Chapter 3

Mystery & Detective Completed 5277



Bab 3

Mataku terkebil-kebil memandang kipas yang ligat berpusing di atas kepalaku. Bukan kipas itu yang menjadi tajuknya sekarang. Tetapi tawaran menarik yang diberikan Dhabi itu tadi.

Ibuku sudah lena dibuai mimpi. Hajat ingin bertanya kepadanya. Tetapi mungkin tidak lena tidurnya pula nanti. Tidak mengapalah. Ada waktu sesuai akan aku ceritakan kepada ibu.

Yang membuatkan aku tertanya-tanya. Kenapa dia begitu baik kepada aku? Aku keliru.

Tawara pertama sebagai pembantu rumah itu, sudah aku tolak mentah-mentah. Tetapi bekerja di syarikatnya. Itu sangat menarik! Syarikatnya sungguh besar dan maju. Gilalah kalau aku menolaknya. Tidak perlu bersusah pergi mencuba nasib di tempat lain yang belum tentu ada peluang kerja.

Tapi, aku risau jika-jika ada udang di sebalik batu. Yelah, dia takkan baik dengan aku tanpa sebab. Soal orang mengatakan dia membela setan di bilik bacaannya.

Aku pon meragui itu. Kerana bilik itu tidak pernah sesiapa pun memasukinya selain dia sendiri. Dhabi amat marah jika ada orang yang masuk ke dalam bilik itu. Malah, kunci bilik itu dibawanya ke mana sahaja. Tiada siapa membersihkannya walau sekali.

Haih, semakin pelik Dhabi ni. Mungkin dia sudah nyanyuk. Atau sudah mahu mampus.

Mataku memang sudah mengantuk, namun fikiranku aktif berfikir. Ahh, aku mahu tidur. Soal Dhabi, esok aku selidik lagi. Aku mahu jawapan yang pasti sebelum membuat keputusan. Jangan nanti senang yang aku dapat, tapi susah di kemudian hari. Tidak mahu aku menjadi waris kepada setan belaannya. Urgh…tidak sama sekali!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience