#5 Kenapa Lelaki Tak Suka Dicall 24 Jam (Bahagian 1)

Humor Completed 16387

#5
Kenapa lelaki tak suka dicall 24 jam (Bahagian 1)

Ada sekali tu aku lepak minum-minum dengan member aku. Ketahuilah

bahawa bila lelaki dah lepak dekat kedai sambil makan serta minum, dah sama macam lepak dekat disco dah pergi dia. Walaupun sebenarnya takdelah disco pun, cuma kedai mamak je. Tapi macam disco impak dia. Eh faham tak ni? Maksud aku, kami berborak tu dah macam orang mabuk dah. Berborak dari benda logik seperti bola sepak, kerjaya, dan kereta ke benda tak masuk akal seperti teori perempuan mampu makan lebih

banyak dari lelaki, bumi sebenarnya petak, dan sebagainya. Itu lelaki. Dia punya tahap merepek tu boleh pergi jauh dengan satu tangki penuh. Serious. Tapi, aku ceritakan ni pasal group aku la. Group lelaki aku tak sure. Dengar cerita banyak sembang benda lucah je. Hati-hati ya (pesanan penaja).

Selepas bercerita tentang isu apa Maria Ozawa buat selepas bersara, terkeluar satu persoalan dari kawan aku kepada aku. Dia tanya,

"Eh, kau tak rimas ke kalau awek kau selalu call kau?"

Well, actually tak sebenarnya. Sebab bagi aku bila awek kau call kau setiap hari, bermakna dalam kepala dia, dalam ingatan dia, dalam hati dia tu besar kemungkinan cuma kau sorang saja yang duduk. Tak ke bangga tahap kembang hidung? Dah boleh mula bajet kamu ini adalah lelaki yang paling hot didunia.

Girl, please take note. Lelaki yang suka korang, tak kisah pun korang nak call dia. Faham?

Kemudian, soalan bertukar,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience