Bab 7 : Harley Quinn

Romance Series 9755

Oktober 2010

Rambut Zach yang pada mulanya menghitam bertukar kehijauan. Gincu yang dia senyap-senyap curi dari kedai alat kosmetik dikenakan pada bibir sehingga ke hujung pipi. Mujurlah makeup tebal ini dapat menyembunyikan kesan lebam akibat pergaduhan kelmarin. Shit betul geng Dragon.

Sepersalinan sut berona ungu gelap diperkenakan pada tubuh. Rambut diperbetulkan lagi. Ada misi penting harus diselesaikan dalam Gala Night Dinner yang bertemakan cosplay yang dianjurkan oleh anak tycoon terkemuka.

Zach merapikan side-burnnya.

"Tengok aku. Ada macam Heath Ledger tak?" Tanya Zach kepada Ammar dan Damien.

Siapa je yang tak kenal dengan Heath Ledger yang menghidupkan watak Joker dalam The Dark Knight. Namun, sayang seribu kali sayang pelakon hebat itu mati bunuh diri.

"Uish. Batman pun takut tengok kau." Ujar Damien seraya memasukkan pil estacy ke dalam poket Zach.

"Customer kita Disney princesses tau." Ammar mengingatkan.

Zach hanya mengangguk walaupun dia sebenarnya tak kenal sangat dengan watak-watak kartun Disney.

Setahu dia, parti ini dihadiri budak-budak bawah umur. Budak-budak rosak manalah yang mahukan pil estascy mereka.

Setiba di parti, kelibat anak-anak muda yang berpakaian ala Disney Princess dicari mereka lama. Tapi hampa, yang mereka jumpa hanyalah villain characters je.

Takkan tak sampai lagi kut.

Keadaan parti sememangnya meriah walaupun dekorasinya seperti masuk ke dalam rumah berhantu. Suasana agak gelap dengan backdrop pentas yang hitam.

Mereka mengisi masa dengan berbual kosong dan melantak apa saja jenis bufet yang tersedia. Boring sungguh menunggu.

Iris mengunyah gula-gula getah sebelum meniup menjadi belon kecil lalu meletup di tepi bibir. Hujung rambut yang berwarna biru digentel-gentel. Pakaiannya sangat ketat dan menjolok mata. Tshirt sudahlah sendat. Seluar merah terang pula singkat. Kayu besbol diletakkan di atas bahu kiri.

"Musuh hero Gotham City, Harley Quin sudah tiba. Hehehe." Iris tersenyum lebar. Malam ini dia tidak mahu berfikir panjang.

"Err.. kau serius ke nak buat kerja gila ni?" Bella khuatir dengan idea gila Iris. Kalau setakat majlis kecil tak apa. Ini anak-anak orang ternama pun datang sekali.

Ekor mata Iris menjeling Bella semula. Huh. Janganlah takut. Bukan mereka kenal pun siapa dia yang sebenarnya.

"Anak tycoon tu dah melampau. Aku kena gantung sekolah kut sebab dia. Padahal, yang merokok tu dia, bukannya aku. Liciknya dia kenakan aku." Teringat dia dimalukan di depan perhimpunan sekolah. Kena sebat banyak kali. Bisanya masih terasa sehingga kini. Hatinya masih sakit!

"Aku tengok dari tepi je tau. Aku tak berani ikut campur. Hihihihi." Bella hanya mampu menikus di tepi. Liurnya ditelan. Haish, macam manalah dia boleh berkawan dengan orang segila Iris.

Zach terdengar perbualan dua orang budak perempuan di sebelahnya. Dahinya berkerut. Argh. Lantak merekalah nak buat apa.

Damien mencuit bahu Zach lalu mengeluarkan jari telunjuk ke arah 'disney princesses' yang mereka tercari-cari dari tadi.

"Aku rasa tu kot dorang." Ammar meneka.

Zach melangkah menuju ke arah mereka dituruti Damien dan Ammar.

"Hello, my beautiful princesses." Ammar menegur sambil memuji. Sambil menyelam, minum air sekali. Hatinya cukup berbunga-bunga melihat tiga orang gadis cantik di hadapan mata.

