BAB 7

Spiritual Completed 1466

“Abah minta maaf bagi pihak Tok Ayah, Redza. Lain kali tak payahlah Redza bantu Tok Ayah, orang tua tu keras hati.” Kata abah yang merasa bersalah melihat perlakuan Tok Ayah.

“Tak apalah abah, kalau saya mengalah bermakna saya membenarkan anggapan buruk Tok Ayah kepada saya, manalah tau lama-lama nanti terbuka hatinya menerima saya.” Balas Redza yakin, semangatnya mengagumkanku.

Malam itu, abah dan ibu pergi ke majlis kenduri tinggal aku dan Redza dirumah.

Selalunya abah yang akan mengambilkan air sembahyang Tok Ayah bila masuk waktu solat, tapi bila Redza cuba membantu, Tok Ayah menjerit-jerit memarahinya.

“Jangan sentuh aku, Shika..Shika..aku tak mau kafir laknat ni ambilkan aku air sembahyang tepi laknat tepi!!” Jerit Tok Ayah memeranjatkan aku.

“Tok Ayah, saya tak marah kalau Tok Ayah nak kata saya pun, tapi janganlah kafirkan saya. seperti Tok Ayah, Allah itu adalah Tuhan saya, Nabi Muhammad merupakan nabi saya. Saya tidak minta dilahirkan sebagai orang Inggeris tapi ia adalah ketentuan takdir saya, seperti Shika yang di takdirkan menjadi isteri saya. Mengapa Tok Ayah tidak boleh menerima semua ini dengan redha. Tidak yakinkah Tok Ayah dengan ketetapan Allah. Allah tidak memandang warna kulit dan keturunan kita, tapi pada kekuatan iman dihati kita ini.” Itulah pertama pertama kali aku mendengar Redza bersuara menjawap kata nista yang sering dilemparkan oleh Tok Ayah.

“Kalau benar kuat iman kau, kau takkan rampas kebahagiaan aku!!! Itu semua lakonan kau, dulu anak aku pun macam Shika terpengaruh dengan bangsa kau, akhirnya dia mati sebagai kafir!! Kalau dia dengar cakap aku, tentu dia takkan kufur!!” Jerit Tok Ayah.

“Saya tidak pernah berniat merampas kebahagiaan Tok Ayah, saya memeluk Islam bukan kerana Shika tapi kerana Allah telah memberikan hidayahNYA. Saya memilih Shika kerana bagi saya dia seorang Shika ta yang baik, bukan kerana niat nak menyesatkan dia. Tidak bolehkah Tok Ayah terima hakikat itu??” Jawap Redza menyebakkan dadaku. Aku duduk disisi Redza memandang wajah berang Tok Ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience