BAB 1

Romance Completed 2711

Dulu andai disebut tentang cinta, aku akan segera menyampuk. Maklumlah, tika itu, hatiku ini sedang ditiup angin asmara. Dia yang jauh aku rasakan sangat dekat.

Malahan, bagaikan ada di depan mata ku ini. Tetapi, tanpa aku sedari, dia yang kusangkakan permata, rupanya hanya kaca yang cuba berkilau seperti permata. Cinta yang kuhulurkan hanyalah sia-sia.

Dia pergi meninggalkan aku tanpa langsung aku sedari niatnya yang sudah lama wujud dalam hati kecilnya.

Kaki yang melangkah bagaikan tidak mahu berhenti walaupun kini aku berada di tengah-tengah jalan raya.

Herdikan demi herdikan aku terima, namun telinga ini kutulikan. Bagiku semua itu sudah tiada maknanya. Seperti hidup ini yang semakin gelap di saat kau mula melangkah pergi dari diri ini.

'DUMM'

Dentuman kuat itu jelas mengejutkan semua yang berada berhampiran. Tubuh seorang gadis terbaring kaku, di hadapan sebuah kereta, sudah dibasahi merah darah yang keluar dari dahi dan hidung gadis malang itu.

Semua yang berada berhampiran hanya memandang.

Dari celahan manusia yang mengerumuni badan gadis itu yang semakin layu, seorang jejaka mengangkatnya perlahan-lahan, tidak mahu mengakibatkan kecederaan gadis itu bertambah.

Pintu kereta yang tertutup rapat pantas dibuka oleh seorang lelaki yang lebih berusia. Mungkin itu pemandunya. Rosaklah sut mahal lelaki muda tu. Semua yang memandang berkata-kata dalam hati.

Namun, bagi jejaka itu, hidup gadis malang ini lebih mahal dari sut mewahnya yang boleh diganti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience