BAB 7

Romance Completed 6648

“Awak bagi saya masa tiga bulan dari sekarang.”

Tiba-tiba sahaja Jun Hong bersuara setelah jauh Khalil dan Qisya meninggalkan kami. Aku memandang wajahnya pelik. Apa kena dengan si a..Jun Hong ni?

“Saya perlu membuat persedian dari segi rohani. Fizikal dah mantap dah.”

Bertambah pelik aku dengan Jun Hong yang sudah tersenyum sinis memandangku. Apa fizikal? Apa rohani yang dimaksudkan oleh dia ni?

“Saya sedang mendalami Islam. Hati saya dah terbuka untuk menjadi seorang Muslim setelah bekerja dan berkawan dengan awak Qaireen Safiya. Khalil juga banyak mempengaruhi keputusan saya ni. Selama ini saya tak beragama dan hati selalu rasa kosong. Bila saya tengok orang Islam pergi solat sebaik sahaja mendengar azan, saya rasa macam ada sesuatu yang menarik saya dan perasaan tenang meresap masuk ke dalam jiwa saya.”

Tercengang aku mendengar luahan hati Jun Hong. Tak sangka pula selama ini Jun Hong berperasaan begitu.

“Sejujurnya saya tertarik dengan awak. Jadi beri saya masa sebelum saya melamar awak.”

Okey aku tak tersedak seperti skrip drama biasa tapi aku rasa macam nak tercekik pun ada. Tak sangka Jun Hong ada perasaan kat aku yang selalu tak serupa perempuan.

“Saya..”

“Saya tak perlukan jawapan awak sekarang. Lagi tiga bulan saya akan berjumpa dengan keluarga awak. Jika kita ada jodoh tak ke mana kan?”

Lagi sekali aku rasa nak tercekik. Si Bedah disebelah aku tak perasan langsung dengan perbualan kami kalau tidak mesti satu dewan ini kecoh dengan mulut dia. Oh rupanya dia sedang seronok berbual ditelefon. Hmm nasib baik.

“Baiklah. Tunggu jela tiga bulan lagi.”

Balasku dengan senyuman. Buat apa aku nak pening-pening pasal hal yang tak pasti bukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience