"Macam mana keadaan gadis tu, Rajiv ?"
"Nasib baik kau cepat bawa dia ke sini. Kalau tidak, memang aku tak boleh tolong apa-apa."
"Aku tak faham kenapa dia nak bunuh diri. Tak bolehkah dia beri dirinya peluang kedua. Kalau tak kerana..."
"..mukanya yang sama dengan arwah tunang kau, mungkin kau tak akan selamatkan dia, betul tak?"
Jejaka itu hanya diam, tidak mengiyakan, tidak juga menafikan kata-kata kawan baiknya yang merupakan seorang doktor pakar otak.
Jelita, gadis yang dulunya sering menceriakan siang dan malamnya, kini telah pergi buat selama-lamanya.
Bayangan wajah ceria itu akan kekal bermain di fikirannya walaupun sudah hampir tiga tahun Jelita kembali ke Rahmatullah.
"Tapi Ash, gadis tu berkemungkinan besar untuk hilang ingatan selama-lamanya jika tidak dipulihkan. Aku bukan nak paksa kau, tapi mungkin kau boleh bantu dia cari semula kepingan- kepingan memorinya yang dah hilang itu." kata Rajiv sambil menepuk bahu Ashraff sebelum berlalu meninggalkan Ashraff bersendirian, terus termangu tanpa sebarang kata.
Ashraff menyapu mukanya sebaik sahaja selesai memberi salam pada tahiyat akhirnya.
Saat kedua tangannya diangkat bagi memohon keampunan tuhan yang SATU, pintu biliknya diketuk. Walaupun perlahan, masih jelas kedengaran di corong telinga suara Anggun memberi salam kepadanya dari luar.
"Kenapa Anggun ? Ada apa-apa yang Anggun mahu? Ash suruh Pak Samad pergi beli."
Anggun hanya menggeleng. Tiba-tiba, mata Ashraff dapat menangkap objek yang berada dalam tangan Anggun.
Share this novel