Tentang Kenapa

Humor Completed 16387

Tentang Kenapa?


Kenapa menampilkan beberapa persoalan yang dimulakan dengan kenapa. Hampir semua kenapa yang diijawabkan dalam cerita kali ini adalah berkisarkan tentang cinta dan semua jenis jawapan adalah dijawab berdasarkan pengalaman saya sendiri. Pengalaman kita mungkin tak sama dan jawapan kita mungkin salng bercanggah seandainya perbualan ini terjadi dalam keadaan berdepan. Tapi hey,

semoga perbezaan kita tidak memisahkan kita? Sorry takde kena mengena.

Cerita di dalam naskhah ini ditulis semasa aku aktif menulis blog dari tahun 2010 sehingga tahun 2014. Kalau aku terbitkan segar dari penulisan lama tu terus kepada naskhah yang baru ni, mesti korang akan benci aku tahap super sampai mencarut-carut. Sebab masa tu, kemahiran aku untuk menulis boleh dikatakan berada pada tahap teruk, namun idea aku masa tu boleh pakai sebenarnya (tak lepas peluang puji diri sendiri). Cuma itulah. Masa tu, aku banyak sangat gunakan shortform dan juga susun atur ayat yang aku sendiri pun tak faham (marah betul aku pada pembaca aku masa tu yang tak bagitau pun aku menulis dengan cara yang sebegitu teruk).

Makanya, ini adalah karya yang sudah disucikan kembali oleh aku yang sekarang (2016). Semoga karya ini terus hidup dan kalau aku masih hidup dan masih menulis 10 tahun selepas ini (harapnya aku akan terus menulis sampai bila-bila), karya ini tidak perlu melalui proses pensucian yang melibatkan hampir 80% pengubahan susun atur ayat dalam jalan cerita.

Semoga.

Assalamualaikum.

Mikael Sahaja

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience