BAB 4

Spiritual Completed 1466

Tambahku, aku tidak mahu abah dan Tok Ayah bertelingkah keranaku.

Dua minggu kami tidak pulang selepas peristiwa itu, masuk minggu ketiga, abah mengajak kami pulang. Katanya sudah cukup masa yang diberikan untuk Tok Ayah berfikir, tapi kami tahu harapannya terlalu tipis untuk Tok Ayah menerima keputusan yang telah diambil oleh abah, untuk tetap menerima Daniel.

Tok ayah menyambut kepulangan kami seperti biasa, selepas berjemaah solat Asar macam biasa kami menikmati minum petang.

“Ayah mengenai soal Shika hari tu..” Abah bersuara bila melihat Tok Ayah telah selesai menikmati juadah petang itu. Aku menggenggam tangan ibu yang duduk disebelahku.

“Tidak ada apa yang perlu aku cakapkan lagi Zim. Kau bukan budak-budak, tentu kau dah faham dengan apa yang aku cakapkan dulu.” Tegas Tok Ayah.

“Tapi Shika dan Daniel dah sama-sama suka, ayah. Saya tak sanggup nak memusnahkan harapan mereka. Seperti ayah, saya juga mahukan yang terbaik buat Shika. Pada saya, Daniel tu tak ada kurangnya. Saya minta maaf, kerana terpaksa ingkar dengan tegahan ayah, itu keputusan saya.”

Tok Ayah merenungi abah dengan mata yang merah, tangannya yang mencengkam tepi kerusi kelihatan menggigil.

“Kau dengar sini Azim, kalau kau tetap dengan keputusan kau itu, aku takkan mengaku kau anak lagi, begitu juga kau Zah dan kau Shika ingkar bererti kau bukan cucu aku lagi!!” Kata Tok Ayah dengan suara yang bergetar.

“Tok Ayah, sampai hati Tok Ayah cakap macam tu. Selama ni, Shika tak pernah membantah cakap Tok Ayah. Hajat Tok Ayah nak lihat Shika jadi ustazah, Shika tunaikan walaupun Shika ada cita-cita sendiri, setiap pesanan Tok Ayah tak pernah Shika lupa, untuk sekali ini Shika merayu restuilah pilihan Shika.” Rayu aku pada Tok Ayah.

“Tidak Shika !! Cukup sekali keturunan aku menderhaka kepada Tuhan, mencemar maruah keluarga dan bangsanya, takkan aku biarkan kau pula mengulanginya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience