Bab 5
Pagi ini kami dikejutkan dengan jeritan Dhabi. Habis kecoh satu rumah. Dhabi lelah lagi. Awal pagi lagi ambulans sudah datang ke rumah ini dan membawanya pergi. Risau sungguh ibu. Aku pon risau juga. Mana tidaknya, masuk kali ini sudah enam kali dia dimasukkan ke dalam hospital dalam bulan ini. Makin teruk penyakitnya itu. Tapi dia masih panjang umur.
Harapnya kali ini umurnya masih panjang lagi. Haih, entah kenapa walaupun aku membencinya. Namun jauh di sudut hartiku masih ada perasaan sayang kepada orang tua itu. Mungkin aku sundah megenalinya sejak kecil.
Dari kecil memang wajah itulah yang aku nampak. Dia pun yang sebenarnya seorang yang baik. Tidaklah pembengis dua puluh empat jam.
“Jom Det, ikut ibu ke hospital,” panggi, ibuku dalam nada tegas. Sambil tangannya ligat mengemas tas tangan dan menyarungkan tudung di kepalanya.
“Baik bu..Dodet tengah bersiap ni,” aku juga ligat menyarungkan tudung bersama kemeja polosku. Tidak perlu bercantik-cantik di waktu ini. Tidak sempat!
…….
Sampai sahaja di hospital kami terus dibawa berjumpa dengan doktornya. Tiada wakil dari pesakit.
Di mana pergi anak-anaknya entah. Pak Dhabi dah sakit begini tapi anak-anaknya tidak pernah datang melawatnya. Ibarat dia sudah tidak wujud lagi. Mungkin nanti bila sudah mati baru terhegeh-hegeh mencarinya. Itu pun untuk menuntut harta agaknya! Huh! Terunya perangai manusia masa kini.
Share this novel