Chapter 2

Mystery & Detective Completed 5277


Bab 2

“Dodet, ambilkan aku air masak satu gelas!”

Ah, suara itu lagi! Paling dibenci aku mendengar suaranya. Sudahlah garau, lantang pula. Aku bukanya pekak. Aku masih muda, cantik dan paling ‘hot’ di antara gadis-gadis di universiti dulu tau. Haha…memang aku kuat perasan dan berangan.

Apa salahnya, bukanya orang lain tahu pun. Sambil jalan mengambil air pun aku boleh berangan tau. I am the most beautiful girl in the world!

“Pak, ini air yang diminta tadi pak,” ujarku sambil tangan menghulur segelas air masak.

Dhabi menyambut gelas dan aku segera mengorak langkah meninggalkan biliknya. Bilik yang bersaiz sederhana besar dilengkapi dengan set bilik tidur bewarna keemasan yang memang merupakan kegemaranku semenjak dari kecil lagi.

Meja membaca besar dan katil yang empuk lagi selesa menambahkan lagi keindahan bilik tersebut. Dah rasa macam tersesat kat istana kayangan.Langkahku percepatkan untuk sampai ke pintu dan keluar. Aku malas hendak melayan karenahnya. Dhabi seorang pembengis. Tiada siapa sukakannya. Termasuk aku.

Teringat lagi peristiwa lama ketika aku merosakkan pasu buruknya dahulu. Teruk aku dimarahnya. Dimaki, diherdik, dicaci. Sejak itu aku membencinya. Sampai sekarang perasaan benci itu tetap segar.

Walaupun dia berjasa menampung kos belajar ku ke luar negara. Aku tidak peduli. Layanan dia kepada ibuku juga tidak pernah aku sukai. Sambil kaki melangkah laju ke pintu untuk keluar dari bilik bacaan itu, satu suara kedengaran.

“Dodet, mari sini sebentar,” suara bengis itu memanggilku. Oh tidak. Apa pula yang dimahukannya kali ini. Dengan lemah aku mematikan langkah dan kembali semula menghadap Dhabi.

“Ya, pak..err..ada apa lagi pak?”soal ku.

“Kau sudah habis belajar bukan? Apa mahu kau buat lepas ni? Kerja? Atau kau boleh tinggal sahaja di sini membantu ibumu.
Aku bayar gajimu sama taraf dengan kelulusanmu,” ujar Dhabi dengan penuh harapan.

Aku terdiam sebentar. Apa perlu aku jawabkan? Aku tidak mahu jawapanku membuatkan dia marah. Siapa mahu belajar di universiti hanya untuk menjadi pembantu rumah? Meskupun gaji yang diberi setaraf dengan kelulusanku. Oh tidak!

“Kau mahu atau tidak? Atau kau perlukan masa untuk berfikir?”

“Ya, saya perlu berfikir dahulu pak,saya perlu bertanya kepada ibu dahulu,”cepat aku menjawab.

“Baiklah, nanti kabarkan sahaja kepadaku. Buat apa bekerja dengan orang luar. Kerja sahaja dengan ku. Kalau kau mahu, kau boleh juga bekerja di syarikat aku. Buat apa hendak membazir masa pergi ke tempat lain.”

“Ba..baik pak. Saya akan kabarkan pada pak nanti. Bagi saya masa untuk berfikir juga ya pak,”jawabku lembut kepadanya.

Dengan perlahan mengatur langkar keluar.

Apa yang difikirkan orang tua ni? adakah dia sudah nyanyuk? Tidak mampu berfikir dengan betul? Atau dia sudah gila.

Atau dia ingin serahkan penjaga setannya kepadaku. Dengan itu dia berbuat baik kepadaku? Oh, tidak! Aku tak mahu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience