BAB 6

Romance Completed 6648

Tiba hari perkahwinan Khalil, aku datang dengan memakai baju kurung yang dibeli oleh Jun Hong. Sejak keluar membeli-belah dengan Jun Hong hari itu, aku dah tak panggil dia apek mata sepet dah. Perangai dia berbeza sungguh bila diluar pejabat sehinggakan adik aku si Qaireena yang introvert itupun boleh kamcheng dengan dia.

Abang aku tak usah ceritalah, hari-hari main game dengan dia. Oh hari itu aku bawa abang dengan adik aku sekali temankan Jun Hong beli baju. Jun Hong okey aje. Siap tanya aku kenapa tak bawa abah dengan mak aku sekali? Ini perli ke apa?

“Wei kau dengan apek tu dah rancang pakai sedondon ke apa?”

Soalan si Bedah aku biarkan berlalu tanpa jawapan. Terkejut juga aku melihat pakaian yang dipakai Jun Hong. Berbeza dengan apa yang dibeli hari itu dan memang sedondon dengan aku!

“Qai, terima kasih datang. Kenalkan isteri saya, Qisya Naazneen.”

Khalil meperkenalkan isterinya kepada kami. Cantik! Pertama kali jumpa model bertaraf antarabangsa secara berdepan memang berbeza sungguh gaya dan senyuman dia dengan perempuan biasa-biasa macam aku dan si Bedah ni. Patutlah Khalil terpikat. Jun Hong yang pada mulanya berdiri disebelah Khalil selamba sahaja beralih ke sebelahku.

“Hai, saya Qisya. Jemput makan semua. Jangan malu-malu.”

Manis senyuman si model hadiahkan pada kami. Mau ternganga mulut si Naif yang duduk berhadapan dengan aku. Kot ye pun control la beb!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience