BAB 4

Romance Completed 6648

Sampai sahaja dihadapan rumah aku, si apek itu tak terus balik. Nak-nak lagi nampak kelibat abah aku yang dah sedia menunggu di pagar. Risau bebenor Encik Hafiy Irsyad bila dengar aku balik dengan dihantar oleh si apek mata sepet.

“Selamat sejahtera Encik Hafiy.”

Laa..dia ingat ini sekolah ke apa? Tercengang abah aku melihat si apek yang begitu ‘gentlemen’ menyapanya dengan senyuman lebar pula tu. Kalah David Teo bila jual barang dalam cerita ‘I’m Not Single’ ahaha…

“Selamat sejahtera. Terima kasih sebab hantarkan anak perempuan saya ni. Jemput masuk..err apa nama kamu?”

Abah aku pun dah terikut gaya sopan lagi berbudi bahasa si apek.

“Nama saya Wong Jun Hong. Panggil saya Jun Hong. Tak mengapalah, dah lewat sangat dah ni. Saya balik dulu ye. Safiya, jumpa esok ye.”

Si apek senyum lebar dengan siap tayang gigi putih bersih. Aku yang tetiba jadi pemalu hanya mengangguk. Kelu lidah bila tengok si apek jadi sopan kalah perempuan Melayu versi terhad.

“Baik betul budak tu. Kawan sepejabat kamu ye Safiya?”

Abah tercinta dah memulakan operasi soal siasat. Dari lagaknya aku tahu yang abah aku menyenangi budi pekerti si apek mata sepet.

“Dialah bos yang selalu buli orang! Entah kenapa baik pula dia malam ni kalau tak asyik nak menaga je bila dengan orang.”

Jawabku setelah melihat kereta Honda CRV si apek dah jauh meninggalkan perkarangan rumah abahku.

“Ye ke buli? Tengok elok je. Dah jom masuk. Mak kamu dah siapkan makanan untuk kamu.”

Abah mencubit geram pipi gebuku sebelum berjalan pantas masuk ke dalam rumah. Hehe takut aku balas dendam kat perut boroi dia lah tu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience