Chapter 8

Mystery & Detective Completed 5277

BAB 8

Doktor itu turut memandang ke arahku. Dia juga seakan masih ingat wajahku. Oh, tidak. Sudahlah aku tidak langsung mengucap terima kasih kepadanya. Haish, kenapa dalam banyak-banyak doktor mesti dia yang mengubati Pak Dhabi????

“Oh, awak tadi ya yang hampir dilanggar myvi tadi kan?” soal doktor itu.

Aku tidak menjawab. Hanya mampu mengangguk dan menundukkan muka.

“awak okay? Tiada yang cedera kan?” tanya doktor itu lagi.

Peliknya. Tadi dia marah, sekarag punyalah baik. Tanya itu ini. Mungkin sebab ibu ada di sini. Jadi dia tidak mahu menampakkan dia kurang ajar. Haa..betul tu. Ishh kenapa aky memikirkan dia..aku ada masalah yang lagi besar. Pak Dhabi akan meninggalkan kami!!!!!

“Ibu, siapa mahu kita panggil bu?”

“Ibu cuba call Mak Mariam nanti ya. Kita tetap kena beritahu mereka!, “ kata ibu dengan nada tegas.

Aku dan ibu hanya mampu melihat Pak Dhabi yang terlantar di katil hospital sambil seluruh badannya dibalut wayar dan tangannya yang dicucuk jarum sana sini. Oh, sungguh kasihan aku melihatnya.

Aku bingung dengan keadaan sekarnag ini. Apa yang perlu aku lakukan. Pak dhabi tiba-tiba baik dengan ku menawarkan perkerjaan, adakah dia tahu dia akan pergi meninggalkan kami?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience