BAB 3

Romance Completed 6648

“Qaireen Safiya! Mari balik!”

Arahan kalah abah aku keluar dari mulut si mata sepet itu. Aku tahulah nak balik dan suka hati akulah nak balik pukul berapa! Yang dia sibuk sangat pasal kebajikan aku tu kenapa?!

Marahku terbantut apabila melihat Khalil yang turut tersenyum memandang aku yang pada ketika itu menayang wajah tak puas hati kepada apek mata sepet itu.

“Jom Qai, lewat sangat ni. Mari kami hantar balik.”

Tahu-tahu aje yang aku menumpang kereta adik aku hari ini. Kereta aku dipinjam oleh abang aku yang kononnya nak pergi polish kasi lagi cantik. Padahal aku tahu dia saje je nak bawa Veloster aku tu pergi mengurat. Suka sangat melenjan kereta aku yang unik itu.

Dalam kereta, semua pakat senyap. Yang kedengaran cuma suara deejay radio. Tak sangka pula aku yang si mata sepet ini dengar Hot fm. Sesekali aku nampak dia senyum mendengar celoteh deejay yang suka buat lawak sengal. Khalil pula awal-awal dah pengsan. Boleh pula mamat itu tidur selepas dua minit kereta bergerak. Dahsyat…

“Safiya, awak duduk area Damansara kan? Saya hantar Khalil dulu sebab rumah dia dekat-dekat sini.”

Pergh boleh pula si mata sepet ini cakap lemah lembut kalau tak asyik nak menaga aje.

“Tak susahkan awak ke hantar saya ni? Saya boleh je suruh ayah saya ambil.”

Aku pun terikut sekali bersopan-santun dengan si apek mata sepet. Kalau tak memang aku balas ayat selamba aku aje.

“Taklah, lagipun saya pun tinggal di Damansara juga.”

Dari cermin pandang belakang aku nampak si apek itu tersenyum memandangku. Muka aku mulalah nak memerah malu-malu. Entah apa kena dengan aku malam ini?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience