Aku memilih Muhammad Daniel Islam Bin Abdullah bukan kerana cinta yang membabi buta, tapi kerana dia memiliki ciri-ciri seorang lelaki yang aku yakin mampu memimpin aku membina rumahtangga yang berlandaskan kehendak Agama.
Walaupun dia tidak dilahirkan Islam tapi dia mampu menghayati agama Islam dan sedaya upaya cuba melaksanakan amanah Allah sebaik mungkin.
Dia yang telah menjadi yatim piatu ketika kecil, dibesarkan oleh abangnya yang bertugas sebagai pensyarah disini dan telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis melayu.
Walaupun Daniel diberi kebebasan untuk memilih Agamanya sendiri namun dia telah lama terpesona dengan ajaran Islam.
Dibesarkan oleh abang dan kakak iparnya yang menjadikan agama Islam sebagai pegangan hidup, juga melihat kebahagian mereka membuat dia tidak ragu-ragu untuk memilih menjadi umat Islam.
Aku cukup kagum dengan sikapnya yang tidak pernah alpa dalam menjalankan perintah Allah.
Ramai lelaki yang ku kenali sebelum ini dilahirkan Islam tapi hanya Islam pada nama, jika tanggungjawab pada Tuhan yang menjadikan kita tidak dijalankan, mana mungkin mereka mampu menjadi suami yang bertanggungjawab, jesteru itulah aku memilih Daniel.
Malah ibu dan abah juga berpendapat Daniel adalah pilihan yang terbaik buatku.
Tapi yang mengganggu hati dan perasaanku adalah Tok Ayah, mampukan aku mendapat restunya nanti???
Seperti selalu, kami akan mengunjungi Tok Ayah pada setiap hujung minggu.
“Sedap cucu Tok Ayah buat kopi, kena rasa pahit manisnya. Macam ni dah boleh kahwin dah..” Usik Tok Ayah sambil menghirup kopi dan menikmati jemput-jemput pisang yang aku masak.
“Memang dah ada yang bertanya, ayah.” Sampuk abah.
Share this novel