Zach berdehem bagi Ammar sedar apa tujuan asal mereka. Nak edar pil estascy, bukan nak edar pil cinta!

"Who is this?" Ammar menghulurkan tangan ke arah salah seorang dari mereka yang bergaun biru. Cantik sangat.

"Your Sleeping Beauty, Princess Aurora." Salam disambut dengan gaya menggeletis.

Damien cuba menahan ketawa. Aduh, kenapa gatal sangat macam tak pernah tengok perempuan.

"Then, this is..?" Tanya Ammar kepada gadis bergaun kuning. Ni pun cantik juga!

"This night I'm Belle. Nama sebenar, Dania."

"Oh..." Tidak berkelip mata Ammar memandang Dania dari atas sehinggalah ke bawah.

Zach terus melanggar Ammar sehingga dia teralih ke tepi. Nasib tak jatuh.

"Jangan nak buang masa boleh tak?" Bisiknya pada Ammar. Wajah yang tadi penuh kegembiraan bertukar muram.

"Okey, macam nilah beauties, kita orang datang nak bagi barang baik." Zach menyeluk poket lalu mengeluarkan sebungkus pil estascy ke arah mereka.

"Tahu benda ni kan?" Keningnya terangkat sebelah.

Dania memerhatikan keadaan sekeliling. Bungkusan itu pantas dirampas dan disimpan dalam pouch. Beberapa keping not RM50 dilipat dan diselit dalam poket hadapan kot Zach. Tangannya menepuk-nepuk dada Zach.

"Thanks." Ucapnya.

"My pleasure." Balas Zach. Mudahnya kerja mereka pada malam ini.

"Aaaaaaaaa...." Jeritan sekumpulan tetamu di belakang mereka membuatkan mereka semua tertoleh ke belakang.

Terbelalak biji mata mereka. Meja yang dipenuhi dengan bufet makanan terbalik. Nasi, lauk-pauk dan pencuci mulut bertaburan di atas lantai. Satu pembaziran bagi mereka tetapi satu kepuasan bagi seseorang.

Pelakunya hanya tersenyum puas. Bahu terhinjut-hinjut menahan suka. Meja sebelah yang dipenuhi dengan barisan gelas kaca dipanjat. Satu persatu biji gelas digenggam lalu dihempas ke lantai sehingga berderai. Tetamu yang hadir ketakutan melihat perihal Iris yang tak ubah seperti manusia kena sampuk.

"Gila.." Satu perkataan terluah dari mulut Zach.

"This party seems fun." Damien berbisik lalu bertepuk tangan.

Iris melompat ke lantai. Serpihan kaca dipijak dengan kasutnya. Langkahnya mendekati Dania dengan kayu besbol yang disandar pada bahu. Dia melambaikan tangan sambil tersenyum sinis.

Dengan perasaan marah yang menggunung, Iris menghayun kayu besbol ke arah Dania. Suasana menjadi hiruk-pikuk.

Hayunannya terhenti. Hujung kayu besbol digenggam Zach lama. Dania terselamat.

Bebola mata Iris tajam menerkam gerangan yang membantutkan perlakuannya. Dia mengetap rahang tanda geram. Hujung kayu besbol mahu ditariknya semula. Tapi, kudrat budak lelaki di hadapannya lebih kuat sehingga Iris terdorong ke depan.

"Jangan masuk campur urusan aku!" Marah Iris.

Zach tampak tenang. Takat hal kecil kecil seperti ini senang je nak selesaikan. Kayu besbol dirampas dan dibaling jauh dari situ. Kepala ditelengkan. Senyuman terukir mempersendakan budak perempuan di hadapannya.

Iris meniup helaian rambutnya yang menutupi dahi. Peluh mula merenek di tepi dahi. Sempat dikesat dengan belakang telapak tangan. Posisi tubuh dipusingkan ke arah Dania.

"Kenapa kau buat aku macam tu? Takut satu dunia tahu, anak Dato Maleek seorang pelajar yang bermasalah?" Iris mencebik.

Dania menyilangkan tangan.

"Saje." Dengan gaya berlagak dia menjawab.

"Saja? Saja kau kata?! Hahahahahahaa!" Terburai tawa Iris. Ingat aku bahan jenaka?

"Tak kelakar." Wajah Iris kembali dingin.

"Kau tahu kenapa kau jadi kambing hitam? Kerana semua orang percaya kalau kau yang buat sebab kau.." Nafasnya dihela seketika.

"... anak seorang pembunuh." Bisikan kejam Dania sangat sumbang kedengaran di corong telinga Iris.

Air muka Iris berubah merah menahan marah. Hati dia sangat sensitif kalau membabitkan soal orang tuanya.

Satu tamparan kasar mendarat pada pipi Dania.
Dania menolak Iris sehingga dia jatuh ke atas serpihan kaca. Dia duduk mencangkung di hadapan Iris.

"Kau tahu apa beza orang low status macam kau dengan high status macam aku? Beza dia, kat sini tak ada siapa nak protect kau, tapi aku? Hehehe." Dania bangun lalu membelakangi Iris.

Terasa ada tangan sejuk mencekik lehernya dari arah belakang.

"Kau silap. Orang macam aku hanya perlukan aku untuk lindungi diri sendiri. Hahahaha!" Lingkaran tangannya semakin diketatkan. Dania pula semakin terasa sesak.

Zach mencapai segelas cocktail lalu menghirupnya. Drama di hadapannya sangat menarik.

"Wei Zach, kau tolonglah Dania. Dia potential customer kita. Bayangkan habuan yang kita dapat kalau kita tolong dia." Ammar menghasut.

Damien memukul kasar kepala Ammar.

"Kau tak kesian ke tengok Harley Quinn depan mata kau? Stupid!" Menyempat pulak Ammar terfikir sebegitu. Tahu nak untung je.

"Sakitlah, Damien! Kita geng Black Jack, kenapa kena ada kasihan? Kau lupa apa Boss ajar? Man should be strong. Don't ever shed tears. We cannot have any pity. Siapa yang bodoh sekarang? Hah, siapa?" Ammar memukul kepala Damien banyak kali.

Zach meletakkan gelas di atas meja.

"Aku setuju dengan Ammar." Langkah dihayun ke arah mereka berdua.

"See? Zach pun setuju dengan aku." Ammar merasakan kemenangan.

"Argh. Kau berdua sama-sama bodoh." Damien menghamburkan rasa kecewa.

Zach meleraikan tangan Iris dari leher Dania. Dania mengelus belakang lehernya yang terasa sakit.

"Crazy girl. Cukuplah tu." Lengan Iris dipegang kasar.

Iris menarik kolar baju Zach. Wajahnya didekatkan. Bibirnya terketar membutirkan kata.

"You.. boy.. don't act like you know my pain!" Mata Iris mencerlung marah. Zach memerhatikan lama tubir matanya yang mula bergenang dengan air mata.

Lengan Iris diangkat tinggi.

"Sakit?"

Darah menitik dari tangan Iris yang terluka akibat serpihan kaca. Dan.. budak lelaki itu meniup lukanya. Dahi Iris berkerut.

Simpati? Aku tak perlukan belas ihsan daripada sesiapa pun!

Tangan kanan yang menarik kolar baju dilepaskan. Tanpa sengaja Iris terentap rantai yang elok terkalung pada leher Zach sehingga putus.

"Lepaslah!" Iris menarik tangannya dari pegangan Zach. Jari telunjuk diajukan ke arah Dania.

"Jangan ingat hari ni kau menang."

Iris melangkah keluar dari parti tersebut. Dia berdecit ketawa. Tangan kanannya menggenggam sebentuk cincin. Menyempat kau Iris. Itulah, menyibuk urusan orang. Padan muka.

"Bella.." Terkejut melihat Bella dipaksa masuk ke dalam perut kereta oleh dua orang lelaki.

"Iris! Maaf Iris! Nanti aku call kau! Bapak aku tengah meradang!" Jerit Bella sebelum dia hilang dari pandangan Iris.

"Last last, aku juga kena tinggal sorang-sorang." Iris mengenang nasib diri. Cincin disarungkan ke jari tengah.

"Cantik juga cincin ni." Gumamnya sendiri.

Bentuk hati di tengah. Nampak sangat berharga. Macam bukan sembarangan cincin.

"Bagi balik cincin aku." Suara garau di belakangnya membuat jantung Iris berdetak lebih laju. Perlahan dia menepuk dahi mengutuk kebodohan diri sendiri. Patut lari lebih jauh. Iris menoleh belakang lalu menyorokkan tangannya.

"Cincin?" Iris buat-buat tidak tahu.

"Kalau kau masih mahu bernafas, bagi balik apa yang aku nak." Zach menggertak. Nilai cincin itu tidak boleh digadai dengan wang ringgit sekalipun. Tak ternilai harganya.

"Did you mean this?" Iris menunjukkan middle fingernya yang tersarung dengan sebentuk cincin. Sengaja dia menunjukkan isyarat tangan tidak senonoh kepada Zach.

Eh perempuan ni! Zach menahan geram.

"No way!" Jeritnya kuat.

"Nampaknya aku terpaksa gunakan kekasaran kepada manusia degil macam kau." Zach menarik tangan Iris lalu cuba menarik keluar cincin tersebut dari jari Iris.

"Argh! Sakit! Sakit!" Tangannya masih terluka.

Zach menghentikan perbuatannya. Tangan kanan dihulur tanda meminta.

"Bagi balik cincin arwah mak aku." Kata-katanya membuat Iris tersentap.

Iris terus mencabut cincin itu dari jarinya. Ish tak sangka pulak boleh jadi macam ini. Cincin dipulangkan semula. Malang tak berbau.

"Kenapa kau buat kerja gila macam tu?" Selamba Zach bertanya.

Concern? Huh!

"Because being a good girl ain't no fun, Mr Joker." Iris menepuk bahu Zach sebelum berlalu pergi.

"Tell me who are you."

Iris tidak mengendahkan soalan Zach. Boring betul soalan budak laki ni. Cara nak kenal ke. Bluerk.

"Woi!"

"Woi!"

Zach tetap memanggil walaupun Iris semakin menjauh.

Iris menjulingkan matanya ke atas. Tubuh dipusingkan ke arah budak lelaki itu. Kedua-dua belah tangan didepakan.

"Tak nampak ke? I'm Harley Quinn."

Crazy girl. Gerutu Zach dalam hati.

Ammar dan Damien berlari terkocoh-kocoh mendapatkan Zach.

"Weh, kita kena balik. Mampus kena marah dengan Boss. Ada job lain." Kata Damien dengan termengah-mengah.

"Jom balik." Ammar menyeret sekali kayu besbol budak perempuan tadi.

"Pahal kau ambil benda tu?" Hairan melihat Ammar rajin sangat mengutip benda yang terbuang.

"Oh, bukan kau tadi kejar budak gila tu ke? Kayu besbol your Harley Quinn. Baru nak bagi. Mana dia?" Ammar menyerahkan kayu besbol itu dengan kasar kepada Zach.

Zach merenung pemandangan hadapan yang kosong. Kayu besbol yang terukir dengan perkataan 'good girl aint no fun' mencuri perhatiannya.

"Hilang. Mungkin sedang mencari keseronokan yang lain." Zach mengoyak senyuman.

Harley Quinn?

Kenangan lama mengetuk kotak memori. Tak sangka rupanya mereka pernah dipertemukan beberapa tahun yang lalu.

Zach menggerakkan kelopak matanya. Kepalanya terasa sakit. Badannya terasa amat lesu. Keadaan di sekeliling diperhatikan lama.

Hospital?

"Aku tak boleh stay kat sini!" Zach mencabut jarum yang tertusuk pada pergelangan tangannya. Diri digagahkan untuk bangun. Tak ada siapa boleh tahu identitinya. Berikutan kes tadi, pasti polis akan soat siasat setelah dia menyedarkan diri.

Dia harus lari!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience