#9 Kenapa Anda Masih Single? (Bahagian 2)

Humor Completed 16387

#9
Kenapa anda masih single (Bahagian 2)

Oh by the way.

Dibawah ini aku ada listkan beberapa faktor mengapa anda masih lagi single sedangkan anda market,kacak dan awesome bagi anda. Let’s go through satu persatu dan muhasabah diri, “Adakah aku begitu”. Jom!

1. Keselekehan Tahap Keoptimuman.

Anda kacak berkacuk Korea + English + Japan + Teddy Bear = Anda. Anda jalan ke mana-mana, semua mata pasti tertumpu dengan anda. Mungkin pernah satu ketika anda alami sedang anda melepak dengan singlet seluar pendek rambut serabai tak mandi bajet cool dekat kedai mamak sambil hisap rokok dengan member, ada entah budak mana datang-datang minta autograf dan tanda tangan sambil mengatakan anda adalah artis filem Aksi dekat TV3 minggu lepas. Walhal, anda depan kamera gagap dah kompom. Tunggu nak terkencing ataupun terberak dalam seluar je atas

faktor gemuruh.

Itu semua antara tanda anda hotstuff. But why still single?

Kita patah balik through scene shall we?

Anda kacak berkacuk Korea + English + Japan + Teddy Bear = Anda. Anda jalan ke mana-mana, semua mata pasti tertumpu dengan anda. Mungkin pernah satu ketika anda alami sedang anda melepak dengan singlet seluar pendek rambut serabai tak mandi bajet cool dekat WOPP!! WOOP!!! Dah terlepas. Tapi anda dah nampak bukan?

Belum? Takpe. Patah balik lagi sekali.

Mungkin pernah satu ketika anda alami sedang anda melepak dengan singlet seluar pendek rambut serabai tak mandi bajet cool dekat kedai mamak.

Ya. Itulah dia.

Aku tak tahulah korang, tapi aku jamin 80, no 90% perempuan dekat muka bumi ni, salah satu ciri-ciri suami idamannya adalah kemas. Dan aku pasti selekeh tak mandi memang pasti bukan salah satu ciri suami idaman. Aku rasa ciri tu, calon suami yang dijauhkan, itu munasabah.

So, pergi mandi.

2. Keseriusan Tahapan Kemaksimuman.

Ini bukan macam cerita anime, makin serius wajah anda, makin digilai ramai. Salah-

salah dan salah.

Aku nampak kalau kau tiada rupa, tiada harta, at least kalau kau boleh buat orang ketawa dengan jenaka kau, aku rasa tak mustahil yang gadis itu akan selesa dengan kau. Bila sudah selesa, jangan tunggu lama. Perlahan-lahan la buka langkah semua yang ada.

Diingatkan bahawa gadis itu sebenarnya ketawa BERSAMA anda. Bukan

ketawakan anda. Kalau dia ketawakan anda, anda dah boleh start consider nak pergi interview jadi badut ataupun sekarang Raja Lawak peserta dia dah kurang Um. Mungkin boleh try cuba nasib dekat sana.

Bagi aku, kalau kau serius sepanjang masa pun, bukan sesuatu yang baik. Tak semua gadis yang sukakan seorang lelaki yang sentiasa serius hatta menceritakan sesuatu yang sulit nak diceritakan. Contoh macam kehidupan seharian diorang. Kau fikir apa bila aku cakap sulit?

Plus, sekarang perempuan tak mencari sangat pun pada rupa.

Ok, aku tipu. Rupa tu still ada. Tapi rupa bukan yang terutama.

Maaf. Rupa still 1st priority.

Sense of humor?

But atleast gadis-gadis tak suka lelaki yang serius sepanjang masa, kan?

Anggaplah itu good news.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience