BAB 5

Spiritual Completed 1466

“Tok Ayah sanggup nak tengok Shika merana??”

“Bukannya kau tak boleh bahagia kalau kau berkahwin dengan bangsa kita, kalau kau mahu, Tok Ayah sendiri akan carikan calon yang sesuai buat kau.”

“Tapi Shika sudah punya pilihan Tok Ayah!! Dan Shika tetap dengan keputusan Shika.”

“Kau juga nak menentang Tok Ayah. Shika, kau tahu nama NurshafaShika itu aku pilih kerana ia bermaksud cahaya penawarku, dan kaulah penawar kelukaan hati Tok Ayah selama ni, tapi kini penawar itu telah bertukar menjadi racun. Kalau kau semua tetap dengan keputusan yang kau orang buat, jangan pijak lagi rumah aku, aku haramkan rumah aku untuk kau semua!!” Ucap Tok Ayah, sebelum turun meninggalkan kami.

Dalam perjalanan pulang aku tersedu menahan kepiluan hati, kata-kata pujukkan ibu dan abah tidak dapat melegakan perasaanku. Aku merasa benar-benar kehilangan Tok Ayah, insan yang sangat ku kasihi dan mengasihi diriku.

Akhirnya, walaupun tanpa restu Tok Ayah, aku dan Daniel disatukan, apa yang amat menyedihkan aku, dihari perkahwinanku tak seorang pun adik beradik abah yang hadir.

Bukan mereka tidak sudi datang tapi Tok Ayah telah bersumpah, siapa yang turut meraikan perkahwinanku juga tidak akan diakui keturunannya.

Menitis airmataku bila membaca nota kecil mengiringi hadiah pemberian Azira, sepupu yang paling rapat denganku.

‘Maafkan Ira, Shika. Ira nak sangat datang, tapi Tok Ayah izinkan.’ Tulis Azira.

Dua kali abah dan ibu pulang menjengok Tok Ayah di kampung tapi hampa kerana Tok Ayah tidak membuka pintu untuk mereka. Aku benar-benar rasa bersalah pada abah, demi kebahagianku dia sanggup disingkirkan oleh Tok Ayah.

Namun, kami tidak pernah berputus asa, Daniel dan aku kerap melakukan solat hajat mohon Allah melembutkan hati Tok Ayah untuk memaafkan dan menerima kami semula..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience