#3 Kenapa Jangan Pilih Tarikh Yang Special... (Bahagian 3)

Humor Completed 16387

#3
Kenapa jangan pilih tarikh yang special untuk hari yang special (Bahagian 3)

2. Mana-mana korang pergi masa tu confirm sendat, penuh, padat, dan semak.

Korang adalah lelaki paling sweet dalam dunia.

Maka, korang pun plan sebuah honeymoon yang baik punya untuk kekasih korang. Ke Kota Paris! Bestnya ya ampun. Semua jenis flyer dah korang ambil dan usha pakejnya. Segala benda info pasal percutian paling romantik dalam dunia dah korang tahu. Hotel mana best senggama pun dah usha dengan member yang pernah pergi. Well, cuma tinggal nak reserved the place for two je sekarang ni.

Tapi, hancur lebur segala impian senggama bersama apabila tarikh keramat yang korang pilih itu penuh. Fully booked. Kecewa tak? Kecewa tak?

Maka, dating dekat atas bukit sambil lihat bintang dan mulut gagau ayam KFC pun jadi la.


Why this happen?

Baiklah, cuba fikirkan. Dalam dunia ni, bukan korang jer yang fikir tarikh 11.11.11 itu cantik, kewl lagi awesome. Bersepah. Dan aku rasa hampir kebanyakan orang fikir benda yang serupa. Cuba bayangkan macam tadi dekat putrajaya aku rasa adalah dalam hampir seratus pasangan berkahwin serentak. Well, bukan di Putrajaya sahaja yang suka duit. Ramai lagi institusi bersifat kapitalist yang gilakan duit. Cuba bayangkan yang dalam selangor pulak. Then, dalam Semenanjung pulak. Ramai tak?

Ramai tak?

Itu baru plan nak kahwin. Belum lagi yang memilih untuk bersahabat, bercouple, bersenggama, bercium, berpegang tangan dan bertentang mata pada tarikh yang dikatakan keramat dan rare tu. Hey, jangan ketawa la. Ada orang yang berpegang tangan pertama kali pun nak pilih tarikh keramat tahu! Diorang pun mesti nak celebrate jugak.

Maka, bersepah-sepah la orang mahu celebrate. Sia-sia je perancangan awal korang yang kunun cantik tu.

Nak pilih tarikh 11.11.11 lagi tak?

3. Tiada lagi keistimewaan dalam tarikh special.

Aku tak tahu la korang tapi kalau aku, aku tak suka berkongsi benda yang serupa dengan ramai orang. Terutamanya benda-benda yang special seperti tarikh pertama kali senggama bertemu. Well, walaupun aku lelaki, aku ni jenis lelaki yang sweetnya ala guka-gula tau. Hihu.

Memang la kalau nak pilih satu tarikh yang satu dunia tak guna tak boleh. But, fikir camni.

Korang mengadakan reunion balik dengan kawan-kawan sekolah korang. Semua dah kahwin sebab umur memasing pun dah cecah 40. Yang tak kahwin, mesti duduk rumah. Kunun malu. Tak pun, dia gay.

Dan korang pun jumpa balik dengan enemy korang yang paling korang benci sebab dia ni mulut becok plus kerja nak meramas merampas balak korang jer time sekolah dulu. Tapi, dia ni tak tahu korang benci dengan dia, korang pun berbual;

“Eh Jabrah!! Ramainya anak kau. Dua belas orang ye?”

“Hik hik, biasalah. Proses hari-hari tau! Hiikhookhiikhook!”

“Eh, bila yek kau kahwin?”

“Alaaaa, tarikh paling best dalam dunia tahuuu. Special! 11.11.11. Romantik kan laki aku tuuu?”

“Eh, kebetulan! Ahkak pun kahwin time tu jugakkk!! Eh-eh sama lah!!! Kita

memang besfwen kan!!! Kan!!”

“Err,”

Rasa special lagi ke?

Mahu minta cerai dengan laki pastu rujuk balik. Kehkeh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience