BAB 5

Romance Completed 2711

Kerusi roda itu perlahan-lahan ditolak Ashraff. Anggun hanya diam memandang semua orang yang berada di hadapannya.

Ada yang duduk termenung, memikirkan entah apa. Seorang lelaki separuh umur pula berbual-bual dengan jururawat yang menemaninya.

"Kita berehat di sini ye, Anggun ?"

Anggun hanya diam membisu. Fikirannya melayang, terkenangkan saat indahnya dengan Azim dahulu.

Saat itu, semuanya terasa indah. Hinggalah pada saat lelaki itu meninggalkannya untuk teman baiknya sendiri, hidupnya kini bagaikan mimpi ngeri.

Tetapi, Ashraff mengubah kenyataan itu. Dia lelaki yang baik. Lelaki yang penyayang seperti yang diinginkannya.

Puan Melur yang sudah dianggap sebagai ibu kandung, mengembalikan memorinya bersama ibu kandungnya dahulu.

Kisah Jelita, kembarnya yang terpisah saat mereka sekeluarga melarikan diri daripada penduduk kampung yang terlalu taksub dengan kepercayaan karut mereka.

Apa yang pasti, saat itu, Jelita bersama keluarga Pak Long Hamzah menuju ke selatan dan dia sebaliknya. Walaupun dia masih hidup hingga ke hari ini, tetapi separuh dari semangatnya sudah tiada.

Hilang bersama Jelita yang kini hanya hidup dalam kenangan Anggun, Ashraff dan keluarganya.

"Kak Anggun, bila kakak nak balik ke rumah semula? Sunyi la rumah tu bila kakak tiada." Azliana, adik bongsu Ashraff bertanya sebaik sahaja merapati Anggun yang masih termangu di atas kerusi rodanya. Ashraff memohon diri untuk beredar seketika.

"Azliana, dah tak guna kakak kembali. Jangka hidup kakak pun dah semakin singkat. Biarlah kakak terus di sini."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience