BAB 8

Romance Completed 6648

“Mommy!!!!”

Ah sudah anak sulung aku dah menjerit. Entah apalah yang adik dia buat lagi!

“Aqil Ziqri!!”

Laungku dari bilik laundry. Anak kedua aku itu memang nakal. Perangai dia sebiji macam pak long dia aka abang aku. Kuat main game, kuat menyakat abang dia dan paling tak boleh blah muka dia sebiji papa dia. Mata sepet…

Aqil Thaqif, anak sulung aku pula seorang yang pendiam. Redha aje bila dibuli adiknya dan hanya menjerit memanggilku bila adiknya tak berhenti mengacaunya. Anak sulung aku pula banyak mengikut wajahku. Itu yang nampak hensem hahaha…

“Haa apa anak papa ni dah buat kat abang? Berapa kali papa pesan jangan nakal-nakal?”

Manja Aqil Ziqri memaut leher papanya yang baru sahaja pulang dari kerja. Aku mengucup tangan suamiku sebelum mencubit perlahan pipi Aqil Ziqri. Geram bebenor aku dengan gelagat anakku yang berusia empat tahun ini. Si kecil itu hanya menayang giginya. Suka pula kena cubit pipi.

“Sayang, malam ni tak payah masak. Kita makan kat luar ye?”

Cadangan encik suami kusambut gembira. Bolehlah aku cuti memasak hari ini.

“Makan mana?”

Ziqri aku ambil dari dukungan suamiku. Kasihan balik-balik kerja dah kena dukung budak nakal kemain ni.

“Mohd Chan kat Bukit Beruntung okey?”

Aku mengangguk sahaja. Suamiku, Wong Jun Hong yang kini bergelar Muhammad Harraz Wong. Betul-betul menepati janjinya untuk melamarku tiga bulan dari tarikh kenduri Khalil.

Kini sudah enam tahun kami melayari bahtera rumahtangga dan dia seorang Muslim yang betul-betul menjaga aku dari segala segi. Katanya dia Muslim dahulu sebelum bergelar suami jadi agama diletakkan pada tempat pertama dan alhamdulillah dia banyak membimbing aku. Macam terbalik pula kan? Padahal aku yang Islam sejak lahir ini yang membimbing dia. Hidayah itu milik Allah dan aku bersyukur kerana jodohku tertulis untuknya. Doakan jodoh kami kekal sehingga ke syurga ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience