Bab 9
Hari kedua Pak Dhabi dimasukkan ke hospital. Kami tetap datang melawatnya. Ibu sudah pun menelefon ahli keluarganya namun mereka tidak berkata apa. Hanya mengucapkan terima kasih kerana memberitahu perkara itu. Memang sah ahli keluarganya sudah memulaukan Pak Dhabi.
Pak Dhabi kini berseorangan. Oh, tidak kami ada anak beranak menemankan dia. Kasihan aku melihatnya. Hartanya banyak.namun ahli kelaurga pergi meninggalkannya. Apa guna harta yang banyak bukan?
Sebaik sahaja masuk ke dalam wad Pak Dhabi aku melihat beberapa manusia berpakaian kemas sedang berkata-kata pada Dhabi. Pak Dhabi sudah terjaga. Tapi siapakah manusia-manusia itu? Aku terus mendekati mereka.
“Pak, kawan bapak ke ni?”
“Ha, sudah datang pun kamu Det…ini peguam pak. Dia akan uruskan segala harta aku nanti. Dan aku dah amanahkan dia untuk memberinya kepada kamu dan ibumu. Aku ikhlas. Tiada siapa lagi yang boleh aku beri. Hanya pada kau saja anakku..” ujar Dhabi.
“Apa? Anak? Saya bukan anak Pak.. pak saya sudah mati lama…”
“Tidak, kau adalah anakku. Anak aku dan ibumu. Aku merahsiakannnya sebab aku sudah berkahwin ketika itu. Tapi kini waktuku sudah sampai. Aku tidak mungkin merahsiakannya lagi. Ibumu adalah isteri keduaku,” terang dhabi.
Aku seakan tidak percaya!!! Ibarat sebuah batu besar menghempap kepala ku.
“Tidak..tidak mungkin..!!!!” kataku sambil berlari keluar. Aku perlu dapatkan penjelasan ibuku. Ibuuu!!!!
Share this novel