Bab 5 : A Bully

Romance Series 9755

"Abang Johan, tengoklah macam mana Iris mengurat Dato' tu." Iris tersenyum manja. Johan memerhatikan gerak-geri Iris.

Iris, Iris bila la kau nak berubah.

Iris membuka tiga butang atas kemeja putihnya. Kolar baju dibuka menampakkan sedikit lurah dada. Rambut panjang yang diikat pony tail dilepaskan. Iris menyelak rambutnya lalu dibawa ke sebelah kanan menampakkan leher jinjangnya. Skirtnya yang memang dah singkat ditarik lagi ke atas. Biar bertambah lagi seksi.

Nak mengurat kucing jantan kenalah pandai menggoda. Kalau tak kena sambar dengan kucing betina lain.

Iris berjalan dengan penuh bergaya mendekati Dato' Kamil. Dia leka mendengarkan nyanyian si wanita muda itu. Kerusi kosong ditarik berhadapan dengan Dato' Kamil. Iris mengambil tempat di situ. Kehadiran Iris disedari oleh Dato' Kamil.

"Hi, can I join you?" Tangan Iris dilambai penuh menggoda. Kedua belah kakinya disilangkan. Sesekali jarinya bermain-main dengan hujung rambut.

Dato' Kamil memandang Iris dari atas ke bawah. Lagaknya seperti kucing manja. Senyuman dilemparkan kepada Iris.

"Aik? Senyum je? Mana suara you? I pun nak dengar suara lelaki you yang mungkin akan menggetarkan hati I." Suara cuba dilunakkan selunak yang mungkin. Iris tersenyum menayangkan barisan gigi yang memutih. Lambat jugak tindakan refleks lelaki ini.

"Awak boleh je duduk sini dulu sementara kawan saya sampai." Dato' Kamil menarik hujung lengan sambil mengerling jam di pergelangan tangan.

"Oh, dah ada teman. It's too bad. I nak duduk lama-lama dengan you kat sini kalau boleh." Iris memberanikan diri untuk memegang tangan sasa Dato' Kamil. Tetapi cepat-cepat Dato' Kamil menarik tangannya.

"Ops sorry. Tangan you macam best untuk dipegang." Iris tergelak kecil. Hak alah jual mahal pulak. Dia sudah nampak dari jauh Johan sedang menahan ketawanya. Terus Iris merenungnya tajam. Ketawalah Abang Johan ha ketawalah puas-puas.

Ish! Takkan tak tergoda dengan aku ni? Malu-malu pulak tu Dato' sorang ni. Tak seronoklah cam ni. Kena usaha lebih sikit ni.

Iris menggigit manja bawah bibirnya. Tangannya mengelus-ngelus rambutnya.

"You boleh tahan kacak. Buat I terpikat." Iris menongkat dagu. Kemudian, hujung jari telunjuknya digigit manja.

Liatnya Dato' Kamil. Nak respons pon lambat ke? Biasanya kalau aku buat begini kat lelaki-lelaki lain senang je mereka dah terjerat!

"Thanks, you pun boleh tahan cantik." Puji Dato' Kamil. Iris berlakon tersipu-sipu malu. Tangannya memegang kedua-dua belah pipi. Buat-buat perasan cantik macam tu.

Beep! Beep!

Telefon Dato' Kamil di tepinya bergetar-getar menandakan ada mesej masuk. Lantas dia membacanya.

"Sorry, tapi kawan saya dah sampai." Iris sengaja buat muka sedih seperti tidak mahu menghentikan perbualan mereka. Baru nak mula kut! Ada pula orang datang mengacau.

Seorang lelaki yang agak kurus menghampiri mereka. Tidak seperti orang korporat pun. Rambut stylo habis. Siap berantai dan telinga pun bertindik. Aik? Biar betul si Dato' ada kawan macam ni? Ke berkomplot nak buat sesuatu yang jahat? Hailaa Iris, kau ni cepat sangat judging orang yang tak kenal.

Iris mengangkat punggung menjauhi kerusinya. Takkanlah mahu duduk semeja dengan mereka. Mestilah janggal.

"Tak pelah . Walaupun cuma sekejap, I gembira dapat berbual dengan you. Hopefully, we can meet again in the future." Iris berbasa-basi. Lembut gigi daripada lidah kata-katanya.

"Baby, siapa ni? Kenapa dia ada kat sini?"

Tersentak Iris. Baby? Kau panggil Dato' Kamil ni baby? Kunyit ke??

"No no no. You jangan salah faham. Dia cuma datang temankan I kejap kat sini sementara you belum datang." Dato' Kamil memujuk.

"You milik I. I memang tak suka ada orang lain antara kita." Kata lelaki itu lagi. Nampak macam brutal tapi suaranya dilembutkan secair yang boleh.

Baldi mana baldi? Aku nak termuntah ni.

Daripada Iris tengok soap opera depan matanya baik dia pergi. Bernanah nanti matanya menatap si geng kunyit ni gaduh-gaduh manja depan mata. Apa ni? Dia nak ngurat lelaki sejati bukannya gay! The heckk...

"I pergi dulu ya." Iris memanjangkan kaki menuju ke arah Johan semula. Johan dah ketawa terbahak-bahak melihatkan Iris yang gelabah tak semena. Sengaja nak kenakan aku ke? Sakit pulak hati aku.

"Abang Johan memang dah tahu eh? Sengaja buat Iris macam ni? Patut la si Dato' nak tak nak je cakap dengan Iris. Adik-beradik halia rupanya! Eyy malu pulak Iris! Tercalar maruah seorang wanita terhangat tau!" Iris mengetuk kasar permukaan meja. Johan tidak berhenti dengan gelaknya. Malah semakin galak. Bertambah panas hati Iris. Membara-bara api kemarahannya. Iris menghentak-hentak kakinya ke atas lantai. Geram sungguh!

Johan menyeka air matanya. Aduh, padan muka si Iris. Gatal sangat nak mengurat si Dato' siapa suruh? Kan dah kena.

***

Iris mula bekerja sebagai pelayan tetamu di Bosch Bar. Mengantuk! Penat! Banyak sangat benda yang dia nak komplen kat Johan tapi dia diamkan. Bising-bising karang tak dapat pulak pil kuda tu. Tak ada pil kuda, matilah sampai ke hujung dunia si tengkurak tu kejar dia.

Sejak Iris bekerja di sini, bar semakin meriah. Ahaks! Iris kan macam magnet. Ada daya tarikan yang kuat sampai lelaki tak boleh lari dari Iris. Sewaktu dia mengambil pesanan pelanggan, menyempat mereka mengurat Iris. Iris apa lagi, tunjukkan 'wild card'nya sebagai gadis penggoda. Kut ada yang sangkut mana tau kan.

Sedang Iris sibuk mengelap meja kotor, tiga orang lelaki yang berpakaian hitam masuk ke dalam bar. Kuat betul mereka bergurau senda. Sampai ke sini Iris boleh mendengar. Sekilas Iris memandang.

Haish! Apa lelaki tu buat kat sini? Macam tak ada tempat lain nak singgah.

Zach, Ammar dan Damien mengambil tempat di meja yang kosong. Mata Zach melilau melihat sekeliling. Bar sememangnya bukan tempat yang sesak dengan ramai orang seperti kelab malam. Cukup sekadar melepak untuk mencari ketenangan. Suasana di sini pun agak tenang. Tidak riuh. Hanya gemersik suara sang penyanyi kedengaran. Keadaan yang balam-balam menimbulkan suasana romantis ditambah pula dengan setiap kuntuman bunga ros merah yang menjadi perhiasan pada setiap meja kayu mahoni.

Patutlah Damien suka datang kat sini. Boleh tahan.

Mereka membelek-belek menu di atas meja. Senarai cocktails dan wine ditatap sekejap. Sudah itu, Zach mengangkat tangan.

"Kak, nak order." Zach memanggil Iris yang sedang sibuk mengelap meja. Namun, Iris tidak berpaling.

Sebolehnya, Iris tak nak lagi tatap wajah Zach. Selepas urusan dia dengan Zach selesai, nyahlah Zach dari lembaran hidupnya. Malang bertimpa-timpa sejak lelaki itu muncul.

"Tak dengar ke? Kena kuat sikit kut." Ujar Ammar. Jemarinya rancak membalas mesej teman wanitanya.

"Kak, sinilah. Nak order!" Zach meninggikan suaranya. Takkanlah tak dengar kut suara aku. Bukan main kuat dah ni.

Iris mencampak kain pengelap. Sabarlah! Tak nampak ke aku tengah lap meja ni?

Iris melangkah laju menuju ke arah mereka. Bila jarak mereka betul-betul dekat, Iris pandang Zach, Zach pula yang pandang Iris. Terkejut mungkin melihatkan Iris ada di sini. Iris terus mengeluarkan nota dan penselnya dari poket.

"Iris? Kecilnya dunia ni. Macam manalah kau boleh kerja kat sini. Kaki kau okey je aku tengok." Mata Zach melihat kawasan betis Iris yang telah dia lukakan. Bekas luka sudah mula memudar. Lama-lama hilanglah tu. Itu kira baik apa dia buat begitu. Kalau orang lain, lama dah dia tikam kat kaki.

"Eh, ni ke perempuan yang buang pil kuda kau? Hidup lagi perempuan ni. Kalau Antonio yang kerjakan, tak lama dah kat dunia ni." Kasar sungguh gurauan Ammar. Matanya tidak lepas daripada terus memandang Iris. Iris seperti ada aura yang kuat.

"Cantikkan perempuan ni. Patutlah Zach tak berani nak buat macam-macam." Damien pula mencelah. Sempat Zach memijak kaki Damien menyuruh dia diam.

Iris masih tercegat di situ mendengar perbualan kosong mereka. Antonio? Siapa tu? Ingat senang-senang ke aku nak mati? Zach tak buat macam-macam? Adam Zachary tak buat macam-macam? Habis kereta, stiletto, ugutan, dan kakinya itu apa? Penat Iris nak mengungkit benda yang sama. Mahu saja Iris hamburkan semuanya di hadapan mereka tapi Iris menelan semula daripada terluah.

Pensel kayu ditekan-tekan atas buku nota.

"So, nak order ke tak ni? Kalau tak nak, boleh blah." Lantaklah Johan nak marah kat dia atau apa. Sedap-sedap je mereka membuat Iris seperti bahan gurauan.

"Garangnya Cik Waitress ni. Senyumlah sikit." Tangan Ammar mula nak merayap pada belakang tubuh Iris. Eyy!

Laju Zach menepis tangan Ammar.

"This is not Brothel. So, please behave." Zach memberi amaran. Susah juga berteman dengan buaya tembaga seperti Ammar. Semua perempuan mahu dikebasnya.

"So, nak order tak ni? Penat aku nak ulang soalan yang sama." Sinis sekali ayat Iris. Kenapa Zach mahu berlagak seperti penyelamat? Tolonglah. Pura-pura sangat!

"Martinez, Tom Collins, French 75 Cocktails, French Fries, Pinot Noir wine and.."

Laju Iris mencatat pesanan dengan pensel yang sudah tumpul matanya.

"And??" Suka betul melengahkan masa.

"A kiss." Zach tertawa diikuti Ammar dan Damien.

Ish, main-main pulak dia ni! Ingat aku ni apa? Siapa yang tak jaga kelakuan sekarang ni? Tadi kemain nasihat kat orang.

Sehelai tisu di atas meja ditarik keluar dari kotaknya. Lantas Iris dibawa ke hujung bibir dan dikemamnya. Ada kesan gincu merah pada tisu itu. Haa nak sangat kan?

"Nah! Ambil ni! Nanti masuk dalam resit sekali!" Tisu dijepit dengan dua jari lalu sengaja dijatuhkan ke atas meja bulat.

Iris menyelak rambutnya dan pergi dari situ.

"Uiii dahsyat. Hahahahaha!" Damien mengajuk kelakuan Iris menyelak rambutnya. Versatile!

Serentak itu mereka ketawa.

Tidak lama kemudian, Iris datang dengan membawa pesanan mereka. Ammar beberapa kali mengenyitkan matanya ke arah Iris. Iris buat tak endah. Tak usah dilayan miang keladi bin ulat bulu macam ini. Lebih baik buat dek je. Iris meletakkan kesemua pesanan dengan kasar. Bergegar meja bulat mereka.

"Lembut-lembutlah Cik Waitress. Kita orang kan pelanggan. Cuba senyum sikit. Nampaklah manis tu. Ni dari tadi buat muka ketat. Hilang selera kita orang. Tak mesra langsung." Ammar menegur. Usik sikit je kut tapi marahnya bergunung.

"Selera ke tak, makan jelah. Dah order kan." Dingin sekali jawapan yang diucapkan Iris. Iris terus pergi ke meja lain untuk mengambil pesanan. Habis kerja, mesti Johan berleter panjang dan kemukakan pantang larang semasa menjadi pelayan di bar. Memang cari nahaslah.

Iris ingatkan penderitaannya tamat tapi ternyata tidak tatkala dia terpaksa berulang-alik untuk memenuhi kehendak Zach yang cerewet itu. Iris tahu dia memang sengaja nak mengenakan dirinya. Biar bertambah-tambah kerjanya.

'Kak, mana gelas untuk Pinot Noir ni?'

'French fries ni berminyak sangat. Nak tukar yang lain boleh?'

'Kak, nak tambah pesanan.'

'Sos black pepper ni sikit sangatlah. Tolong tambah. Mayonis pun.'

Letih Iris terkejar sana sini. Mahu menjerit kuat-kuat rasanya. Skru kaki pun dah rasa macam nak tertanggal. Penat! Merungut pun tak dapat apa.

Pelanggan sudah beransur pergi namun tiga ketul makhluk itu tidak lagi mahu pulang.

Zach menyelit sebatang cerut pada ulas bibirnya. Pemetik api dikeluarkan dan dihala ke sumbu cerut. Tak menyempat dia hendak membakar, cerut yang terkepit di celah bibir dirampasnya.

"Hoi!!" Zach mengherdik Iris.

"Kat bar ni, dilarang merokok." Iris menunjukkan papan tanda amaran dilarang merokok yang tersangkut di tepi dinding. Besar. Besar sangat. Hanya orang buta je yang tak nampak.

"Tapi ni bukan rokok." Sempat Zach meloyar buruk. Pelik juga dengan bar ni. Biasanya boleh je merokok kat dalam bar.

"Cigars. Cigarettes. Semua sama je. Cerut jenis Oliva dari Nicaragua macam ni ke rokok Dunhill ke, still ada tembakau. Aku tak kisah kau bahayakan diri kau. Tapi aku tak nak lah orang lain sedut asap cerut kau terutamanya aku. Kau mati awal tak pe, jangan orang kat sekeliling kau." Berdas-das kena dengan tembakan kasar daripada Iris.

"You are not a typical woman, aren't you? Impressive! Bravo Iris! Bravo!" Zach bertepuk tangan tanda mengejek.

"Just drop your stupid act, Adam Zachary. Lepas aku pulangkan balik semua pil kuda kau, jangan lagi muncul kat depan aku lagi." Cukuplah hidup Iris kucar-kacir hanya disebabkan buang pil-pil kudanya.

"Beat me, Iris. Selepas tu, kita tentukan sama ada aku nak terus ganggu kau atau tak. Kau tau main poker?"

"Poker? Daun terup? 52 cards in a deck. Aku tahu sangat, Adam Zachary." Iris dah biasalah main daun terup dengan kawan-kawannya.

"Okey, good. Kita main daun terup. The final winner will decide everything. Okey?"

"Okey. Deal. But don't underestimate me." Kata Iris dengan begitu yakin.

Zach dan Iris saling bertentang mata. Bagai ada petir di tengah-tengah. Marah. Dendam. Keliru. Semuanya bersatu dalam satu tautan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience