Bab 6 : Danger

Romance Series 9755

Poker. Permainan yang tidak asing dalam dunia perjudian. Ada 52 keping kad dalam satu dek yang terpecah kepada 4 jenis, Spade, Cloud, Heart dan Diamond. 13 nombor terdiri daripada angka 2 sehingga 10 termasuklah kad jenis Ace (A), King (K), Queen (Q) dan Jack (J).

Tak ramai yang tahu 4 jenis King sebenarnya melambangkan raja-raja yang sebenar.

Spade, King David.

Club, Alexander The Great.

Heart, King Charlemagne.

Diamond, Julius Caesar.

5 keping kad harus membentuk satu kombinasi yang boleh mengalahkan lawan.

Pemain yang paling banyak memegang kad pada akhir permainan dianggap kalah dan juga sebaliknya.

Iris sudah masak benar tentang itu. Dia takkan kalah. Bibirnya diketap. Aku Queen of Poker kut! Aku takkan biarkan Zach menang. Biar dia yang ikut telunjuk aku.

"Aku nak main cara Texas Hold'em. Kau tahu? About the pre flop, the flop, the turn, the river and the showdown." Tangan Iris tidak berhenti mengocok kepingan kad biar semuanya tersusun secara rawak. Kening sengaja dijungkitkan tanda memprovok.

"Semua cara aku tahu, Iris. Takat Texas Hold'em, tutup mata pun aku boleh main. Just do whatever you want. Cuma jangan menipu." Zach mahu tengok sejauh mana kemahiran yang Iris ada. Dia takkan beri peluang kepada Iris untuk menang.

"Cheater is the real loser." Sesudah semua kad dikocok, Iris meletakkan dek di tengah meja. Sempat Iris dan Zach bersabung mata seperti pertempuran besar bakal bermula.
Ammar dan Damien di situ seolah-olah menjadi pengadil tak berbayar menyaksikan dendam antara mereka berdua.

"Memandangkan korang berdua ni tak main, korang jadi dealer, small blind dan big blind." Zach mengarah. Biarpun dah melanggar etika Texas Hold'em, apa dia kisah. Ini antara dia dan Iris. Mereka tak boleh ikut main sekali.

"Ya, Zach. By the way, perempuan depan kau ni bukan sembarangan perempuan. Jarang aku jumpa perempuan yang tahu banyak pasal poker."

Mendengarkan kata-kata Damien, bibir Iris melakarkan satu senyuman sinis. Haa, belum tahu siapa aku.

"Mungkin dia banyak baca novel. Atau banyak sangat tengok filem."

Sebelah tangan Zach dibawa menongkat dagu. Anak matanya menikam mata hazel Iris.

"Mungkin juga sebenarnya dia dari sini?" Telahan Zach membuatkan Iris melarikan pandangannya.

"Kelakarnya andaian kau." Tangan mula merayap mahu menyentuh semula dek yang baru dikocok. Namun, laju Zach menepis tangan Iris daripada mendekati dek.

"Kan kau dah kocok. Buat apa nak sentuh lagi?" Zach mengerutkan dahi.

"Sebab aku tak nak kau menang." Spontan Iris menjawab dengan mata yang mencerlung tajam.

"Alasan. Sebenarnya kau dari sini kan?" Zach mengulang soalan yang sama. Benci bila Iris seakan cuba menyembunyikan sesuatu.

"Mengarut. Kau sendiri tahu siapa aku. An entrepreneur and every Dato's mistress." Dengan nada berlagak Iris berkata. Tak sukanya dengan makhluk di hadapannya.

"Sebelum tu? Sebelum kau jadi businesswoman? Sebelum kau jadi perempuan simpanan?" Zach berterusan mengajukan soalan panas.

"Wow. Siapa kau untuk aku beritahu segalanya tentang aku? Okey. Kalau aku menang, I want you to stop invading my privacy." Iris mencebik.
Yang dia sibuk sangat nak tahu pasal aku dah kenapa?

"I really hate to be ignored." Dua jari Zach memagut kasar dagu runcing Iris.

"And I really hate to be touched without consent." Iris menepis kasar tangan Zach.

"Kau tak nak jawab soalan aku. Then, I take that as a yes. Sebenarnya kau dari sini. Dunia gelap macam aku."

"Suka hati kaulah nak fikir apa." Iris mendengus kasar. Dunia dia je yang gelap. Dunia aku terang benderang je.

"Korang ni asyik gaduh je. Dah tu bilanya nak start?" Damien memerli mereka. Chips yang elok tersusun bertingkat dibahagikan sama rata bahagiannya kepada Iris dan Zach.

Ammar memberikan dua keping 'hole cards' kepada mereka menandakan bila-bila masa saja 'pre flop' bakal bermula.

Iris cuba mengawal emosi tatkala melihatkan dua keping kad di tangannya.

Baru mula takkan tak ada ong? Cis!

Nombor 5 Diamond dan nombor 10 Spade. Paling-paling dapat gabungkan jadi 'High Card' iaitu kombinasi paling rendah dalam poker.

Iris memerhatikan Zach yang tersengih melihat kadnya di tangan. Tak boleh jadi ni. Mesti dia dapat kad-kad yang hebat.

"So, siapa yang mulakan dulu?" Iris sepertinya tidak sabar untuk memulakan rentak. Tangan dilarikan menyentuhi setiap susunan chips di depan mata.

"Lady's first." Zach memberi laluan.
Tidak kisah siapa yang mulakan dulu. Yang penting strateginya bagaimana.

"Call!"

Iris mempertaruhkan chips untuk mendapatkan 3 keping kad daripada Damien. Harapnya tidak mengecewakanlah.

Pranggg!

Pintu bar ditendang kasar membuatkan semua pelanggan di Bosch Bar tersentak. Figura seorang lelaki yang berpakaian seperti pemburu zaman dahulu kala dengan lengkap persiapan untuk memanah ketawa mengilai di hadapan mereka. Matanya kelihatan redup kesayuan.

Serentak kepingan kad terlepas dari tangan Iris yang agak menggigil. Permainan poker terhenti.

"Aku tahu ini mesti musuh korang kan?" Iris menuduh secara melulu. Dia tak nak terlibat dengan keadaan yang akan mengancam nyawa dia.

Tapi Zach, Ammar dan Damien hanya menggeleng menjawab pertuduhan Iris.

"Qistina Iris. I've found you. Let the game begins now." Anak panah ditarik ke belakang tepat diajukan ke arah kepala Iris.

Terbuntang mata Iris terkesima. Siapa? Siapa yang mahu membunuhnya?

***

“Mana kau nak lari, sayangku?” Red sudah tidak sabar untuk beraksi.

Kayu besbol yang tampak calar-balar dan masih terpalit dengan darah kering dihayun menghentak permukaan bongkah kayu di lorong gelap itu. Tangisan seorang perempuan memecah keheningan malam. Perlahan-lahan dia memberanikan diri untuk bertentang mata dengan lelaki psiko itu.

“Tolong jangan apa-apakan aku. Tolong.” Dia merayu. Pertama kali dia merasa takut sebegini. Takut akan mati!

Red menunduk menghampiri perempuan cantik itu. Kayu besbol diseret lalu dibiarkan tersadai di atas permukaan jalan. Wajahnya yang bengis berubah riak. Nampak tenang kemudiannya bertukar simpati.

“Kau tahu apa kesalahan kau?” Red mengesat butiran air mata perempuan itu.

Suaranya seperti tersekat di kerongkong. Tanpa berkata apa-apa, perempuan itu hanya mengangguk dengan butiran air mata yang mengalir tanpa henti.

“Sebut apa kesalahan kau. Aku nak dengar kau mengaku sendiri.” Red mengarah.

“Aku perampas kebahagiaan orang lain. A-aku mistress.” Menggigil dia menyampaikan butiran kata. Tangan kekar Red yang sejuk membeku terus mengesat air matanya sehingga kering.

“Shhhhh. Dah diam.” Red cuba mententeramkan perempuan itu. Tubuh perempuan diraih dalam pelukannya. Rambutnya diusap perlahan-lahan. Perempuan itu tidak tahu apa yang Red cuba lakukan tapi dia pasti itu hanyalah permainan psikologi daripada seorang manusia kejam sepertinya.

“Tolong lepaskan aku. Aku janji aku takkan bagitahu sesiapa.” Rayunya lagi.

Red kembali tersenyum mengerikan. Tangannya yang tadi lembut membelai rambut perempuan itu merentapnya dengan kasar. Kepala perempuan itu menadah langit malam gelap yang tidak berbintang. Dia meraung kesakitan. Red bangun berdiri tanpa melepaskan cengkamannya. Perempuan itu diseret di atas permukaan jalan. Rontaan demi rontaan langsung tidak dihiraukan. Dia tertawa sendirian.

Tangannya mencapai kayu besbol yang tersadai. Ketawanya semakin kuat.

Buk! Satu hayunan tepat mengenai kepala perempuan itu. Darah mengalir pekat. Namun, wanita itu masih bertahan sehinggakan sanggup lagi untuk merayu.

Buk! Hayunan kedua.

Buk! Buk! Buk! Entah kali yang keberapa dia memukul kepala perempuan itu sehinggalah perempuan itu berhenti bersuara.

“Hehehehe. Senyap pun.”

Pisau Rambo dikeluarkan. Lengan perempuan itu ditoreh dengan perkataan ‘BITCH’. Sekuntum tulip merah dikucupnya lalu ditinggalkan bersama mayat yang sudah tidak dapat dikenali wajahnya.

Gerimis hujan turun kemudian lebat membasahi alam. Kayu besbol diheret bersama langkah yang longlai. 

“Hujan rintik-rintik, air bergelora, aku bagi tulip, kau bagi aku kaca.. Hehehehe. Hujan rintik-rintik, air bergelora, detik demi detik, nyawa kau tak ada. Hehehehe..” Dia bernyanyi riang sehingga suaranya tenggelam dalam kelebatan hujan yang menerpa.

***

Pelanggan di Bosch Bar berteriak dan bertempiaran lari keluar dari situ. Anak panah meluncur laju ke arah Iris. Zach dengan pantas menundukkan kepala Iris untuk mengelak dari panahan itu.

"Kau nak mati ke?!" Zach meradang. Boleh pulak Iris terdiam di situ padahal sudah terang lagi bersuluh nyawanya bila-bila masa saja boleh tercabut.

"Aku terkejutlah! Aku tak tau nak buat apa!" Wajah Iris kelihatan sangat gusar.

"Berapa ramailah musuh kau Iris." Sempat Zach memerli. Dia tercari juga mana kelibat Ammar dan Damien namun hampa. Cis! Dasar pengecut lari dulu tinggalkan aku.

Zach mengira bilangan anak panah yang dipikul lelaki itu. Mungkin dalam sembilan. Tapi dia harus waspada takut orang tidak siuman itu membawa senjata lain.

Lelaki itu memanah secara melulu. Nasib tidak terkena Iris. Mereka bersembunyi di bawah meja kayu. Zach memandang muka Iris yang pucat lesi. Kasihan? Ye sedikit kasihan.

"Zach, tolonglah aku. Kau kan gangster." Tak sangka Iris meminta tolong dari orang yang dia benci. Dia dah terdesak.

Zach mencebik. Gangster kau panggil aku?

"Apa yang aku dapat kalau aku tolong kau?" Zach mencari kesempatan di dalam kesempitan.

Iris mengetap bibir tanda geram. Dia tahu, orang macam Zach pasti mahukan balasan. Charity bukan yang difikirnya.

"Aku akan pulangkan semua pil kuda kau. Lebih dari itu pun aku sanggup." Iris tak ada pilihan selain merayu bantuan kepada Zach. Egonya ditundukkan.

"Okey. Sekarang berdiri dan berlari ke arah kiri lepas aku bagi isyarat." Arah Zach sambil memerhatikan anak panah yang hanya tinggal dua di belakang. Nampak lelaki itu hilang fokus dan geram bila panahannya tidak terkena sasaran.

"Kau gila ke?! Aku tahu la kau bencikan aku. Tak payahlah suruh aku terbunuh macam ni." Marah Iris. Free free je nyawa dia melayang.

Zach nampak tenang. Sempat lagi duduk bersila di bawah meja. Iris geram. Mentang-mentanglah gangster seperti dia sudah terbiasa menghadapi marabahaya.

"Macam mana aku nak tolong kau kalau kau sendiri tak nak percayakan aku?" Zach mengeluh kesal. Yalah. Pertemuan yang dimulakan dengan pertelingkahan, siapa je yang mahu percayakan 'bad boy' seperti dia?

"Aku akan buat apa yang kau suruh. Kalau aku mati, kau pun terlibat sama dalam kes ni." Iris cuba memberanikan diri walau hati masih berbolak-balik sama ada mahu percayakan Zach atau pun tidak.

"Kalau pil kuda tu tak ada kat tangan aku, aku akan mati. Rules dalam dunia aku berbeza dengan kau. Konklusinya, aku sanggup mati demi pil kuda kau. Kalau aku boleh percaya yang kau akan bagi pil kuda kat aku, takkan kau tak boleh percaya yang aku akan lindungi kau?"

Argh. Tolonglah percaya.

Iris pantas berdiri dan berlari ke arah kiri. Zach tidak sempat mahu menahan Iris.

"Iris! Bodoh salah timing! Aku tak bagi isyarat lagi!" Zach pantas bangun sehingga meja yang dia sembunyi di bawahnya terbalik ke belakang.

Dalam hati menyumpah tindakan melulu Iris. Panah laju menyasar ke arah Iris.

Zapppppp!!

Anak panah menembusi lengan kiri. Darah membuak-buak keluar. Sakitnya tiada tara. Nasib tubuh Iris sempat ditolak ke tepi.

Iris separuh menjerit. Dia berlari kembali mendapatkan Zach yang terkulai layu. Zach menarik anak panah dan mencampaknya ke tepi. Pandangannya mulai kelam. Nafasnya tidak tentu.

"Ada lagi 1 panah. Tunduk."

Tubuh Iris ditarik lalu tersemban ke atas tubuhnya.

"Zach! Zach!" Iris menampar wajah Zach yang separuh sedar.

"Cuma anak panah tapi kenapa sakit sangat?" Zach rasa ada yang tidak kena dengan dirinya. Mungkinkah panahan ini beracun?

Suara Iris tidak lagi kedengaran. Pandangan Zach terus gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience