#1 Kenapa Jangan Pilih Tarikh Yang Special... (Bahagian 1)

Humor Completed 16387

#1
Kenapa jangan pilih tarikh special seperti 2011 untuk hari yang special (Bahagian 1)

Pagi tadi, aku ke Putrajaya. Nak ambik IC aku yang dah siap.

Untuk pengetahuan, beberapa hari lalu aku ada urusan di bank dan ianya memerlukan aku menggunakan IC. Tetapi urusan bank yang sepatutnya selesai dengan mudah dan senang bertukar menjadi sebuah hampeh apabila dikatakan chip IC aku tu rosak. So, aku harus tukar IC baru, lagi (Ya, masuk yang ni sudah 3 kali aku tukar IC sebabkan chip rosak). IC aku dengan aku memang camtu. Tak sehaluan. Takde jodoh agaknya.

Bila aku nak masuk tempat parking kereta, aku perasan yang orang bukan main ramai lagi kat sini. Aku kaget sekejap. Alamak, semalam masa aku dalam proses nak buat IC, takde pun ramai macam ni.A ku tengok jam. Kalau semalam pada waktu yang sama, aku siap boleh main drift lagi kat tempat parking ni. Hari ni kalau aku buat drift, memang sah-sah aku kena tampar. Ramai betul orang.

Aku dah start dah marah dekat diri sendiri. Ye la. Pejabatnya bukak pukul 7.30 tapi aku gatal jugak nak datang pukul 9. Ha, merasa la kau beratur sampai pengsan. Merasa la. Aku sudah mula masam muka.

Kemudian, aku baru perasan yang kebanyakkan mereka yang keluar dari kereta, semua pakai kemas-kemas. Yang wanita, ramai pakai gaun putih. Apa ni? Apa ni? Memang hari jumaat ni semua yang bekerja di pejabat kerajaan kena pakai baju gaun pengantin ke bila masuk ofis?

Wait

Baju pengantin?

Oh, nak kahwin secara pukal rupanya. Aku lupa pula hari ni kan tarikh paling cantik tahun ini. 11 November 2011 atau 11.11.11. Ala-ala romantiknya abang-abang ni nak ajak pasangan depa kahwin pada tarikh paling keramat pada tahun ni.

Terharunyanyaaaa!

*******

Aku tengok, ramai bebenor memilih tarikh-tarikh yang cantik seperti 11.11.11/20.11.2011 dan sebagainya untuk melansungkan segala macam benda istimewa. Plus, semalam member aku pakwe dia ajak couple genap pada tarikh 11 November. Memang nampak romantik betul bila lamar makwe kau dekat tarikh yang cantik. Sumpah, kalau ditanya pada semua para gadis di luar sana, hampir separuh nak tarikh-tarikh cun untuk adakan hari istimewa.

Bagi aku, tak.

Aku tak suka sangat pilih tarikh-tarikh special ni. Plus, aku rasa terdapat beberapa perkara yang aku fikir jika kita pilih tarikh yang special edition ni, akan memberikan kesan buruk semula kepada kita yang kaum lelaki ni terutamanya. Takde la buruk sampai tahap membawa maut akibat tercekik selipar. Cuma ini antara punca kenapa aku takkan pilih tarikh-tarikh yang rare ni untuk dijadikan hari special untuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience