BAB 6

Spiritual Completed 1450

Memang sukar mengharapkan penerimaan Tok Ayah, umpama mengharapkan keajaiban berlaku.

Mungkin inilah takdir yang harus aku terima, selama inilah takdir yang harus aku terima. Kalau selama ini perjalanan hidupku sentiasa mudah, barangkali inilah dugaan buat aku.

Masuk bulan kelapan perkahwinan kami, kami dikejutkan dengan berita Tok Ayah diserang stroke, sudah tidak dapat bergerak sendiri segala-galanya memerlukan pertolongan orang.

Mak Uda terpaksa meminta bantuan abah, untuk menjaga Tok Ayah kerana dia dan suami bekerja Walaupun tanpa kerelaan Tok Ayah, dia dibawa ke rumah kami memandangkan abah sudah bersara, dapatlah dia menjaga Tok Ayah dengan bantuan ibu sepenuh masa.

Tersayat pilu hatiku, melihat tubuh Tok Ayah yang kurus kering. Kalau dulu segalanya diurus sendiri kini segalanya dia perlukan orang lain untuk membantu.

Mak Uda terpaksa meminta bantuan abah menjaga Tok Ayah memandangkan abah telah bersara dapatlah dia menjaga Tok Ayah dengan bantuan ibu.

Tersayat pilu hati memerhatikan tubuh kurus Tok Ayah yang terlantar ditilam, Tok Ayah yang dulu gagah, tiba-tiba terbaring tak berdaya. Cadangan Daniel agar aku berhenti kerja bagi menjaga Tok Ayah, aku terima dengan penuh kesyukuran tambahan pula tak lama lagi kami akan menimang cahayamata jadi aku tidak keberatan melepaskan jawatanku.

Walaupun Tok Ayah mula menerima kembali abah, ibu dan aku tapi Redza, sebelah mata pun dia tak sudi memandang.

Pernah sekali ketika Tok Ayah memanggil aku minta minuman, Redza yang ada segera datang menghulukan air. Dengan hati-hati kepala Tok Ayah dipangku dan air disuakan ke mulut Tok ayah tanpa kuduga, Tok Ayah meludahkan air itu ke muka Redza dengan sumpah seranahnya yang merobek perasaanku tapi Redza menerima itu semua dengan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience