BAB 1

Romance Completed 6648

“Saya mahu awak betulkan design ini hari ini juga faham!”

Bam!

Fail dihempas ke atas meja. Adoi datang lagi mood tak betul dia ni! Perlahan aku kutip fail yang isinya tak segan nak berselerak diatas meja si sepet yang bikin aku angin tengah-tengah hari rembang ini. Ketua bahagian aku yang cerewet tahap gaban aku hadiahkan dengan jelingan tajam.

“Kenapa? Tak puas hati ke?”

Hok aloh! Lagi mau tanya ka apek? Tak nampak muka cemberut aku ke apa?

“Haah.”

Pantas aku tarik fail dan keluar dari bilik si sepet. Kadang-kadang aku keliru dengan jantina bos aku itu. Perangai macam orang yang senggugut sentiasa padahal lelaki. Tulen ke tidak haa yang itu aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu.

“Qai, kenapa lagi tu?”

Mak Bedah syarikat aku dah mula nak mengorek rahsia. Nama bukan main sedap, Nurul Mahirah tapi orang panggil dia Bedah sebab mulut dia yang tak reti nak diam dan suka mengorek rahsia.

“Biasalah, datang bulan la tu.”

Balasku lalu menyambung semula kerja. Terpaksalah aku korbankan masa makan tengah hari aku hari ini. Si sepet itu kalau kata hari ini, memang hari ini juga dia akan tuntut. Dengan mata sepet dan muka konon bengis dia itu memang buat aku bertambah geram. Rasa nak tarik je kelopak mata dia kasi besar sikit mata baru nampak betapa berdedikasinya aku pada syarikat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience