BAB 6

Romance Completed 2711

"Kak, janganlah cakap macam tu. Walaupun doktor cakap yang kakak hanya akan hidup empat bulan sahaja lagipun, dia bukan tuhan. Kakak kena kuatkan semangat kakak yang Azliana tengok makin lama, makin layu. Warna oren ceria tu sudah hampir tidak kelihatan. Lagi pula, kakak tak kasihan ke pada Along yang dalam ketakutan untuk sekali lagi berdepan dengan kenyataan yang dia akan kehilangan wanita kesayangannya? Walaupun Along tak akui sendiri pada Azliana, tapi Azliana ni adiknya. Dah tahu buruk dan baik perangainya. Kakak, please don't give up."

Ashraff sudah separuh perjalanan untuk kembali ke keretanya saat dia sedar dia terlupa meminta kunci daripada Azliana.

Belum sempat dia membuka mulut untuk meminta kunci, dia berhenti. Bukan kunci yang diterimanya.

Hanya kata-kata ikhlas yang lahir dari mulut adiknya kedengaran, menyatakan rasa hatinya yang tidak pernah dikhabarkan pada Anggun. Ingin sahaja dia menutup mulut adiknya yang amat menyayanginya itu namun niatnya itu dibatalkan. Hatinya mendesak untuk terus diam dan menunggu hingga dia mendengar balasan dari Anggun. Akan tetapi, suasana kekal sepi tanpa sebarang kata. Azliana kian menunduk di pangkuan Anggun.

'Abang, disaat abang membaca surat ini, sayang sudah terlalu jauh meninggalkan abang. Pemergianku ini adalah suatu takdir yang sudah tertulis sejak azali. Abang, ingatlah janjimu dulu bahawa tidak akan walau sekalipun air matamu jatuh ke lantai bumi bagi menangisi pemergianku ini. Abang telah berjanji akan merelakan pemergianku ini dengan hati yang terbuka. Janji adalah janji.

Bukan sekadar kata-kata kosong yang kita lafazkan di malam harinya saat memerhati bintang yang menghiasi langit yang terbentang. Berjanjilah juga padaku, abang akan memastikan tiada air mata yang tumpah dari mata sekalian ahli keluarga kita saat namaku disebut-sebut kelak.

Sayang pohon, andai sayang diingati, sedekahkanlah ayat-ayat suci buat membantu sayang di akhirat kelak.

Sayangku, walaupun hadirmu hanya buat sementara waktu, kasih sayangmu terlalu indah buat diriku yang semakin layu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience