BAB 7

Romance Completed 2711

Hari-hari terakhirku di dunia ini kembali berwarna.Cintamu itu terlalu besar buatku yang saban hari semakin tidak berdaya. Kata orang, cinta sejati mampu menembusi pintu syurga. Terima kasih duhai kekanda yang telah memberikan aku cinta yang sejati. Terima kasih kekasih hatiku. Isterimu,Anggun. '

Surat pemberian Anggun dilipat kembali. Wanita yang sempat menjadi isterinya walaupun hanya buat sementara waktu akan tetap diingati hingga ke akhir hayatnya.

Tanpa disedari, matanya digenangi air. Bukan sengaja mahu dia membuka kembali surat terakhir itu. Namun, entah bagaimana surat itu boleh terkeluar daripada kotak simpanannya dan terjatuh ke atas lantai semasa dia mengambil penanya untuk menandatangani perjanjian dengan Raya Corps pagi tadi.

Ashraff bingkas, menyarung kembali kot hitam ke tubuhnya. Peluang yang ada ini elok jangan disia-siakan. Ini sahajalah masa untuk dia menziarahi pusara Anggun dan Jelita yang dikebumikan bersebelahan.

Hospital pakar itu sesak ribuan pesakit dan pelawat yang datang. Ashraff hanya memerhatikan sahaja ragam setiap manusia yang berada di sana.

Sedang dia asyik memerhatikan gelagat seorang kanak-kanak yang ketakutan sambil melangkah perlahan ke bilik Rajiv, bahunya dilanggar seseorang yang dalam keadaan tergesa-gesa.

Baru sahaja dia ingin menoleh mencari pemilik suara yang telah berlalu sambil meminta maaf itu, dia terkesima. Anggun. Lantas dia tunduk. Tak mungkin. Dia yakin itu bukan Anggun. Dengan langkah yang berat dia bergerak ke bilik Rajiv.

Sahabatnya yang sedang mengemas barang untuk pulang menyambutnya dengan hati yang terbuka. Semenjak pemergian Anggun, tidak pernah lagi, walaupun sekali, mereka keluar bersama.

Tanpa diduga, Ashraff muncul pula di pintu biliknya dengan wajah penuh persoalan.

"Eloklah kau datang hari ini. Kami ada majlis suai kenal dengan beberapa orang doktor dan jururawat baru. Memandangkan family kau merupakan antara pemegang saham dalam hospital ni, so let's join us. "

Ashraff hanya mengangguk tanda menyetujui cadangan kawan baiknya itu. Lagi pula, dia sememangnya tidak terikat dengan apa-apa temujanji petang itu.

Para jururawat yang sudah menyempurnakan tugas mereka turut menyertai majlis ini.

" Perkenalkan doktor baru kami, Cantek." Saat insan bernama Cantek berdiri menghadap sekalian hadirin yang datang, Ashraff terdiam, terkejut tanpa kata. ANGGUN ! Dan serentak dengan itu hatinya berbunga-bunga gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience