#8 Kenapa Anda Masih Single? (Bahagian 1)

Humor Completed 16387

#8
Kenapa anda masih single (Bahagian 1)

Hai gadis-gadis comel yang still single dan guys, what’s up?

Well, adat perasaan manusia itu sendiri yang tidak suka berseorangan dalam tempoh yang amat lama dan mahukan seseorang disisi tanpa mengira siapa tapi paling indah kalau dianya pasangan hidup kita yang kita tahu saat kita mahu mmenghembus nafas terakhir, dia ada disisi kita sambil bersama bersedih saat kita pergi meninggalkannya. Orang yang akan mendengar segala cerita kita sama ada benar atau karut. Walaupun kebanyakkannya adalah cerita karut. Orang yang sentiasa bersedia membantu kita sama ada waktu kita senang atau susah. Walaupun kebanyakkannya susah. Dan perasaan ada seseorang yang bersedia untuk semua itu ternyata memberikan suatu perasaan yang melegakan. Dan,percaya atau tidak, semakin kita menginjak dewasa, perasaan kita hendak mempunyai pasangan akan terus meningkat ke tahap paling optimum dalam tubuh.

Macam umur aku sendiri. Believe it or not, walaupun muka aku nampak macam 17 tahun, tapi aku actually 21 tahun okayh. Hikhik.

So, bila usia kau dah masuk 20-an, aku pasti kau akan alami benda yang sama dengan aku iaitu,

Kahwin.

Manusia kahwin dimana-mana. Kalau dulu orang update gambar pergi majlis kahwin, kini dialah majlisnya. Dialah yang akan menunggang kuda di malam persandingannya. Dia lah yang akan dibahan oleh saudara-saudara nakalnya bila dah hari kedua. Dia itu adalah rakan anda.

Dan ianya dimana-mana. Kalau dulu tatkala dijemput untuk sebuah event, nama event tersebut mesti dimulakan dengan Reunion. Itu dah rasa habis cool dah. Sekarang event yang diinvite,

Majlis perkahwin......

No, no, no. Itu sangat kampung dan tidak kemodenan.

Walimatul Urus.

Sound better.

Well dalam keadaan persekitaran yang begini, tidakkah anda mahukan sekurang-kurangnya seorang calon yang boleh anda bawakan kepada ibu-bapa korang sambil berkata,

“Hai mak, ayah. Ni Nana. Calon menantu mak. Dan juga bukti yang saya tidak gay.”

Taknak ke?

Ok, fine. Anda faham kepentingan mempunyai satu calon yang boleh dijadikan pasangan hidup. Tapi anda still single. Kenapa aku single tanya kau pada diri kau sendiri?

Aku kacak! (Kata kau)

Aku macho! (Kata kau)

Tapi walau macam mana kata-kata pujian yang kau berikan pada diri sendiri, kau harus sedar akan suatu pekara bahawa kau takkan mampu untuk menandingi

Hakim. Ehem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience