Chapter 4

Mystery & Detective Completed 5277



Bab 4

Puas aku mencari. Di dapur tiada, di luar tiada, di bilik tiada. Di mana ibuku pergi? Rumah banglo ini sememangnya sunyi tiada orang. Ada pun kami bertiga. Aku, ibuku dan juga Dhabi. Anak beranak Dhabi sudah tidak tinggal di sini bersamanya lagi. Semua membawa haluan masing-masing. Aku langsung tidak mengetahui tentang hal keluarganya. Ibuku juga jarang bercerita mengenainya dan aku malas bertanya.

Dhabi sangat misteri. Secara tiba-tiba perasaan ingin tahu aku mengenai Dhabi semakin memuncak. Ada juga yang mengatakan semangat mistik Dhabi diwarisi dari ibunya Sukirah. Dikisahkan, setelah Dhabi lahir, Sukirah menghilang selama 40 hari lamanya. Tak seorang pun yang tahu ke mana dia peergi. Setelah pulang dia mengaku bertapa untuk masa depan anaknya yang baru dilahirkan itu. Sekarang umur Dhabi sudah mencecah sehingga 80 tahun.

“Dodet, apa yang kau menungkan lagi. Ish budak ni suka sangat termenung!”

“Eh, ibu dari mana? Puas Dodet cari tadi”

“Ada je kat luar buang sampah,” rengus ibu.

“ibu, semalam Pak Dhabi cakap something pada Dodet.”

“Erm, apa dia?”

“Pak Dhabi offer Dodet kerja dengan dia. Sama ada di rumah ni atau di syarikat dia. Keputusan di tangan Dodet. Apa kata ibu?”

Terbeliak mata ibuku mendengarnya. Dia seakan-akan terpaku sebentar. Kalau dalam movie, ibarat di ‘pause’ gitu.
“Ibu..!”

“Errr…betul ke dia kata macam tu Det?” soal ibuku.

“Betulah, bu!!! Dia kata gaji dia bayar sama banyak macam yang sesuai dengan kelulusan Dodet. Tapi Dodet masih bingung. Sudahlah dia tanggung semua pembelajaran Dodet, ni kerja pun dia mahu bayarkan gaji. Det rasa serba salah ni bu.”

“Hm, Det fikirkanlah masak-masak ya. Ibu sokong saja. Ibu nak masak nasi. Karang bising orang tua tu,” kata ibu sambil terus berlalu.

“I….ibu….,” haih orang tua sorang ni. Bukannya nak bagi pandangan dia. Kita pulak yang kena fikir sendiri.

Memang rungsing kalau begini. Apa yang patut aku lakukan. Bagaimana kalau teori Dhabi nak turunkan ilmu dia dan berbaik denganku sebagai umpan adalah betul? Ahhh, parah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience