BAB 2

Romance Completed 6648

“Qai tak nak pergi lunch ke?”

Pertanyaan si Bedah aku jawab dengan gelengan. Ingat senang ke nak tukar reka bentuk lain? Nak kena ambil kira dari segi aerodinamik ke tidak? Boleh kurangkan kos ke tidak? Haish macam-macam. Nasib akulah sebab rakan sejawat aku si Naif cuti sakit hari ini. Kalau tak bolehlah mamat keding itu tolong-tolong sikit. Dah kata pun satu kumpulan dengan dia.

Kerja dalam syarikat pembuatan kenderaan ini memang mencabar dan tak ramai perempuan yang menceburi bidang ini. Tapi disebabkan minat dan galakan dari abahku yang tercinta, aku dengan gembira menceburi bidang ini setelah menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan automotif.

“Qaireen Safiya! Masuk bilik saya sekarang!”

Fail berisi rekaan baru aku bawa sekali untuk mengadap maharaja China itu. Sakit jiwa pun aku buat tak kisah dengan dia sebab memang dah jadi sifat aku yang selamba dan aci redah aje.

“Dah siap belum design yang saya minta?”

Tanpa menjawab aku luncurkan fail ke arah si sepet. Nak bulat jugalah mata si sepet itu bila tengok gaya aku bagi fail kepada dia. Fail dibuka dan dia membelek lukisan rekaan aku dengan khusyuk.

Mana aku tahu dia khusyuk? Sebab aku ambil gula-gula kat atas meja dia pun dia tak perasan kalau tak mesti dia perli-perli aku. Mentang-mentanglah keluarga aku ada sejarah kencing manis.

“Hah, macam inilah yang saya mahu! Awak ni Safiya, kalau buat kerja elok-elok mesti bagus hasilnya. Ini tak, asal nampak macam kereta je awak terus hantar kepada saya.”

Kembang sekejap bila kena puji dengan apek mata sepet ini.

“Bukan saya tak mahu buat elok-elok, awak yang minta nak cepat. Asal nampak okey dan boleh gerak, saya bagilah awak tengok dulu.”

Qaireen Safiya kalau bab menjawab memang nombor satu! Siapa tak kenal anak peguam terkemuka, Hafiy Irsyad. Bab-bab menjawab memang akulah juara hehehe.

Muka si mata sepet itu berubah terus. Haa..kan aku cakap mesti dia naik angin balik. Perlahan aku minta diri dan keluar dari bilik dia sebelum dia bertukar menjadi naga. Belum sempat aku keluar, kepala aku terhantuk dengan pintu yang dibuka secara tiba-tiba dari luar.

“Ya Allah Qai, maaf saya tak sengaja. Awak luka tak?”

Wajah suci Khalil Irfan yang sedang membelek dahiku ku tatap sepenuh hati. Dah ada peluang kan? Berbeza gila perangai si sepet dengan Khalil yang memang menjadi pujaan gadis-gadis syarikat ini. Entah macam mana boleh pula si mata sepet dengan Khalil ini jadi kawan baik.

“Dia elok la tu. Senyap aje dari tadi. Hah kau kenapa cari aku?”

Kacau daun sungguh apek ni! Aku menggeleng dan terus keluar dari bilik pejabat si mata sepet itu. Tak ada kerja aku nak masuk campur urusan dia dengan Khalil. Oh Khalil..antara sebab aku tahan aje dengan perangai tak semengah si mata sepet itu walaupun aku boleh aje nak tukar tempat kerja lain. Masa praktikal dulu aku dah banyak buat ‘jaringan’ ala-ala Spiderman hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience