris tak tahu dalam jaket tu ada pil kuda. Iris pun buanglah. Tapi dia cari Iris balik nak pil kuda tu. Habis kereta Iris dijahanamkan. Ni kaki ni pun, dia yang buat. Iris kena jugak pulangkan so dia takkan ganggu Iris lagi." Panjang lebar Iris menerangkan alkisahnya.

Johan menggaru-garu kepalanya. Berfikir bagaimana cara untuk membantu Iris.

"Iris nak banyak mana?" Soalnya.

"Dalam 40 biji. Berapa pun, Iris sanggup bayar." Iris mengerdip-ngerdipkan kelopak matanya dan tersenyum-senyum cuba memujuk Johan.

"Yelah yelah. Nanti abang tolong. Abang ada la kenal dengan sorang ni yang jual pil kuda. Tapi, ada syarat. Iris bagi duit untuk bayaran pil kuda tu dan abang nak Iris kerja sementera kat sini. Jadi waitress."

"Alaa kenapa kena jadi waitress pulak? Iris penat. Siang dah kerja malam pun kerja jugak ke." Iris merengek tanda tidak mahu.

"Sementara jelah Iris. Tak ada waitress ni. Si Lea tu dah berhenti dah. Ambil masa sikit nak cari pengganti. Abang tak suruh Iris kerja hari-hari pun. Dalam 3 kali seminggu? Jumaat malam dan sabtu malam kan free. Tak setuju, abang tak nak bagi pil kuda tu kat Iris." Johan memancing. Iris tiada pilihan lain.

"Ha yelah yelah." Iris buat muka cemberut. Merlot dituangnya lagi. Malas la pula nak kerja malam-malam. Tapi tak selesai pulak masalahnya ni. Hailaa...

"Tak mau la masam-masam cam ni. Banyak benefit tau. Cuba Iris tengok lelaki yang kat hujung sana tu." Jari telunjuk Johan terarah kepada seorang lelaki yang kemas memakai kot hitam sedang duduk bersendirian.

"Siapa tu?" Mata Iris sudah berbintang-bintang. Dia tertarik.

"Suka la tu. Tu Dato' Kamil. CEO Grand Holdings. Dengar cerita isteri dia curang. Selalu la dia lepak kat sini sorang-sorang. Tak pernah bawak teman." Beritahu Johan.

"Ohh.. kesiannya."

"Iris nak try ke?" Tanya Johan. Semua laki orang kau nak try ye, Iris.

"Boleh juga. Mangsa baru." Iris menyengih. Dato' Kamil diperhatikannya lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience